Bismillah,
Selepas solat Subuh, suami saya bertanya, “Kenapa tak kejutkan Asmaa’ sekali?” Saya hairan bukan sebab apa, Asmaa’ akan join solat Subuh jika dia tersedar kami bangun dan bersiap untuk solat. Saya belum
Lalu saya terfikir, 2 tahun lagi Asmaa’ akan berumur 7 tahun dan ketika itu kami perlu biasakan dia dengan solat. Melentur buluh biarla dari rebungnya dan buluh yang akan kami lentur ini adalah darah daging kami sendiri. Saya mahu dia faham bahawa solat itu bukan beban tetapi adalah tempat dia mendapatkan kekuatan dalaman nantinya.
Beberapa bulan lepas, seminggu sebelum tarikh Usamah terima hadiah dari atas pentas itu, mereka menghadiri kem solat untuk pelajar PASTI. Saya bagi kamera yang tidak ber bateri kepada cikgunya jadi tak adelah gambar mereka…wuwuuuu. Saya rasa Asmaa’ & Usamah dapat sesuatu di
Balik dari program itu, Asmaa’ mula solat satu rakaat. Hihi.. satu rakaat tu sbb buku manual yang mereka ajarkan adalah menunjukkan cara satu rakaat sahaja. Tapi Alhamdulillah selepas itu, setiap kali sahaja kami hamparkan sejadah untuk solat, Asmaa’ akan turut sama.
Macam2 kerenah dia semasa solat, terutamanya kalau kami solat kebetulan dengan ada katun. Solat sengetlah, garu
Abis solat, kalau jemaah dengan abahnya, maka abahnyalah yang akan bacakan doa. Tapi kalau solat dengan saya, maka saya berdoa senyap2 aje. Asmaa’ pun tanya, “Umi baca doa apa?” Saya kata, doa apa pun tak apa. Lalu dia baca doa sebelum makan siap mcm ni, “Doa sebelum makan..bismillah……”sampai abis…huhuhu
Selepas solat kami biasakan bersalam2. Semasa salam itu, Asmaa’ tertanya2 kenapa Usamah cium tangan dia dan dia tak perlu cium tangan Usamah, dan kenapa dia perlu cium tangan kami, dan kami tak perlu cium tangan dia. Lalu saya bagi tahu, yang muda kena hormatkan yang tua. Tapi bila dengar perkataan tua, dia pun mula takut.
"Kalau tua nanti mati ke umi??" haih...mcm mana nak cerita yang muda pun boleh mati. Saya pun gunakan pelbagai ayat untuk bgtau bahawa semua yang bernyawa akan merasakan mati. Bila dia faham, dia mula tanya kat dalam kubur nanti dia duduk dengan siapa? Saya bgtau kalau kakak baik, akan ada malaikat yang menunggu.
"Kakak kena bgtau ke nama kakak kat malaikat tu? Nanti kalau hantu yang datang kat kakak macam mana kalau malaikat tu tak kenal kakak?" Korang....Asmaa' menangis bersungguh2 dengan benda ni. Saya pun berkali2 bgtau dia, asal dia baik dan taat perintah ALLAH dia tak perlu takut di sana.
Saya tidak sangka perbualan kami itu, membuatkan dia rasa nak solat. Dia akan menangis kalau saya tak tunggu dia. Dia marah kalau Arwa sibuk nak pakai telekung dia juga. Lalu baru2 ni saya belikan Arwa telekung yang hampir sama dengan Asmaa'. Harganya RM 20 sahaja dan ia ada renda kelilingnya. Sangat comel....
Terbalik kot sokmo..pakai kain kat kapla :P
Surah Al-Ankabut : 20 "Sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada berbuat kejahatan dan kemungkaran"
Ya, itu adalah fungsi solat. Kita tidak hanya wajib menunaikan solat kerana ia adalah ibadah yang telah diwajibkan kepada kita tetapi kita perlu kepada solat itu kerana solat akan membuatkan kita menjauhi kemungkaran. Persoalannya, kenapa ramai orang yang solat tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang menyalahi hukum?
Saya sebenarnya tidak layak untuk berbicara tentang hal ini kepada orang lain. Setelah terjumpa dengan tips ini, saya dapati ia boleh diadaptasikan asal sahaja kita berusaha untuk menghadirkan diri dalam solat kita. Semoga ini dapat membantu dan anda juga :
- Ketika mendengar azan, berhentilah dari melakukan apa jua pekerjaan, hayati dan jawab semua kalimah azan itu
- Hadirkan hati kita dan rasakan bahawa azan itu umpama seruan yang hebat di hari pembalasan
- Segera berwudhu sebelum azan dan bersedia di tikar sembahyang
- Katakan kepada diri "Wahai jiwa, tidakkah engkau malu berhadapan dengan Penciptamu? Mengapa engkau tidak mahu merendah diri di hadapanNya? Alangkah sombong dan bodohnya engkau? Ya ALLAH, bantulah aku menjadi orang2 yang bertaqwa."
- Andaikan ALLAH benar2 sedang melihat kita. Betapa kerdilnya kita di sisi ALLAH...
sucinya hati kanak2. terima kasih kak pija atas entry ni :)
ReplyDeletedr kecilla senang dibentuk. ada org yg tak mahu beratkan anak2 kecil pasal sembahyg dan puasa. bila dah besar anak2 jd liat nak sembahyg dan puasa. terima kasih atas entry ini. saya dan suami pun dah mula mengajar perkara2 asas pd puteri sulung kami.
ReplyDeleteYatie puji kesungguhan Fiza mendidik anak2 menjadik Muslim yg baik dari kecik lagi...betullah orang kata "melentur buluh dari rebungnya".
ReplyDeleteBoleh tak Fiza buat satu entry bagaimana nak mendidik anak2 yg "dah besar panjang" atau dalam erti kata lain dah bukan rebung pun, yg cukup liat untuk solat?
thanks akak atas tips dan cerita-ceriti tentang perihal anak2 akak..boleh dijadikan panduan
ReplyDelete