Thursday, April 05, 2007

Pertama Kali Menjadi IbuBapa


Assalamualaikum, Teringat saya pada masa mula2 nk jadi umi dulu. Perasaan gundah gulana tu konon2 under control tapi kalau lah org boleh tgk betapanya jantungku ini berdegup dgn kencangnya, org yg tgk tu pun boleh pengsan. Saat bersalinkan Asmaa’ adalah saat yg paling bermakna dlm hidup saya meskipun cek mek tu kuat nangis skang he he…

Bayangkan, selepas je misi2 tu mandikan Asmaa’, diorg letakkan dia di sebelah saya. Alhamdulillah, tidaklah terasa susahnya nak beranak tu memandangkan masa saya menanggung sakit ALLAH bagi sekejap cuma. Saat terpecahnya air ketuban tuh, baru la datang rasa sakitnya. 10.30 start sakit kul 11 beranak.

Asmaa’ pulak, dibaringkan sebelah kanan saya, dia langut jek tgk umi dia yg gelap nih. Masa tuh saya perati kulit dia putih sangat. Dah la comel…maklumlah budak takde dosa lagik kan… Saat tu saya rasa sangat bertuah bahawa ALLAH telah memberikan saya seorg anak yang boleh saya harapkan utk mendoakan saya bila tiba saatnya nnt.

Kontak mata yang pertama itu telah menyebabkan saya terkenang2 momen itu hingga ke saat ini. Betapa abahnya juga sangat bersyukur kerana melalui rahim saya dia juga telah menjadi seorg abah. Kakak…kalau nnt kakak pandai baca tulisan umi nih, kakak ingatlah ye, kakak lah org pertama yg membolehkan umi naik pangkat dari seorg isteri kepada seorg ibu. Dan umi sangat sayangkan kakak…sepenuh hati umi….

Ya!! Itu mukadimah aje rupanya..ni mungkin boleh dijadikan sedikit panduan…bagi menjadi ibu bapa buat kali pertama!!!

• Percayakan naluri sendrik – ada byk benda yg akan kita lalui kita sendrik tak tau hasilnya apa. Cthnya apa ye…? Mmm.. Saya bg cth mcm ni la. Kita nk jadikan anak kita putih. Kita pun tak kasi dia makan kicap…ahaks…ni mmg la cth utk budak besar..takkan nk suap baby kecik dgn kicap pulak kan? Jadi, setiap satu keputusan yg kita perlu buat, adakala tergantung pada naluri aje. Kalau baby menangis, kita tak kan tau kenapa tapi kalau naluri kita kata dia sakit perut, carila minyak angin sapu.

• Bacalah buku sebyk mungkin – satu buku je tak mencukupi utk mendapatkan ilmu yg byk. Sementara anda takde baby atau anak lain lagi, pulunlah baca buku yg mana patut. Saya dulu ade beli buku yg harga dia agak mahal jugak tapi its really worth it. Buku tu, kalau skang ni dah ada 3 anak, saya rasa suami saya tak bg beli dah. He he..maklum aa skang ni semua berlandaskan pengalaman je..maklum saje anak dah tiga. Kalau payah2 pun pakai elo ke mak atau mertua je…

• Kenalpasti tempat yg selamat utk bayi – kerana apa? Sbb bila kita pastikan umah kita selamat utk anak adalah lebih baik. Dia akan membesar dgn cepat dan kadang2 kita tak sedar setiap hari pun akan ade perkembangannya. Kita akan terkejut dgn setiap apa yg anak kita boleh lakukan hari demi hari. Jadi, kalau kita tak bersedia dari segi tpt utk dia membesar, sedikit sebanyak perkara ini akan membantutkan proses perkembangannya..

• Beli buku rujukan yg baik ttg bayi – bak kata nya beli buku direktori baby. Segalanya ttg baby ada dalam satu buku. Mcm yg saya kata tadi baca byk buku kan tapi kalau takde dlm satu buku kan dah tergagau2 nk cari buku..yg anak kita lak melalak2 nangis uu…..

• Kalau ade masalah, call pediatrician – he he..yg ni sape yg jadik Doktor mmg hot la kan sbb asyik kene kacau jek. Mcm saya alhamdulillah ramai kawan yg jadik doctor kebetulan sama2 belajar dulu. Jadi, kalau anak saya timbul kudis pun tepon diorg..he he..sori la tapi korang lah sahabat aku dunia akhirat…

• Beli beg diaper – ade org tya kenapa poket baju saya besar. Sbbnya saya malas nak bawak beg. Masa hadir ke kenduri seorg sahabat, pengantin tu ade menegur. Dia tya mana saya letak botol susu yang saya pegang tadinya. Saya bgtau ade kat dlm poket. Terkejut lah member sbb botol tu yg saiz 250 ml boleh masuk poket. Bukan satu tapi 2 botol…ahaks.. jadi mmg mak2 ni, mmg kene ade beg khas utk isi byk barang anak..nak tak nak, mesti kene ade..mmm..padanlah kan? Makin tua sorg2 mak, makin besar handbag dia…

• Cloth-like diaper? – saya taktau pada pandangan org lain mcm mana. Saya dulu buat juga testing2 pada anak ni jenis mana diaper yg diorg boleh pakai. Asmaa’ la yg jadi bahan kajian saya..ahaks!! Yang pentingnya skrang, hasil ujian tersebut telah menunjukkan anak2 saya lebih rasi dgn cloth-like diaper. Kalau diaper yg luarnya mcm plastic tu diorg mcm cepat rimas…bukan semua diaper cloth-like mahal. Ade je yg murah…Cuma nk kene cari je..

• Bercakap, nyanyi dan bacalah utk bayi anda – walaupun suara kita bak buluh pecah wakaka…nyanyi jelah kalau nk tidurkan anak especially..tapi biarlah lagu yg membawa kepada anak mengingati Tuhan. Saya suka zikir munajat sampai skang Asmaa’ juga dah boleh mendodoikan Uwaiys dgn lagu Allah, Allah, Allah ya Allah… utk Asmaa’ dan Usamah, diorg selalu gaduh jadik saya sll ajak nyanyi lagu Twinkle2 ke, One little Two ke, ntah hape ntah lagi kadang saya pun tak pandai mana tapi belasah ajelah..Kebetulannya dua yg besar tu sll saya belikan susu Dutchlady, bukan nk promote, kan dia sll bg freegift, yg tu jugak sll saya buka utk hilang bosan diorg. Adakala kalau terserempak buku murah2 kat pasar malam ke, saya belikan jugak…Tu kalau dah besar la kan…kalau dgn Uwaiys yg masih 5 bulan pun saya belasah je sembang…dia faham ke tak..belakang kira…

Saya pun baru 27, jadi ilmu saya juga masih terhad…andai ada ibu2 yg lebih byk ade petua yg lebih bernas…jemputlah!!!

3 comments:

  1. Anonymous4:24 PM

    Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
    Saudara2 ku yang dirahmati Allah

    Alhamdulillah syukur kerna Siti berkongsi pengalaman.Sebenarnya walaupun anak tu masih "merah" pancainderanya sudah sedia menerima maklumat.Gitu cantik Islam menyarankan Azan ditelinga kanan dan Qamat ditelinga kiri sebagai peringatan untuk "Covenant" sewaktu di Alam Alastu, dimana semua roh dikumpulkan dan ditanya "Alastu bi Rabbikum, Qalubala Shahiddna" Surah Al-A'raf 7:172.
    Ini menunjukkan walaupun waktu tu kita semua hanya didalam alam Roh namun kita telah disediakan untuk mendengar, mengerti/faham dan kemudian menjawab dengan betul.
    Petanda anak yang dilahirkan dah ada infrastruktur (coz the brain is fully developed, once it is not stimulated the dendrites will be prune away, there's no such thing as the brain will be burnt instead the brain grows with use this also helps elderly people from getting dementia) (please read books written by Dr Glenn Domann, he runs the Institute for the Achievement of Human Potential in Philadelphia, USA or go to NURY allocated at Bukit Antarabangsa in KL runs by Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar) to know more about developing the best of human potential) iaitu seperti intel pentium, harddisk yang hebat tinggal untuk kita, ibu/bapa sebagai pendidik/guru pertama dan utama untuk memberikan mereka matlumat dan kasih sayang tanpa syarat (unconditional love lots of it).
    Please read the book on Touching: Significance of the Human Skin by Ashley Montagu.
    How important touch is to our children and spouses."
    Those who recites Al-Quran will not get dementia too insya'Allah. .just look at molecules of water once al-fatihah is recited is fantastic beautiful molecules seen under the microscopes just imagine our cells when we always recites Basmallah, Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar and all surah in the Al-Quran every moment in our life just imagine..our soul will be purified, we'll want to be near Allah SWT always..
    You can start teaching drawing to your baby at the age of 3months old, put him on your lap and draw on a white board do this repeatedly and you'll help develop his photographic memory.
    Do not use 'baby talk' to your babies instead use simple but grammatically good language be it Malay, English, Arabic, French, Japanese etc...
    Teach names of objects, that's how our Father Nabi Adam AS was taught by Allah via Jibrail.
    These help our children built their vocabularies through times.
    Do lots of physical movements with your babies, but please Never shake the baby.
    Put your babies to sleep sideways never on it's back coz the brain grows backwards.
    When babies are one year old where they are able to turn their heads easily you can put them to sleep on the tummy, this helps prevent colic, and helps vomitus flow outwards.
    Talk to your babies with beautiful tones of your voices not monotonous.
    You can also use Asmaul Husna or wonderful zikirs tapes or you recites surah lazims to your babies as it is very soothing.
    All the best to mothers and mothers to be...I'm all ears for sharing.
    My sincere apologies, should I err please forgive me..
    Jazakallahu Khairan Kathiran
    akak

    PS: Books by Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar - Siri Sececah Cahaya Buku I & II, Chelation etc..

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:11 PM

    assalamualaikum. ..

    saya sangat tertarik dengan info dan pengalaman yang diberi tentang
    1st time jadik parent...saya sendiri dah ada anak sorang tapi mak oi susah nak kontrol, pening...sekarang lak dah nak masuk dua...tengah pening2 lalat...

    sebenarnya maklumat sebegini sangat penting buat ibu-ibu macam saya ni..smoga info ini memberi maklumat yang berguna kepada kita semua...

    salam ukhuwah

    wassalam

    ReplyDelete
  3. kite pun tertarik ngan info ni..bole dikongsi bersama

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!