Bismillah,
Bagi menganalisa hal ini, saya lebih suka menyebut HS sebagai pendidikan awal anak. Kenapa? Saya mahu membuatkan anda tidak rasa terkongkong dengan perasaan, “Bagaimana agaknya jika aku tidak menghantar anak-anak ke sekolah?” Bukankah ini yang menjadi kerisauan kepada ibubapa sehingga mereka takut untuk menyebut homeschool.
- Hubungan ibubapa dan anak telah terjalin sejak dari awal kehamilan malah mungkin sebelum itu lagi. Jadi tidak ada sebab untuk anda memutuskan hubungan ini bila anda menghantar mereka ke sekolah. Banyak lagi perkara yang mereka perlu belajar dan kebanyakannya bukan boleh dipelajari di sekolah.
- Pengawasan yang lebih terhadap apa yang dipelajari oleh anak. Jika kita menyerahkan anak kepada nursery, tadika atau sekolah bulat-bulat, adakah anda percaya mereka akan mendapat ilmu sepenuhnya atau adakah mereka turut belajar yang tidak patut di sekolah?
- Ibubapa pasti dapat mengenalpasti keperluan anak dan cara belajar anak dengan lebih teliti.
- Anak akan belajar jauh lebih pantas berbanding dengan rakan mereka yang tidak mendapat pendidikan di rumah.
- Anak tidak akan hanya terkongkong dengan syllabus sekolah tetapi jika usaha anda untuk meningkatmajukan anak, pasti anak anda terkehadapan di sekolah.
- Pendidikan awal ini akan menyemarakkan rasa sayang sesama ahli keluarga, insya ALLAH
Masa sibuk buka kedai dulu, maksu jaga Arwa..sekarang, umi dah jaga Arwa sendiri... :) Hopefully bila adik Arwa lahir, umi akan jaga sepenuhnya sendiri :)