ayuk… tak rasa ngeri ke ek orang lelaki yang merokok bila baca tajuk mcm ni. Menurut kajian kat London, lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.
Minta maaf la ek org laki zaman skang ni pada hemah saye, perlu memulakan gaya hidup sihat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kemantapan ummah. Saya tak pasti la kalau dari segi pengambilan minuman keras tapi kalau tabiat merokok dan makan terlalu banyak tu bersepah jumpa. Merokok tu walaupun diketahui umum sebagai satu tabiat yang banyak mudharat, namun ia masih menjadi tanda aras ke’macho’an orang lelaki.
Kalau mcm seblom2 ni orang tergamak meletakkan label ‘kemandulan’ pada orang wanita, namun skang ada satu tinjauan yang mendedahkan bahawa angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang rendah adalah sangat mengejutkan. Kalau dulu bab kesuburan ni, ramai la wanita yang jumpa Doktor untuk rawatan tapi skang orang laki pulak yang terpaksa mendapatkan rawatan kesuburan ni.
Dari 10 pasangan yang ada masalah kesuburan, didapati 4 darinya adalah sebab orang lelaki. Punca kepada masalah ni mungkin disebabkan faktor gaya hidup mcm pengambilan alkohol dan dadah, kurang bersenam dan kegemukan. Punca lain adalah sebab pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.
justeru itu, marilah sama2 tak kira orang laki ke perempuan ke, jauhkanlah dari benda2 yang memang kita tau takde pekdah. Sama2lah kita memandang ke masa depan di mana masa ni je kita dah temui pelbagai kerosakan ada akibat dari tangan kita sendiri. Takkan kita mahu terus hidup dalam dunia yang kita rosakkan seblom ni, justeru itu, moh la kita membina semula tamadun baru yang lebih sihat…