Bismillah,
Sebenarnya tidak ada apa-apa yang anda perlu beli untuk melaksanakan HS. Apa yang diperlukan adalah masa dan kasih sayang. Gunakan apa saja yang anda sedia ada termasuklah haiwan peliharaan anda untuk membantu anda membuat HS. Kami sendiri menggunakan ayam piru (ayam belanda) sebagai satu bentuk pengajaran. Sangat mengujakan apabila melihat anak-anak melihat sendiri telur menetas dan darinya keluar seekor ayam yang comel.
Material | Tujuan | Langkah bajet |
Kertas | Menulis huruf, melukis gambar | Jika anda masih simpan buku anda dizaman sekolah, koyakkan mukasurat yang masih belum digunakan. Simpan di satu fail dan berikan kepada anak jika mereka minta daripada anda. |
Pensil Pen Pensil warna | Tidak boleh menulis tanpa alatulis ini bukan? | Jangan beli yang mahal. Beli secara pukal. Jangan pandang kepada jenama. Ini adalah kerana anak anda akan menulis dan melukis menggunakan kreativiti dan bukan kualiti alatulis itu. |
Buku mewarna | Jika anda tidak pandai melukis untuk anak anda, maka anda perlukan buku warna | Beli yang murah. Jangan buat-buat tak nampak buku warna RM 1 satu. Atau jika anda nampak buku yang dilelong, cepat-cepat beli. Tapi jangan terburu-buru berikan kepada anak anda. Fotostat dahulu beberapa helai dan susun rawakkan kertas-kertas itu dan berikan kepada mereka bila mereka kelihatan bosan. |