Tuesday, December 01, 2009

Contest : Sudut Pandangan Peserta & Penganjur


Bismillah,

Saya sedang malas hendak menaip sekarang bukan kerana kering idea. Tetapi saya terpaksa edit semula apa yang saya tulis bila keyboard saya terlebih peka. Okeh di bawah ini saya tunjukkan macam mana ayat saya jika tidak diedit.

Ini asdalah ayat yang tisdak sdiwedsit. Saya sangat tewnsion sdewngan kewyboarsd ini...sdia minta sduit lagi!!!

Tapi saya sudah berhutang dengan &itamaternity untuk memberi sedikit komen tentang contest di blognya :

30 Nov 09, 18:34
&ita maternity: salam ct.nak minta pendapat la naper x ramai masuk contest saya ek.ct punyer contest berdesup2 org masuk ek.bg cdgan please.huhuhu

Saya tulis ini bukanlah nak tunjuk pandai. Malah ilmu saya dalam blogging mungkin tidak sampai pun takat buku lali kaki kalian. Ini sekadar pandangan nafsu nafsi peribadi saya sahaja.

Tujuan penganjur buat contest :
  • Nak lariskan blog - ramaikan follower dan ramaikan referrer
  • Nak lariskan jualan
  • modus promosi produk
  • Nak letgo barang yang tak laku mungkin!!
  • Tambah kenalan
Tujuan peserta masuk contest :
  • Nak hadiah
  • Takde idea nak blogging
Berdasarkan kepada tujuan pihak yang berbeza ini dapatlah disimpulkan, bahawa tujuan mereka tidak suit antara satu sama lain. Kadang2 ada penganjur buat contest atau giveaway, memang laku dia punya contest itu tapi sayangnya jualan dia menunjukkan aras yang sama. Tapi ada sesetengah pula, dia mula mendapat tempat di hati peserta. Itu kira rezeki dan produk yang ditonjolkan juga lah kan??

Contest yang paling diminati oleh blogger buat masa ini adalah contest yang memerlukan peserta meletakkan gambar anak masing2 di dalam blog. Diikuti dengan givewaway yang tidak memerlukan syarat yang panjang berjela. Manakala contest yang kurang diminati adalah apabila penganjur minta peserta review barang atau blog dia.

Cara nak melariskan contest :
  • pilih untuk buat contest bergambar
  • kurangkan syarat yang berjela2 especially yang suruh buat sticky mode
  • bloghopping sambil tinggalkan pesanan
  • letakkan link di status YM atau mode FB anda
  • iklankan di blog yang menawarkan khidmat mengiklankan contest seperti My-Giveaway, Anothercontest dan lain-lain...
*Mmm..mungkin kengkawan yang lain ada idea nak share kot??
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!