Assalamualaikum,
Dalam kesibukan kita cari duit, main saham la, pelaburan internet la, kita boleh terlupa utk melabur di hari akhirat. Bukankah mengajar anak bersembahyang adalah satu pelaburan besar buat hari Akhirat sana?? Saya rasa semakin tertekan dalam menjalani kehidupan seharian di mana serba-serbi boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak halal.
Misalnya suami bekerja dengan kedai emas, terpaksa berhenti supaya tak terlibat lagi dengan kegiatan yang boleh melibatkan riba. Kemudian KWSP yang telah diwajibkan atas semua majikan. Walaupun sedikit dilegakan dengan apa yg ada dalam laman web Ustaz Zaharuddin, namun saya masih kecewa kerana terpaksa memberi sokongan atas proses ini.
Biarpun duit yg dikatakan riba nnt ada saluran yg boleh digunakan, saya bimbang kalau2 staff2 lain yang tidak punya kefahaman jelas dalam hukum ini gunakan duit kemana. Memang kelihatannya tiada kaitan bukan? Tapi saya cukup bimbang andai saya disoalkan tentang ini di sana nanti. Mmm...Takutnya..
Ha ha..Saya memang mudah terlari tajuk. Harini saya mahu berkongsi sedikit cara bagi mendapat keuntungan di akhirat. Kerana mungkin dengan cara yang lebih luhur murni ini akan memberatkan amalan kebajikan kita di dunia ini.
Sabda Rasulullah :"Perintahkanlah anak2 itu untuk bersembahyang setelah mencapai usia tujuh tahun dan apabila telah berusia sepuluh tahun, maka pukullah dia jika meninggalkan sembahyang" -Riwayat Ahmad dan Abu Daud.
Saya tidak bermaksud mentafsir hadis sebab itu bukan bidang saya. Tapi kita akan menyaksikan satu kerosakan yg besar seandainya kita tak melatih dari kecil lagi. Lagipun bukankah ALLAH telah berpesan "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari seksaan api neraka."
Disini, ALLAH telah menggariskan usia seawal tujuh tahun untuk mendedahkan mereka dengan perlakuan solat. Tapi kalau diorg ada kecenderungan utk solat lebih awal, maka lagilah patut kita galakkan. Keluarga sebelah suami saya memang menekankan bab solat berjemaah. Anak2 mesti bosan kalau time kitorg solat diorg takde sape nak layan. Jadi Asmaa' dan Usamah dah biasa terikut2 time ahli keluarga yg lain berjemaah.
Ye mmg kadang2 diorg akan mengganggu tapi terkenang pulak Rasulullah dulu buat mcm mana time cucu baginda panjat atas belakang ketika solat. Teringat pulak Ahad lepas terbaca ruangan Penamufti dalam Utusan Mingguan. Mufti Perlis menyatakan masjid mesti mesra pelanggan. Ada betulnya juga apa yg dia katakan??
Kenapa pulak umur 10 tahun kene pukul kalau tak solat. Sebab pada usia ini, mereka sudah mengerti dan memahami setiap apa yg diarahkan. Tapi pukulan mestilah dengan tujuan mendidik. Bukannya menyakiti supaya mereka akan sedar bahawa solat adalah nyawa bagi setiap Muslim. Kalau tak solat, takde lagi hakikat kita seorg Muslim.
Didikan yg kita mulakan sejak kecil adalah satu usaha yg betul kerana waktu ni kerana hati mereka masih bersih. Ini adalah supaya mereka tak liat untuk menunaikannya ketika besar nanti malah kalau diorg menginggalkan solat akan menjadi satu bebanan pula bagi mereka. Kat sini, sape yg untung?
Mestilah mak bapaknya. Kenapa? Sebab kalau kita lupa dengan perkara ini, maka kita akan mengundang musibah utk diri kita sendri. Saya takmau cerita tapi sape yg baca artikel ni, tanyalah kepada mereka yg dah ada anak besar tapi tak solat. Bezakan jiwa mereka dengan org yg telah mendidik anak2 solat dari mula lagi...Dari situ, belajarlah utk menjadi org yg tenang di masa tua atau memang kita tak memerlukan ketenangan ini???
saya tertarik dgn catatan puan dlm bab mengajar anak bersembahyang. sememangnya sebagai bapa, saya terpikul dgn tugasan tersebut. bukan sahaja mendidik anak bahkan perlu juga mendidik diri sendiri dlm bab sembahyang ni. insyaAllah..anak2 akan memahami dan juga akan cuba merealisasikan akan apa yg di suruhkan oleh kita berlandaskan dari hadis nabi kita.
ReplyDeletesekian.
salam puan.
ReplyDeletesaya tertarik dgn tulisan puan mengenai bab menyuruh anak bersembahyang. sememangnya sebagai seorg bapa, saya terpikul dgn tugasan sebegini terhadap anak2. bukan sahaja mengajar dan mendidik mereka bahkan diri sendiri ni perlu juga dididik dan diajar unk kebaikan.. moga dgn segala apa yg kita minta depa buatkan tu berjalan dgn lancar. mudah mudahan...
Salam,
ReplyDeletemengajar anak solat boleh dimulakan sejak anak di dalam kandungan lagi. Sewaktu ibu mahu solat, usap-usaplah dibahagian perut untuk mengingatkan anak telah sampainya waktu solat. Di waktu bayi pula, pastikan bayi selalu melihat kita solat atau mengaji. Masa ngaji, letakkan bayi tu dipangkuan kita. Kemudian masa kecil, rajin-rajinlah bawa anak-anak ziarah masjid atau surau utk solat berjemaah. Awas! jgn lepaskan anak kecil bebas di surau atau masjid, nanti timbul gangguan dan hilang kekusyukkan kpd jemaah lain pula. Sentiasa beri nasihat dan ingatan kepada anak tentang adab-adab di dlm masjid. Insyaallah bila dewasa nanti, anak kita akan sentiasa rindukan masjid dan selalu ingin ke sana. moga ini akan menjadi jaminan kita di akhirat nanti, amin