Hari ini adalah sebenarnya hari mood sitisifir tidak baik. Suami saya bertanya tadi, "Umi kat nak buat cekodok keledek tadi?" Ye...saya bangun pagi tadi dengan rasa nak memasak dan ini adalah satu benda luar biasa. Ngeh he he... Sbb saya dari azali adalah tidak pandai pun nak memasak. Sampai anak2 tiap hari temankan saya buka buku resepi sambil bertanya, "Umi nak masak apa hari ni??"
Saya bukan nak marah apa, ini adalah hari ketiga air tak ada di rumah. Yang lebih malang sekali adalah semalam kawan saya Mima datang dan terpaksa cari hotel untuk sewa. Saya rasa sangat geram tapi tatau nak geram kat sapa. Saya adalah orang yang excited kalau ada orang datang rumah. Yelah, bak kata orang, ntah apelah yang ada di Parit Buntar tapi saya bgtau mereka di Parit Buntar ada saya :)
Bila tak ada air, maka susah nak masak. Boleh tapi tak boleh nak membasuh dan saya tak suka pinggan mangkuk bertepek2, lepas tu semut pun datang menumpang kasih. Bila saya tak masak pulak, yang jadi mangsanya adalah suami saya yang baik hati dan anak2 yang nak membesar. Saya telah telefon Lembaga Air Perak hari ini sebanyak 2 kali. Semalam saya tak kira berapa kali sehingga mereka datang dan air sempat ada sekejap saje.
Kami anak beranak mandi sekali saja semalam dan saya rasa kesian dengan mereka tambah2 Usamah yang tak sudah2 mengeluh, "Umi, Usamah laparr....". Bayangkan makanan selalu ada untuk mereka tapi selepas aje saya tunjuk slaid orang kelaparan kepada mereka, tiba2 air takde sehingga memaksa mereka bertanya pula, "Umi tak de duit ke?" Huhuhuhu....Nasib korang tak tanya, "Umi malas ye nak masak??"
Lalu di perenggan kelima ini saya tulis jawapan yang suami saya bg di perenggan pertama tadi, "Umi takde mood ah nak masak..." ada bunyi nak nangis di situ. Lalu suami saya tolong pakaikan Arwa baju dan turun buka kedai dalam mode *lapar bini mogok tanak masak*. Hihi...kesian dekat dia tapi suami saya itulah yang bagus, dia takde nak ngamok2 suruh saya masak jugak2. Lalu saya balas jasa baeknya dengan mintak kunci kereta dan pergi beli nasi dengan lauk sekali sambil bergosip sakan dengan macik - sama2 mengutuk Lembaga Air Perak.
Balik beli makan, saya bg suami kat bawah yang jaga kedai sebungkus, kemudian naik atas dan jamu anak dalam talam bajet tanak basuh pinggan menimbun. Kesian tengok diorang pulun makan menandakan mereka lapar sebab tak makan pagi. Tapi masa balik beli makan tadi, meter air bergerak semula menandakan air sudah ada. Saya mula menadah air semula untuk stok minum. Juga picit butang mesin basuh sebelum semut berumahtangga celah2 kain yang lembab dan lemak berkrim dengan pelbagai perisa itu.
Muahahaha...besar tak masalah saya sehingga air tak ada menjadi isu kasih sayang antara ibu dan anak dan isteri bersama suami mithalinya. Lalu orang yang membaca entry ini juga pening apa kena mengena 7 perenggan ini dengan 'mixer'. Huhuhu..maafkan saya jika saya bgtau bahawa ini adalah mukadimah. Sebenarnya, saya nak tunjuk mixer dalam gambar di bawah.
Mixer ini adalah hadiah sahabat baik saya Syuhairah masa hari kenduri kawin kami. Itu telah berlalu 6tahun 8bulan, tapi sbb takde oven maka saya tak pernah guna dan dah beberapa kali mixer ini telah diberi cubaan 'akan diberi kepada pengantin lain' tapi tiap kali nak bg kat orang dok terfikir2 elokkah hadiah orang kepadaku, kuhadiahkan kepada orang pula. Dah le yang bg tu Syu plak tu...hehehe...
Tapi mixer ini beroperasi dengan lancar dan saya telah gunakannya beberapa kali. Nanti2lah saya tunjuk gambar 'apa yang saya kerjakan' dengan mixer ini ye? Sebenarnya mixer ini tertinggal kat Jerteh so tunggu suami saya balik sana dulu untuk ambil. Tu yang lambat kluar cerita mixer ni.
Anyway Syu, thanx for the mixer, ana baru menghargainya :) better let than never kan??
saya suka pekan Parit Buntar. dulu dr ofis selalu pergi beli lauk pauk sblm balik ke rumah di Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal.
ReplyDeleteaprit buntar kan ada baaaaaaaanyakkkk kdi kain yang cntik2..hehehe
ReplyDeletesllu juga g sopping sana..nextime pg, saya cri kdi kak pijah
x sabar nak tunggu entry,buat apa dengan mixer tu.hikss
ReplyDeletetak dak air mmg masalah, masalah nak basuh pinggan n mesin kain..mulala berlonggok2 kain baju...boleh sakit jiwa dibuatnya
ReplyDeletekan ka lani pija dah ada oven..so bolehlaa guna mixer tu kann
ReplyDeleteparit buntaq ada apa rr?
sat kena pikiaq sat.... hehehhehe
wahhh..mixer + oven dah ada, mesti berderet2 koleksi masakan akak nanti.. jangan takut bereksperimen dgn mixer & oven hehehe
ReplyDeletesiti..
ReplyDeletebetul la..
orang kata, bior xde letrik dari xde air..
kan?
sabo aje la kan..
hehehe...lucu betul baca karenah anak2 siti,
tingin gak nk jenjalan prt buntar,
mana la tau..leh tempah spek mata utk MIL skali..
sesambil kenal ngan siti n anak2..
adeh..masuk dalam list berangan nak balik mesia nih..
hehehehe
Samalah kita tak penah guna mixer... huhu kesiankan? nampak sangat tak rajin masak2 kek buat biskut...
ReplyDeleteK.Nur, bila balik duduk sini semula, kunjungilah saya ya....
ReplyDeleteLady Qay, a'ah tapi kalau kat kelantan lagggi murah kainnya...nnt datang sini singgah tau
elissmie...alamak, takutnya...saya takut saya segan jerk...huhu
mamasyaza, bukan sakit jiwa kita aje, telinga anak2 pun sakit juga dengar tarzan bunyik...ahahaha...
rozy, a'ah, sbb ada ovenlah saya pesan suami bawak mixer ke PB...saya da kata, di PB ada saya :)
aurikelsan..wuwuuuu....berderet2??apakah??
yanticomel...huhuhu..apa salahnya kalau boleh murah :P
K.Wan, hihi...tu lah kekdahnya..saya lg dasat kot