Tuesday, April 08, 2008

Langkah Bestari Suami Mithali


Bismillah…

Hari ni rasa hepi amat sbb dapat main computer semula. Biarla takde line internet pun kalau dapat menaip pun dah cukup baik. Hari ni hari ke 13 kelahiran ARWA puteri ke4 kami. Saya hampir ‘kering’ dalam rumah ni bila takde xtvt nak dilakukan. Sekadar membaca semula himpunan majalah NUR untuk menambah sedikit pengetahuan.

Kini computer yang kami beli untuk kegunaan kedai menjadi mainan saya semula. Mencari-cari folder lama yang saya simpan maka terjumpa fail ini. Idea asal adalah dari Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, saya tulis semula sesuai dengan kefahaman saya. Besar kena-mengenanya apa yang terkandung di sini dengan kehidupan saya sekarang.

Langkah bestari suami mithali…
Sebelum meneruskan kata dengan isi, saya teringin banget nk memberi penghargaan tertinggi saya buat suami saya. Tempoh pantang kali ini benar sangat menyelesakan. Suami saya mengambil alih tiga lagi anak yang besar tu. Terkadang rasa kesian bila tgk dia melayan anak-anak untuk mengelakkan anak-anak mengganggu saya dan baby ARWA.

Malam-malam dialah yang bangun membancuh susu anak, menadah anak yang nak muntah. Bangun pagi-pagi lagi dah dipanaskan tungku untuk kegunaan anak sebelum bersiap menyiapkan anak-anak ke ‘sekolah’  nursery mereka. Ini bulan terakhir dan kami akan memulakan cabaran hidup baru dengan menjaga anak sendiri bermula dari bulan Mac ini insya ALLAH.

Balik anak dari nursery dia akan bermain dengan anak, menyuapkan mereka nasi..dan macam-macam lagi. Kerja yang paling berat saya buat dalam tempoh ni sekadar melipat kain. Memang kesian sangat tgk suami take over kerja tu. Walaupun jika saya bukan dalam tempoh berpantang dia masih lagi ringan tangan membantu, namun pasti dia menjadi lelah lantaran terpaksa bekerja tanpa bantuan saya.

Tu lah sebab anak-anak sayangkan abah dia kan? He he… apa pun terima kasih sangat buat suami yang ikhlas memahami saya dalam tempoh ini.

Ok.kita beralih kepada isi sebenar…

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
o Setiap amal tu bermula dengan niat menurut satu hadis bukan? Kadang-kala kita mengabaikan niat sehingga akhirnya amal kita menjadi huru hara. Juga jika mahu lebih keberkatan, adalah terbaik jika kita berniat. “Aku mahu jadi suami mithali untuk isteriku dan bapa mithali buat anak-anakku,” barulah hala tuju kita akan terdorong kearah itu. Jika kita niatkan aku mahu mengajar anak aku ini kerana ALLAH pastilah kita akan lebih bermotivasi tinggi andai terlintas dengan kelemahan anak-anak menerima pelajaran. Dan jika terlintas, “Adei maleh eh rasa arini nk layan anak-anak,” tergamakkah pula untuk melakukannya kerana kita tahu pasti kemalasan ini tidak seswai dilakukan kerana ALLAH, jadi jika tidak disandarkan kepada ALLAH maka ia akan menjadi sia-sia bukan?

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
o Sekalipun anda suami yang hensem, yang punya ijazah tinggi langit, anda musti kene mau ingat, tidak semua wanita akan menyukai anda. Kenapa saya katakan begitu? Sebab, saya sendiri aa..orang kata lelaki putih tu hensem tapi saya (dulu2 aa..) kata lelaki yang putih tak cukup macho ha ha…taste orang kan lain-lain. Jadi bersyukurlah bila ada wanita yang sudi menjadi teman hidup anda. Juga terimalah dia sebagai jodoh terbaik yang ditetapkan ALLAH. Walau terkadang anda merasakan sayap kiri anda itu tidak cukup ampuh, jadi anda menyalahkan jodoh sedang jodoh itu ditentukan ALLAH. Tanpa jodoh yang diatur oleh Yang Maha Mengetahui itu, anda mungkin akan terus keseorangan. Jadi bersangka baik dengan ALLAH bahawa ALLAH telah menetapkan wanita terpilih yang terbaik untuk diri anda. Maka bersyukurlah dan berusahalah menjadi suami terbaik buat si dia.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
• Setiap jalan cerita punya hero yang tersendiri. Jadilah hero kepada isteri anda kerana dengan menjadi hero, dia akan berbangga bersuamikan anda. Bagaimana menjadi hero? Tidak seperti Ultraman yang perlu menyelamatkan heroin dari di bawa lari dek raksasa, anda hanya perlu membaiki sendiri paip bocor di rumah atau membuat rak kasut untuk isteri anda tanpa perlu mengupah orang lain atau menjahit sendiri butang baju yang tertanggal. Sebenarnya banyak perkara kecil yang anda lakukan untuk menjadi kebanggaan isteri nan tercinta.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
• Walau sekalipun anda mempunyai masalah Negara di tempat keje, jangan sekali-kali membawa api baraan tadi ke rumah. Pastikan anda menyelesaikan apa sahaja ribut yang melanda opis anda dan pulang ke rumah dengan aman. Menurut kajian, mereka yang siap keje dengan baik mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik berbeza dengan orang yang kat tempat keje hanya suka borak-borak, main game sampai keje tak siap, last2 kene hambur dengan bos. Tak ke rugi kalau kene marah. Kot ye pun nak main game, bawak2 la siap keje dulu. Bila keje settle bos tgk main game pun dia senyum jek…kita pun bila balik keje kena la senyum sbb ini adalah sejenis dorongan dalaman untuk merangsang jiwa kita merasa bahagia. Apa yang lebih membahagiakan bila kita tersenyum, mereka yang memandang juga akan merasa bahagia bersama.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
o Isteri musti banyak nk cerita punyalah sampai sekecik-kecik perkara sebenarnya. Jadi ajak je dia bersembang. Kalau anda mati kutu jangan bimbang, isteri anda akan sentiasa ada topic untuk dibicarakan. Anda hanya perlu membuka kuncinya dengan satu soalan seperti, “Anak-anak apa cerita hari ni?” musti banyak nk describe dengan satu soalan yang pendek.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
• Kalau betul la seorang suami hantar SMS kata rindu ke, sayang ke..adui ai.. mcm mana mau cakap aaa… punya la hepi je rasa seorang isteri nih sampai dia boleh sengih jek kalau dapat SMS sedemikian rupa. Mana tak sukanya,cintanya berbalas ape sbb orang perempuan kalau dah ada suami dia takkan bukak buku cinta baru dengan lelaki lain. So, cukupkan kasih sayang isteri anda seblum dia cari kasih sayang lain. Once dia cari kasih sayang lain, andalah lelaki dayus yang selalu dikata… *perempuan yang tergamak cari laki lain tu adalah spesis yang kurang iman. Kalau iman dia cukup baik, laki dia tak layan pun dia tak cari lain punya, harap maklum…

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
o Apalah kiranya bergurau dengan isteri. Ketawa sama-sama tambah pulak dengan anak-anak adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidup saya. Saya rasa orang lain pun sama. Bila kita sandarkan segalanya kepada ALLAH, maka jodoh itu kita terima dengan baik dan kita lalui hidup kita juga dengan baik.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
• Yang ni spesifik dalam kenderaan. Jangan tergamak berdiam diri. Tu pasai bini ngantuk pastu dia tido…kan dah kene drive sensorang. Keberdua-duaan dalam kereta sebenarnya satu kesempatan yang tolongla jangan dilepaskan. Cerita je benda yg dah 50 kali cerita yang tak menjemukan mcm saat-saat indah pertemuan ke…isu semasa ke…

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
o Yg ni pulak spesifik masa makan. Jangan biasa makan sensorang. Disamping kurang berkat, makan pun tak lalu, betultak? Sekalipun bini anda dah habis makan tadinya dan anda juga tak rela dia makan lagi sbb takut gemok, ajak dia duduk bersama. Alah..tarik je tangan dia suruh duduk tempat anda. Takpun, kalau bini anda tak biasa ajak anda makan sama, kalau nampak mcm dia nk makan tu, pergi je join. Lama-lama dia akan menjadi kebiasaan insya ALLAH.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
• Mcm Rasulullah SAW, baginda turut mandi bersama dengan isteri. Kalau kat umah kita ada bilik air dalam bilik tidur kita maka itu lebih baik untuk mengamalkan mandi together-gether…kalau takde pun bukan takde masa yg hanya anda berdua dalam umah. Time tu mandi la bersama-sama. Jangan memalu sbb awal2 kawen lagi sama2 dah brake down yg malu2 pada asalnya tu kan?

Kalau ikut ni ada lagi 40 tips dari Dr Fadzillah. Cukup ah yg ni dulu. Nnt kalau rajin, saya sambunglah di bawah tajuk yang sama…sementara itu, buat suami2 yang membaca, bagaimana? Bolehkah 10 tips ringkas di atas dijadikan kebiasaan?

1 comment:

  1. Anonymous12:08 PM

    Bercakap mengenai pengorbanan suami, suami juga banyak menolong saya dalam urusan rumahtangga, bukan sahaja masa saya di dalam pantang sehingga ke hari ini dia terus membantu saya. Saya masak, dia akan basuh pinggan dan kemas dapur, saya lipat kain baju, dia basuh, sidai dan gosok baju, menyuapkan anak2 makan, memandi dan menyiapkan anak2 ke sekolah, saya cuma perlu urus si bongsu sahaja. ketiga2 anak lelaki saya memang sayang sangat kat abah diaorang, sebab abahnya pandai melayan main bola, main polis2, main kawad macam askar, kelakar bila tengok suami pun dah macam budak2, bersyukurlah kita punyai suami sebegini. walau tidak kaya dan mewah harta benda, tapi kita kaya dengan kasih sayang. Saya juga sentiasa berusaha jadi isteri dan ibu yang terbaik.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!