Tuesday, November 10, 2009

Penangan Oven Baru



Bismillah,

Smlm suami balik dari meng'ayam' (istilah ape ko guna ni Pijah??) dia ternampak saya mengintai2 udang di dalam oven. Lalu dia pun sound direct, "Naik la bil api bulan ni..."ahahaha... Saya tak bermaksud nak membuatkan bil elektrik naik. Memang saya ingin sangat2 masak sesuatu dengan oven itu."

Paginya saya cuba untuk buat biskut. Saya dah tak ingat namanya tapi kalau bab rasa tu kira OK lah cuma bila masuk bab wajah tu tolong faham sendirian berhadlah ye... Sll org tabur coklat cantik2, saya main pakai sudu aje. Dah la coklatnya hangit masa nak cairkan... Dapatlah dua bekas dan yang nampak paling minat dgn biskutnya adalah Asmaa' dan Usamah pulak nampak paling tak minat. Uwaiys dgn Arwa? Diorang minat coklatnya aje...

Sekejap aje buat biskut tu buat saya belajar banyak benda. Antaranya :
  • Saya kene cari cara mcm mana org lain letak coklat cair atas biskut. Jika anda tengok gambar biskut saya dan gambar sepatutnya ia terjadi di bawah, bolehkah kalian ajarkan saya cara yang betul untuk membuatnya?
  • Saya patut cari tepung naik sendiri dari campur sendiri tepung gandum dan baking powder kerana semalam biskut saya yang saya buat sebesar kuku ibu jari tiba2 menjadi sebesar tapak tangan Arwa...huhu...terlebih dos kot
  • Pastikan coklat cair itu benar2 telah keras (atau beku kah perkataan yang tepat) sebelum masukkan ke dalam bekas
Bagi bakar udang pulak, atau mungkin ayam, itik, angsa, daging, ikan dll lepas ni, suhu apakah yang sesuai untuk saya gunakan? Serius saya benar2 budak baru belajar selok belok meng'oven' ini. Sila beri tunjuk nasihat secukup rasa anda...saya akan menerimanya tenkiu...

Arini Asmaa' bawa biskut saya, tapi yang nak ketawa sambil berguling2nya adalah dia bawak 4 ketul aje...ahahaha...ni baru teringat, tadi tak ingat nak top up sikit... huhu..risaunya nnt cikgu dia kata apa la umi budak ni, 4 bijik ni pun nk buat bekal..ahahahaha...

Mmm...korang, ni saya nak tunjuk gambar bukan nak tayang kuih saya, tapi saya nak kan nasihat kot2 kalian tau cara nak letakkan coklat yang betul atas biskut ini....tenkiu in advance


Hah...ketawalah korang :P


Ini yang sepatutnya terjadi...

*So mcm mana???
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!