Tuesday, December 16, 2008

Tapai Masam Bertukar Manis


Bismillah,
Rentetan kisah duka (eceh...) saya yang lalu. Sukacitalah saya ingin berkongsi berita dengan semua sahabat yang mendoakan dan tak kurang juga memberi nasihat yang sangat berguna buat saya. Mcm mana nak cerita ya sebab arini alhamdulillah kesugulan saya berlalu macam tu sahaja.

Byk respon mengatakan tapai ni ada byk pantang larang ketika membuatnya. Tak boleh pot pet pot pet, tak boleh masam2, tak boleh time period, tak boleh letak tgh panas. Saya bukan tidak percaya hal ini. Setiap benda akan ada alasan logiknya. Kata mertua saya, tapai berdarah bukan kerana pembuat tapai tu period tapi katanya mungkin daun yang digunakan tidak bersih.

Tidak menjadi bukan disebabkan kita masam atau manis masa tu tetapi mungkin adunan yang kita lakukan tidak tepat. Sepatutnya ragi yang saya gunakan perlu digaul dalam 4kg pulut tetapi saya gaulkan mereka dalam 2 kg pulut sahaja. Owh, tidakkah itu sudah melebih2? Juga mungkin secara teknikal saya telah tanak beras itu dengan air yang lebih.

Tak kisahlah tu. Pagi ini, aroma manis tapai naik bila saya lalu di dapur. Pun tidak saya sudi untuk memandang apatah lagi merasa tapai itu. Sehingga suami saya memberitahu tapai kami dah manis, pun saya tak sudi lagi menjamahnya. Bagi saya, yang sudah tu sudahlah.

Sehinggalah tadi sahabat saya datang ke rumah dan kebetulan laksa yang abah saya beli dari Alor Star ada banyak, maka saya jemputlah dia makan bersama. Sahabat saya tu cubalah rasa tapai saya n dia kata manis je Pijah cuma ada la sikit2 masam tapi boleh makan lah.

Utk pengetahuan, masa suami saya memberitahu tapai saya masam beberapa hari lalu, dia kata mulutnya rasa bisa2 dalam tempoh lama. Tu sbb saya pun tak makan. Tapi hari ni tapai yang sama mula menjadi manis dan saya boleh makan tapai tu tanpa ragu2. He he...alhamdulillah. Ntah macam mana ye perasaan saya.

Ada ubat rupanya kecewa saya. Saya tak berminat lagi nk jual tapai trip ni. Mungkin di lain kali, saya akan pastikan ke'jitu'an dalam menentukan sukatan tapai saya. Telah saya soal mertua saya tentang apa yang telah terjadi tapi dia pun tak pasti mcm mana keadaan tu boleh berlaku.

Serikkah saya? Dalam kekecewaan semalam, saya masih menanam tekad agar satu hari walaupun ketika saya telah senang, saya ingin ajar Asmaa' (sekurang2nya) dan anak2 lain untuk berniaga kecil2an begini. Ia sangat mendatangkan satu kepuasan dan banyak benda yang boleh saya belajar daripadanya.

Selain boleh membuat sesuatu yang boleh dimakan, rupanya ada nilai2 murni lain yang meresapi sama dalam jiwa saya. Alhamdulillah, ALLAH memberikan saya kemanisan ini dan saya rasa bersyukur kerana ditunjuk jalan dalam keadaan begini. Ada satu komen yang saya suka telah saya terima rentetan dari cerita tapai saya.

Let's think thousand more ways of doing things than just looking at one way that did not make it happen.


Saya harap, kesabaran saya masih ada untuk hal2 yang begini. Walaupun malu utk saya akui, saya hampir kalah dengan tangisan yang tak tentu hala tempoh hari tapi alhamdulillah, ujian ini ada manisnya. Ibarat nasyid yang saya coretkan dalam entry lepas. Doakan saya, moga sama2 kita mendapat berkatnya...

Buat suami tercinta, terima kasih atas sokongan dan doa abang..
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!