Friday, December 25, 2009

Kaitan Ilmu & Ibadah


Bismillah,

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Luqman : 27)

Demi buah tin dan zaitun, dan bukit Sinai, dan negeri yang aman ini (Mekah), sungguh Kami menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami mengembalikannya kepada yang serendah- rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka siapakah (lagi) yang dapat mendustakanmu sesudah itu tentang agama? Bukankah Allah seadil-adil hakim? (At-Tiin)
Dari dua ayat diatas, dapatlah kita fahami bahawa ilmu itu sangat luas dan kita adalah sebaik2 bentuk kejadian yang ALLAH jadikan untuk menguasai ilmu2 ini. Namun janganlah kita bongkak dengan ilmu yang kita ada. Ini adalah kerana semakin banyak yang kita dalami, semakin ita sedari bahawa banyak lagi yang kita tidak tahu.

Sekiranya kita tersalah menggunakan ilmu itu, maka potensi kita akan menjunam ke lembah kehinaan. Tanpa ilmu, bagaimana pula kita mahu melaksanakan ibadah? Kerana dalam melaksanakan ibadah, kita perlu tahu cara untuk melakukan ibadah itu terlebih dahulu. Belajar untuk melaksanakan ibadah adalah satu cabang ilmu.

Sesungguhnya, terdapat sesuatu yang dinamakan ketenangan apabila kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. Juga janganlah sesekali kedekut untuk berkongsi ilmu. Pada saya, there is no secret recipe in my life (padahal saya memang tak pandai mana pon). Semuanya adalah hak bersama. Semakin banyak kita berkongsi, semakin kukuh ilmu yang kita dapati.

Saya bagi contoh K.Emma MyBlogSaloon. Dalam dia menjalankan make up saloon itu, dia masih memberikan saya tutorial yang dia gunakan dalam menjalankan bisnes itu. Sedangkan itu adalah satu kekuatan dalam diri dia yang tidak semua orang lain ada. Saya pada mulanya segan untuk bertanya, bimbang juga soalan saya tidak dijawab dengan jawapan tetapi tidak...k.Emma nyata senang sekali berkongsi ilmu HTML dengan saya. Pastilah ini ada ganjarannya di sisi ALLAH bukan?

Andai saja kita bangsa Melayu saling bantu membantu seperti ini, insya ALLAH kita akan menjadi bangsa yang tidak ketinggalan dan tidaklah pula kaum lain boleh memijak kita kerana rendahnya ilmu yang kita ada. Tidak ada istilah dengki orang lain lebih dari kita kerana rezeki juga telah ALLAH tetapkan untuk semua hambaNya.

3 comments:

  1. salam,
    kaum Cina mmg suka membantu kaum mereka sendiri. Tak tahu kenapa Melayu ni masih ramai yg ada sikap dengki a.k.a P.H.D. perasaan hasad dengki.

    ReplyDelete
  2. salam...selagi kita ini bernama manusia.....

    ReplyDelete
  3. harap semua orang melayu ada sikap yg bagus.. membentuk melayu genarasi baru.. saya setuju la Pija kedua2nya saling melengkapi..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!