Thursday, December 03, 2009

Mengajar Anak Sopan Berbicara


Bismillah,

Sebenarnya yang menulis ini bukanlah sopan santun berbudi bahasa sangatowl emoticon. Ada masa yang loq laq itu akan kluar jua. Mmm..mcm mana la nak didik anak2 supaya bersopan santun di jalan raya ek sdgkan kesopanan uminya gitu2 aje??

  • Mata Bertemu Mata - bila mahu bercakap dengan anak, biasakan mata bertemu mata. Ia akan mengajar anak2 supaya menyampaikan sesuatu dengan ikhlas. Ia juga menyebabkan hubungan sesama kita semakin rapat. Bila mata bertemu mata juga, anak2 tahu yang kita sedang beri tumpuan kepada dia.
  • Bercakap dengan suara rendah jadi tarzan sekali sekala sahaja - jangan menakutkan anak2 dengan suara kingkong kita...hihihi
  • Bicara yang padat berisi - jangan biasakan bercakap perkara yang sia2. Sebolehnya setiap yang kita katakan adalah ilmu buat anak kita.
  • Gunakan perkataan, gerak geri dan air muka yang memberangsangkan - jangan merendahkan anak dan mengugut mereka.
  • Adab positif, optimis dan kagum
- Mulakan dengan niat yg baik dan bacaan bismillah
- Gunakan suara dan bahasa yang +ve
- Nyatakan dalam perbualan bersama anak dengan menonjolkan ciri-ciri optimis lebih dari yang pesimis seperti "belum boleh" daripada "tidak boleh"
- Anak diperkenalkan kpd masalah sbg peluang atau cabaran, bukan halangan, kegagalan atau kerumitan (HIDUP BERANI UNTUK GAGAL)
- Bercakap dengan hasrat yang baik
- Jika melihat yang buruk, nyatakan mungkin org itu mungkin belum cukup ilmu dan iman
- Jika melihat yang indah, nyatakan betapa beruntungnya orang yang berilmu
- Sentiasa menyampaikan ilmu dan berita yang baik
- Elakkan tanggapan yang tidak baik kerana ini akan mematahkan semangat anak untuk belajar dan meneroka

Mmm..anak2 saya sedang dalam peringkat semua benda nak tanya. Memang jenuh juga nak menjawab. Nanti saya ceritakan di entry lain bagaimana Asmaa' tanya saya tentang alam kubur. Dari asal2 saya cakap baik2 sampai rasa nak marah sebab dia asyik cakap tanak mati...huhuhu... Apelah budak besar tu faham kan...huhuhu

Ada masa jugak bila ralit sangat tengok Faiz & Faizah TV, sampai tak terjawab apa yang diorang tanya. Sampai tiba2 saya perasan Asmaa' mencebik mulut dan memulas2 pergelangan tangannya (isyarat tak ada dengan tangan korang boleh bayangkan kot tak??). Time tu baru terkedek2 tanya dia semula apa yang dia cakap...huhu... cian Asmaa'.

*Apapun umi harap semua anak2 umi jangan mewarisi sifat2 umi yang tak semenggah itu...amin

7 comments:

  1. Betul tuh.. kalau kita cakap kasar ngan anak-anak, mereka pasti akan bercakap kasar semula dengna kita.. siap mengajuk lagi...oleh yang demikian.. belajar-belajartlah bercakap sopan dengan diorang...;)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Lama sungguh tak dtg sini.

    Part cakap rendahkan suara ni....bila mood baik ok la, tp kalau dh kelam kabut, serba serbi tak kena ngan kita, mulalah meninggi suara.

    Time tu semua anak2 alert!!!haha. Mak dah naik darah!!!

    ReplyDelete
  3. Hihihi..tu pasal org yg bercakap ni kene sll ingatkan diri sendiri..huhuhu

    ReplyDelete
  4. bab meninggi suara ni..saya pun kengkadang bila dah tak terdaya nak layan karenah depa bertiga..kepala pun dah makin pening, mata pun dah makin sakit bila tgk umah bersepah..mulala suara nak jadik tarzan...tpi depa bertiga boleh buat relaxs ja..tu lagi bertambah bengkek di hati

    ReplyDelete
  5. I tried to stay cool bila anak2 tunjuk taring mereka . Tapi masyallah hanya tuhan yang tahu bertapa mendidihnya hati ni . So bila iman dah jadi tipis dan syaitan mula menghasut tu yang jadi tarzan sekejap . Lepas tu rasa menyesal lah pulak sebab saya dengan jayanya dah jadi macam beruk kat utan . huhuhu

    ReplyDelete
  6. banyak para ibu yang memberikan komen.

    pada pandangan seorang bapa.
    kalau mendidik anak biarlah seawal usia.
    Marahkan anak memang patut. jika buat salah.

    Bila anak kita buat baik jangan lupa kita memuji beliau.Anak akan rasa dihargai bila mendapat pujian.

    Bila kita bergaul dengan jiran gunakan bahasa yang sopan ,supaya anak kita dapat belajar cara bergaul.

    ReplyDelete
  7. k.Su n cybermummy, mcm senada jek kita ek..huhu

    Wak murai, mmg ramai mak2 aje kat sini..agaknya bapak2 rasa tak macho masuk sini :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!