Thursday, November 19, 2009

Saya Sudah Jumpa Lappy Untuk Kakyong


Bismillah,

Huhu...sungguh aman rasanya malam ini. Semuanya dah lena. Tinggal Uwaiys aje yang masih tanya, "Umi, ni apa? Umi, tu apa?". Dia tgh tengok buku 'Words That Name Things'. Siang tadi dia dah lena. Semasa dalam perjalanan lenanya, dia rasa nak terkucil. Lalu dia bangun pegi pee pee dan kembali tido tanpa memakai seluar. Semasa kejadian, saya ada customer di bawah. Elok je saya naik atas, tengok2 montot dia ada sticker yang sangat banyak. Bila saya tanya budak2 ni sape punya keje, diorang kata Arwa. Sabo je lah...ntah ye ntah idak.

Saje nak pesan kat kalian, jangan jadi mcm saya ni. Skang kul 11.53 pm tapi saya tgh tunggu muffin saya siap terbakar. Manakan tidak, ade ke keje gi start bakat pukul seploh. Konon2 nak temankan suami ku makan. Hajatnya esok baru nak buat muffin tu. So, jadilah cerita muffin leper ade, muffin penyet ade...mana taknye, dah saya himpit2 semua nak bg cepat siap...kalau tak karang kul berapa lah nak lena.

Nak lena tu kejap aje, kan dah byk kali bgtau, daku ni on the way nak ke bantal lagi dah lena dah..huhu... Tang nak bangun tu la weih...kalau tepon Made In China ni hidup rasa dia piat dah telinga saya sambil menjerit, "Pijah!!!!!! Subuh gajah dah nehhhhhhhh!!!!" Itu kalau saya tak sedar dia kejut saya, kalau saya sedar tapi ask for 5 more minutes?? Mesti dia akan kata, "Boleh blah!!!" Huhuhu...

Tapi untung tido lewat sikit malam ni. Saya ada perkhabaran baru bahawasanya saya telah berjumpa dengan satu laptop Dell berharga RM 1100 (sebelum nego) yang masih ada warranty sehingga bulan 4 tahun depan. Juga dia ada gold support, so that kalau nak servis kalu dia buat FOC. Tuannya beli dalam 2 tahun lepas dengan harga RM 6000 dan ia adalah full spec. Saya nak sangat mention nama dia tapi dia kata tak payah...sabo je la... Tapi percayalah kawan2 yang baik hati, korang semua pasti (insya ALLAH) kenal dia. Jarang blogger yang tak linkkan blog memasing ke blog budak cantik ni. :P (kepada orang itu...akak tatau aa sampai bila bole simpan rahsia mu)

Juga hari ini, alhamdulillah rezeki saya juga walaupun tak la lebat, ia bertambah dari seminggu yang lalu. Sehingga petang tadi saya tak dapat update jumlah sumbangan lagi. Tapi anda jangan risau, saya akan cuba menjaga amanah kalian ini dengan sebaik mungkin. Saya risau satu jek..hari Ahad ni Iela adik ipar kakyong akan jumpa dengan kakyong, saya takut dia nak tumpang bukak blog dan tengok. Saya betul2 takut kakyong marah....sbb buat benda ni tanpa dia tahu... huhuhu....

Kalian, sangat banyak yang saya nak cerita. Saya sampai tulis dalam diari mende hape yg terlintas kat kepala saya yang saya nak tulis. Selama ini pun yang keluar itu adalah scheduled entry. Saje buat begitu supaya saya lebih fokus kepada dua projek serentak dalam blog ni. Satunya adalah mengumpul dana untuk kakyong, satu lagi contest tu.

Semasa suami saya balik kampung ambil anak angsa putih dan kelabu itu, saya tulis banyak2. Kebetulan saya memang ada banyak draf pasal homeschool maka sbb itu saya masukkan aje ia ke dalam scheduled entry terus. Kiranya dah banyak hari kerja saya adalah update gambar peserta, main FarmVille since suami saya dah tak layan FV ni dan bermula pagi tadi saya fokus kepada isu kakyong.

*Hah...oven baru I dah bunyi dan itu adalah round terakhir. Haiiyyooo...sangat mengantuknya rasa.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!