Bismillah,
Korang pernah tengok orang bertengkar. Dulu, saya pernah alaminya selepas SPM. Semua benda akan jadi bahan pergaduhan antara saya dan adik saya. Waktu tu kami sama2 budak dan akhirnya, yang tension adalah mak saya. Sebab, kami tak gadoh depan abah jadi mak la yang dok ngadap kami ni... Sehingga satu hari, saya lari dari rumah. Sampai di rumah sepupu abah saya, Cu..dia pun tepon bgtau mak saya ada di sana. Saya masih ingat lagi mak kata, "Tak apalah..depa dah besar dah pandai nak buat keputusan sendiri."
Mak mana tak serabut ek anak2 gaduh. Pernah masa kami sekolah rendah dulu, masa kami gaduh sampai satu taman dengar, mak pulak buat2 lari dari rumah walhal dia menyorok kat tepi rumah. Apa lagi, dah nama budak sekolah rendah, melalak2 la kami depan pintu rumah. Sekalii....mak saya sergah kami sampai kami ingat itu hantu. Huhu...itu kisah dua beradik je gaduh. Boleh imejinkah mcm mana saya handle 4 orang ni? Hihihi...
Masa hari pertama saya dapat kerja di Greenwood Gombak, saya saksikan depan mata saya sendiri di tempat cuci kereta, ada orang bergaduh2 sampai berdarah2. Saya benar2 jadi fobia sehingga demam. Saya memang tak boleh tengok keganasan atau kemalangan berlaku depan mata. Saya jadi takut sampai demam2...
Deepavali baru ini, sementara menunggu azan subuh, saya duduk di tepi tingka supaya mudah dengar bunyi azan. Tiba2 saya nampak sekumpulan India berkumpul di hujung bangunan kami. Gayanya memang macam nak bergaduh. Kelam kabut saya cari no tepon polis tapi no tu hanya didapati lepas sekumpulan tu dah bersurai.
Saya sangat sensitif dengan kejadian seperti itu. Itu adalah ketika saya dah besar, saya masih ada rasa fobia. Bagaimana kalau anak2 kecil yang menyaksikan ibubaa sendiri yang bertengkar?Pastilah mereka lebih trauma lagi dengan keadaan itu bukan? Manakan tidak, hidup mereka tidak aman dengan melihat orang yang mereka sayangi berperang.
Terdapat pelbagai kesan psikologi dapat kita dapati daripada anak2 yang ibubapanya kerap bertengkar. Mereka membesar menjadi orang yang rendah diri, depres, kecewa, mengalami mimpi buruk, menjerit dan meraung tanpa sebab. Tanpa disedari mereka juga akan menjadi seorang yang brutal dan tidak pandai menghormati. Mana tak nye, ibubapa mereka dah tak menghormati sesama sendiri, dan tak pula menghormati hak anak2 untuk merasa aman, bagaimana pula mereka hendak belajar menghormati pula?
Pertengkaran sebenarnya boleh dielak. Biasalah..mana ada pasangan yang aman sepanjang masa? Cubalah untuk mengawal emosi sebelum meledak. Agak2 nak marah itu, bawaklah banyak2 mengucap. Sebab bila kita letak emosi di depan, asal2 nak komplen rumah sepah terus termasuk dengan topik lain.
Cuba kawal diri daripada mencaci pasangan. Walau sebusuk manapun pasangan anda, dia tetap ibu atau bapa kepada anak2 anda. Dia jugalah yang telah ditakdirkan ALLAH sebagai jodoh terbaik buat anda. Jangan buat anggapan bahawa ALLAH telah tersalah meletakkan pasangan anda sebagai jodoh anda. Takdir ALLAH sentiasa terbaik walaupun kita rasa pasangan kita takde pekdah langsung buat kita.
Teleklah juga diri sendiri sebelum tidak sudah2 menyalahkan pasangan kita. Ada masa kita juga buat salah. Tapi sebab ego, kita mudah mengangkat jari dan menyalahkan pasangan. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah anak2. Mahukah kita membiarkan individu yang rosak akhlaknya? Sudahlah kita rasa pasangan kita 'begitu begini', mahukah kita anak2 kita membesar sebagai orang yang seperti itu juga?
Sekurang2nya, jagalah aset paling berharga kita iaitu anak2 kita. Mereka adalah orang yang akan mendoakan kita kelak. Fikirlah semula sebelum bertindak menyelesaikan masalah dengan cara yang tidak bijak iaitu dengan bertengkar depan anak2. Mmm..saya? Jika saya rasa nak marah, saya akan mula dengan dialog, "Abah, ni umi bukan nak berleter la...tapi kalau rumah ni kemas tak le umi malu kat orang yang datang tadi...abah kena la larang anak kalau diorang sepahkan rumah. Bla..bla...bla...."
Habis teruk pun dia akan backing diri dgn statement yang kelako2 dan we end up dengan ketawa2 semula. Namun saya selalu harap dia akan hadam apa yang saya kata pada dia. Kalau kami buat2 gaduh pulak, anak2 akan kata, "Umi dengan abah niiiiii..................." sampai kami konpius sapekah budak2 yang sebenarnya.
Atau kalau nak marah sangat, adelah nnt SMS melayang dan kalau terasa nak perang tu, kami perang dalam diam aaa...pakai senyap2 aje. Tak lama lepas tu okehla semula. Adatlah nak bergaduh laki bini kan? Tapi jangan jadikan bergaduh depan anak2 sebagai adat.
harap2 aku pun tak bergaduh depan anak bila dia dah besar!kecik tak faham apa lagi kan.
ReplyDeletekdg2 i pn TERgaduh depan farrel..will try to avoid for next time..even selalu ckp xmo gaduh depan anak...
ReplyDeletebab bergaduh dlm diam tu mmg selalu kami buat. tu cara kami nak elak gaduh depan anak2.
ReplyDeletesalam...gaduh suami isteri tu biasa la sebab bertentangan pendapat...tapi jangan la sampai depan anak2 pun nak gaduh....
ReplyDeletemmg betul, tambah2 time cuti skolah camni..hari2 beleter bila bebudak berdua tu bergadoh, kejap menjerit, kejap menangis..pening kepala akak cuti 3 hari..baru tahu, macam tula ibu kita rasa masa kita kecik2 dulu...tapi akak kalo salah faham ngan en. abah slalu settle kat dlm bilik..anak2 tak tau apa yg kita cakap....senang
ReplyDeleteAkak pernah "ter"gaduh dengan husband depan mak mertua....Masa tengah marah dah tak pedulik apa, tapi lepas tu malu sendiri....heheee....Tapi lepas tu mak mertua marah husband pulak sebab memang dah terang2 itu salah dia : )
ReplyDeleteKalau cakap2 tinggi suara sambil bergurau (marah dlm gurau) si Naufal akan pergi kat bapak dia dan lepuk sekali. Nampak gaya Naufal ni menyebelahi ummi dia!
ye kak fiza. betul tu. kalau saya dan hubby kalau gaduh, pakai SMS. cool je. kalau tgh marah ni, baik diam aje. kalau bukak mulut, takut yg ntah apa2 keluar dari mulut huhu so baik pakai SMS hehe
ReplyDelete