Tuesday, March 31, 2009

Kuda Mati Pun Nak Heran??

Bismillah,

Maaflah ye kepada sesiapa yang bakal terasa dengan apa yang saya copy & paste di blog saya. Sila komen untuk menunjukkan rasa hati anda.

Ingatkah lagi cerita kuda saya yang dah mati itu? Saya dah hampir melupakannya sehingga seseorang mengingatkan saya semula tentangnya.

bodoh nya manusia kuda mati itu yg hendak ditangisi macam mana saudara kita yg
kembali ke rahmahtullah memperjuangkan tanah air ketika saat kita makan,minum
atau apa saja di sebelah sana telah gugur pahlawan menegakkan kebenaran.......ada ke kau menangis..........MACAM MANA JGN JADI BODOH LAAAAAAAAA


Auuuwww...sakit jugak baca ek? Ke betul apa yang dia katakan? Saya balas dengan email ini :

Terbantut jugak kerja mendelete email saya bila terserempak dengan balasan encik xxx ni. Tapi saya tak kisah mana lah org nak kata bodoh bila kuda menangis pun. Tapi saya rasa Encik seorang ni mungkin tak habis periksa kot saya nangis ke tidak kalau PAHLAWAN pulak yang gugur. Lainlah kalau saya telah ditanya sama ada saya nangis ke tak dan saya jawab tak maka time tu nak kata saya bodoh maka saya memang bodoh dan yang lebih menyakitkan adalah saya adalah seorang yang buta hati. Kalau kuda mati dan tuannya menangis pun dikatakan bodoh, saya kira manusia tidak perlu ada belas kepada haiwanlah sedangkan di dunia ini bukan hanya manusia sahaja yang menumpang rahmat ALLAH.

Kepada tuan moderator xxxxx, serasa tuan mod sekiranya ada posting saya yang boleh menimbulkan sumpah seranah dari orang seperti ini, boleh terus reject. Saya
tidak kisah dikatakan bodoh tetapi saya kesian andai ada dosa orang seperti ini yang boleh menghina orang lain.

Walaubagaimanapun, saya pohon maaf andai ada posting saya yang membuatkan orang rasa tak baca pun tak apa. Saya harap apa yang saya tulis ada manfaat jika tidak untuk semua orang, seorang pun tidak mengapa.

Akhir kalam, sedikit dari surah Al-Hujurat ayat 11
[11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Semoga aku tidak termasuk dalam golongan orang2 yang zalim Ya ALLAH


Dan tak lame je lepas si dia membalas :

simpan la surah tu................kita tak boleh meratap kematian walaupun yg mati itu manusia........mati itu WAJIB tak sekolah ke..........mati lebih baik kalau awak faham tak tahu la orang sekarang ni takut mati dan anggap mati itu musibah bukan ke patut bersyukur kerana kalau tak mati macam mana nak berjumpa dgn DIA. LU PIKIR LA SENDIRI


Tapi 'gua' terus membalas dengan :

Jadi, kata orang bodoh tu dibenarkan dalam Islam lah ye? Jika Encik xxx boleh mengata2 orang dengan sehina2 perkara, teruskanlah. Encik xxx dah tegur saya tak
boleh meratap kematian walaupun manusia dan sekarang saya terima. Jadi sekarang saya sebagai seorang saudara En xxx juga ingin mengajak Encik xxx menegur dengan penuh hikmah. Jika tidak mungkin apa yang Encik dakwahkan tidak sampai malah Encik xxx akan kelihatan sangat 'bodoh' dengan tindakan Encik xxx sendiri.

Bila kita mahu menegur orang lain, telinga yang paling dekat adalah telinga kita sendiri. Begitu jugalah saya. Saya tidak hanya menegur Encik xxx tetapi saya turut menegur diri saya sendiri. Oh Ya, terima kasih atas teguran Encik xxx itu. Saya doakan teguran itu mendapat pahala di sisi ALLAH. Moga teguran itu tidak menjadi sia2 atau terus menjadi dosa buat Encik xxx.

Juga suka ingin saya beritahu Encik xxx, seingat saya juga, saya tidak meratap pemergian kuda itu. Menangis hanya sekejap dan itu hanya kesan dari kesedihan dari dalam diri sahaja. Ia tidak terbawa2 sehingga saya meronta2 menangis malah saya bersyukur Battutta tidak tersiksa di dalam kesakitan yang dia tanggung. Lagipula saya percaya kepada Qadha & Qadar yang ALLAH telah tentukan kepada kami. Sama sekali saya tidak menyalahkan ALLAH atas pemergian kuda ini.

Dan saya kagum dengan Encik xxx yang tidak pernah bersedih apatah lagi menangis atas pemergian sesiapa jua yang dikasihi di sisi Encik xxx . Semoga airmata Encik xxx yang tumpah hanyalah kerana menangisi perkara2 yang patut2 sahaja.

Akhir kalam, semoga kita sama2 mendapat manfaat atas apa yang saya perkatakan dan apa yang Encik xxx katakan juga.



Well, sekiranya masih ada balasan lagi selepas ini akan saya pastekan. Cuma kemungkinan besar saya tidak akan balas email dia lagi. Selama ini saya selalu membaca sumpah seranah orang dalam mailing list especially berkaitan dengan hal2 politik tetapi saya tidak mahu campur bukan kerana saya tidak terasa tetapi posting itu tidak dari saya.

Saya terfikir juga jika saya terbaca satu2 posting yang juga saya rasa bodoh, pernahkah saya balas dengan perkataan caci maki begini? Jika kita memilih untuk berkata yang tidak2 maka itu terpulanglah kepada anda tetapi saya lebih minat untuk berkata dengan perkataan yang baik semampu saya.

Mmm...makcik Siti marah ka? My answer is 'a bit'. Saya kesal bila diserang dengan tulisan besar2 plus ayat BODOH itu. Kalaulah pakcik tu tegur saya baik2, saya akan terus sahaja berterimakasih padanya.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!