Bismillah,
Sebenarnya, saya bukanlah orang terbaik yang mengenali lelaki secara keseluruhannya. Sebabnya, saya sekolah perempuan semua selama 5 tahun di sekolah menengah dan seblom tu, masa sekolah rendah, disebabkan 6 tahun dari darjah satu hingga 6 tu saya berada dalam kelas yang sama, maka sorang dua tu je la yang saya kenal.
Masa matrik pun saya tak sempat kenal memandangkan hanya dua semester aje saya duduk sekelas dengan lebih kurang seploh orang budak laki. Tu pun ada yang saya buat musuh ha ha… naik kat UKM lagi la best, dalam 50 orang student jabatan saya, ada la 5 orang je budak laki.
Juga sebab saya tak minat mana kawan dgn diorang ni, saya hanya meletakkan kesimpulan yang gitu-gitu aje pada orang lelaki. Tak ingat pulak saya yang akhirnya saya akan berkahwin juga dengan orang lelaki..he he namun alhamdulillah, suami saya tidaklah sesukar perjalanan 23 tahun saya membujang seblom tu untuk dikenali sebagaimana lelaki lainnya.
• Lelaki tidak detail dlm percakapan – secara genetiknya memang diorg ni tak byk cakap banding orang perempuan. Orang perempuan, tahap kebecokannya adalah 2-4 kali ganda berbanding orang lelaki. Tu sbb kalau kita mintak pendapat misalnya, mereka rela kata sepatah sama ada, “OK” atau “toksahlah” tanpa memberikan alasan tertentu.
• Lelaki tahan berjaga malam demi hobi – mcm tak pernah jumpa orang laki yang sanggup sengkang mata semata-mata nk tgk bola. Ini adalah sebab otak belah kanan lelaki ada bahagian yang tak dimiliki kebanyakan kaum wanita. Nama bahagian ini adalah ‘Kesedaran Ruang Visual’. Bahagian ni biasanya digunakan untuk menganggar kecepatan dan jarak. Kalau zaman dulu kala orang berburu untuk mendapatkan makanan dan kalau orang laki ni dapat sikit je, dia macam tak puas hati. So, dia akan pulun lagi dan lagi untuk mendapatkan lebih banyak. Orang laki zaman skang dah tak berburu. Itu pasai dia boleh berjaga malam utk main game, tgk bola dll. Lahai, kalaulah dia minat sujud mengadap Ilahi kan?
• Lelaki rela menghabiskan wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta – sebenarnya peralatan ni ibaratnya permainan diorg lah. Disebabkan bhgn yg spesel dalam otak dia tulah dia minatkan benda yang terlihat secara 3 dimensi. Ini memang saya perasan pada suami sendiri. Kalau saya tgk kereta tu semuanya sama jek tapi dia boleh kata kete tu cantik, kete ni tak elok. Padahal dia bukan naik lagi kete tus. Dah tu spesis laki ni bukan main lagi marah kalau kita shopping ek padahal dia perabis duit ke aksesori dia tu ntah untuk apa. Ha ha… semuanya kerana ‘aku’ dan ‘engkau’ nyata berbeza.
• Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga – dalam TV tu sll tunjuk romeo bg bunga kat aweks dia. Uh, berapa orang sangat yang mcm tu kat dunia nyata ni. Mungkin la ada, tapi selebihnya dia fikir buat mende beli benda yang akhirnya kita tau akan layu. Ye tak ye ek, saya last dapat bunga sejambak adelah masa hari graduasi tu pun dari mak. Suami? He he..yg beli tu takde tapi best jugak kalau dapat bunga hutan pun. Yg penting dia terdetik nk petik bunga hutan tu semata-mata nk bg ke bini dia. Romantik la jugak mcm tu.
• Lelaki tidak bergosip – sebenarnya bukan diorg tak bergosip, tapi cara diorg bergosip adalah berbeza dengan orang perempuan. Tapi kalau kene gaya, tgk aje orang yang bercakap tentang politik, kadang2 mcm takjub je dgr diorg bercakap. Kebiasaannya juga, mereka kalu ada masalah, diorg sama ada akan menyelesaikannya cepat2 atau melupakannya aje.
• Lelaki selalu mengagungkan ibu mereka – bagi mereka, ibu mereka adalah wanita paling ideal dalam hidup mereka. Mereka juga bersifat pelindung kepada ibu mereka setelah mereka melihat ayah mereka melindungi ibu mereka. Jadi, janganla kecik ati kalau mereka membezakan kita dengan ibu mereka.
• Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik, cd, jeans, jam tangan dll – sangguplah diorg ni missal kata minat ke barang antic, maka seluruh Malaya akan di cari. Contoh paling dekat abah saya. Dalam umah tu kalau dikira, ada dekat2 10 jam antic yang bunyi ding dong dgn lagu tiap 15 minit sekali. Ini adalah sikap pemburu. Mereka takmo nnt kawan dia lebih dari dia. So, dia akan bersungguh-sungguh mendapatkan koleksi sendiri seblom org lain dapat mengalahkan mereka. Inilah namanya nk menegakkan EGO.
Nilah agaknya sedikit sebanyak yang dapat saya fahami dari artikel asal ntah sape. Jika berguna, maka gunakanlah dengan baik dan jika tak guna, sekurang-kurangnya sebagai ilmu. Kot-kot lainkali jumpa kebetulan sama dengan yg dikatakan maka inilah dia kebiasaan orang lelaki. Namun, suami anda, mungkin tidak sama dengan apa yang dinyatakan jadi elakkan dari meletakkan satu standard pada mereka kerana manusia itu sentiasa berubah. Sama seperti kita….