Bismillah,
Ungkapan di atas sudah biasa kita dengar malah seringkali kita sendiri yang mengungkapkannya. Satu pernyataan biasa namun begitu besar kesannya jika disertai dengan pengharapan yg sebenar-benarnya. Mengapa isu ini saya bawakan kali ini?
Suatu hari, saya dan suami memerlukan seorang yang mahir tentang computer dan aksesorinya dari segi harga dan perisiannya. Sekadar mahu mendapatkan yg terbaik untuk kegunaan sendiri dengan harga yg paling berpatutan. Bimbang jika ditipu oleh pihak tertentu, saya meminta pertolongan dari seorang sahabat lama.
Ternyata dia senang sekali dapat membantu kami sehingga ke proses pembelian juga turut dilakukan oleh beliau. Setelah suami saya mendapatkan computer itu, saya terlintas yang sahabat saya ini sentiasa sahaja membantu bila saya memerlukan. Apa sahaja setakat dalam kemampuannya pasti akan dibantunya.
Biar susah saya mahu berkawan dengan seorang yang berlainan jantina, namun persahabatan yang juga terjalin antara suami saya dan sahabat ini yang asalnya bekerja di tempat sama menjadikan semuanya menjadi sesuatu yang menyenangkan. Saya lalu terfikir, dia boleh sahaja menolak andai dia tidak mahu membantu, malah sebelum bertanya kepada individu ini, kami telah menanyakan dua-tiga orang yang lain namun kesediaan membantu masih terbatas mungkin dengan tugasan masing-masing.
Lalu satu SMS saya kirimkan, “Semoga ALLAH membalasi dengan yang lebih baik,” kepada sahabat ini dan dibalasi dengan “Amin, May Always in ALLAH’s blessing.” Lalu saya berdoa mudah2an ALLAH membalasi pertolongan itu dengan sesuatu yang lebih baik dari pertolongan dia kepada saya.
Jika betul dihayati dan jika ALLAH juga memaqbuli, bukankah ini sesuatu yg baik? Kita berdoa agar kebaikan mendatangi kehidupan dia dan mudah-mudahan kebaikan itu benar-benar didapati. Apa kesannya kepada saya yang berdoa? Sekali pandang seolahnya tiada apa yang kembali kepada kita namun saya yakin di lain masa, jika saya sekali lagi dalam kesusahan, pasti ada yang sudi membantu.
Tidak luak jika mendoakan kemudahan dan kesenangan untuk orang lain kerana ia juga ibarat kita mendoakan diri kita kerana kita dan mereka yg kita doakan hakikatnya adalah sama. Cuma amal dan taqwa yang akan membezakan. Semoga kita sama-sama menghargai mereka yang selalu di samping kita