Sunday, December 13, 2009

Merawat Bahtera Kasih Yang Kian Musnah


Bismillah,

Fuh ayat!! Bahtera kasih lagi..hihi... Itu ayat dalam karangan zaman SPM dulu boleh la ek...sekarang semua zaman direct to the point bro! Sedar tidak sedar, daku rupanya sedang melangkah ke tahun ke 7 perkahwinan. Teringat petang tadi ketika seorang customer bertanya dimana asal saya dan dimana pula asal suami saya.

Saya beritahu saya orang sini juga (P.Buntar) dan suami saya dari Jerteh. Dia pun buat muka tak puas hati, "Ya ALLAH jauhnyaaaa....lah". Tak semena2 saya terus jawab, "Tak apa makcik, dia comel..." dan makcik tu terus ketawa tak terkata2. Ntah apa ya salah jika kawin dengan orang jauh. Kata suami saya dia pun sengaja cari orang jauh2 supaya boleh luaskan pemikiran :)

Ntah saya pun tak tau dimana salahnya kalau kawin dengan orang jauh. Bagi saya OK je kalau dapat orang yang encem macam Ahmadinejad baik. Setakat ni alhamdulillah, walau pernah berguling2 merasa saat genting dahulu tapi berkat doa ibubapa kami maka kami masih di sini.

Ada orang tanya, "Best kan jadi isteri ustaz? Takde dia nak buat hal kan?" No..no..no..no..no. Sama ada suami kamu itu ustaz atau engineer atau doktor atau tukang kebun, selagi dia dan kamu ada iman maka kamu akan diuji. Cuma bentuk ujian itulah.... Jika mungkin kamu tidak diuji dengan orang ketiga, mungkin sekali kamu akan diuji dengan pasangan yang malas nak tolong ringankan kerja rumah. Betui takkk??

So, jangan anggap bahawa pasangan itu nampak mcm dua merpati joli katak dua sejoli tak pernah gaduh langsung. Kalau P.Ramlee dia pun kata, 'sedang lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'. ALLAH akan menguji kita dengan pelbagai dugaan pancaroba supaya kita kembali kepadaNya, juga supaya kita memantapkan lagi iman kita.


Bagaimanakah boleh dirawat kalau perkahwinan itu kian musnah :
  • Perlulah kita faham konsep dan tujuan perkahwinan itu. Adakah orang nak kawin dengan niat, "Esok2 aku nak susahkan hati isteri aku dengan mencari pompuan lain." ? Semua orang kebiasaannya akan ada niat, "Aku akan layan pasangan aku dengan cara terbaik yang boleh aku buat." Let say anda tidak ada niat suci murni seperti itu, silalah kembali ke pangkal jalan kerana anda berada di laluan yang salah.
  • Jadikan hubungan sedia ada itu supaya bertunjangkan sikap sentiasa ingin berkorban dan sedia bertolak ansur. Toleransi yang tinggi dan kemahuan untuk membahagiakan partner kita juga sangat penting. Jika pasangan kita tidak mahu terima ini, lantak dia....cuba kita buat dulu. Ala...mengalah sikitlah sambil berdoa semoga si dia akan nampak pengobanan kita.
  • Hargailah pasangan kita tak kiralah sekecil mana pun jasa dia pada kita. Makin kita menghargai dia, makin dia belajar untuk menghargai kita sehingga jasa dia pada kita terlihat bagai tidak terhitung banyaknya.
  • Kalo terbergaduh, tolong jangan lesing suami/isteri anda. Tapi amiklah masa dan napas masing2 sebelum cakap baik2 untuk meluahkan perasaan. Lepas tu bermaaf-maafanlah di pagi hari raya dan bersangka baiklah.
Apa yang saya cakap ini sebenarnya adalah simple2 sahaja tapi atas kitalah nak mengkusutkan keadaan atau nak meleraikan rambut kusut gunalah Sunsilk pergaduhan. Kadang2, kita je rasa perkahwinan kita sedang musnah tapi pasangan kita moncong itu bukan sebab kita pun tapi mungkin dia frust menungging itu adalah kerana Manchester United kalah kepada pasukan Bangladesh.

Kalian, bawak2lah bertenang dengan keadaan keluarga masing2. Setiap masalah itu insya ALLAH ada jalan penyelesaiannya. Cuma perlulah kita berhati2 di jalan raya dalam membuat pilihan. Daaaaa........

2 comments:

  1. aiseh, ni yg nak muncung ni...mana MU pernah kalah dgn bangla...ekekkekekke...

    ReplyDelete
  2. eh sure ek tak pernah kalah?? :P

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!