Bismillah,
Minggu ini dari hari Ahad sehingga hari ini hari Jumaat, hari menyambut Maal Hijrah, saya tidak langsung menulis sebarang entry. Sebabnya ibu mertuaku, 2 adik ipaku dan dua anak saudaraku datang ke rumah dan kunjungan mereka adalah surprise buat saya!!! Sudah namanya surprise, maka malam itu pun makan masakan yang surprise jugalah mereka...hihi..
Sebenarnya malam sebelumnya (hari yang saya ceritakan tiada air itu) saya terima kunjungan Mima tapi sbb takde air maka terkilanlah saya bila Mima tak dapat tido di umah kami. Kemudian, datang keluarga suami saya ini, kemudian datang pula sepupu mereka dan semalam sahabat saya Ida Sofina datang dengan keluarganya dari Terengganu. Kiranya minggu lepas adalah minggu bersama tetamu.
Saya memang seronok sangat2 apatah pulak anak2. Time diberitahu tokku mereka dah nak sampai, kiranya sampai beratur tepi tanggalah menunggu. Suruh kemas rumah pun diorang kemas sungguh2. Takde gi jalan mana2 sangat pun, sempatlah bawa mereka merasa naik feri, pegi zoo Taiping. Maklum saje, kereta kami pun rosak dan belum berkesempatan nak repair. Sob sob...kete rosak (dua2 lak tu), tepon rosak, kamera pun rosak...adeih...
Ikutkan hati, tadi nak ikut mereka ke Cameron Highland pulak. Tapi suami I tak brapa nak setuju...sob sob...mungkin sbb masalah kereta lah. Mertua saya lak kata mungkin dia kesiankan saya yang terboyot2 ini. Tapi kalau ikut saya memang saya nak gi. Bila saya saja2 tanya, "Bila kita nak bawa anak2 pegi??" Dia jawab "Tahun depan.."Hihi....saya nak tuntut ini ye wahai incik suami. Please keep in ur mind.
Seperti tajuk yang saya kata di atas, alhamdulillah, rezeki kedai spek ni pun bolehlah tahan. Malah staff saya juga perasan begitu. Tetamu tidak putus dan customer pun ramai. Dua2 pun saya sangat suka. Ini adalah janji ALLAH dan alhamdulillah saya merasainya sendiri.
Saya petik kelebihan menyambut tetamu berdasarkan hadis dari link ini :
Rasulullah SAW bersabda :1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]
Di bawah ini pula adalah adab2 menyambut tetamu :
Saya akan datang lagi dengan beberapa entry (warning siap2 takut ada yang muntah nanti). Bukan nak balas dendam sbb tak dapat nak blogging aritu tapi memang ada benda yang saya perlu tulis.
Rezeki tahun baru tu siti, permulaan yang sangat baik.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah, semoga siti dan keluarga dilimpahi rezeki yang tidak putus2 dan keberkatan dalam kehidupan
terima kasih atas doa k.masayu :)
ReplyDelete