Wednesday, April 16, 2008

Bila Asmaa' Mula Bercerita


Bismillah,
Semalam, saya agak kelam kabut dgn suami yang masih belum di sini. Saya tumpang sementara di rumah mak dgn abah di Parit Buntar. Kebetulan mak pulak kursus so Maghrib Isya adalah masa yang genting sbb abah pegi solat kat Masjid. Pada saya ada 3 orang anak kecuali anak kedua saya Usamah masih ada dengan abah dia dan mereka akan menyusul ke sini tak lama lagi.

Walaupun susah nak menunaikan maghrib tapi hari tu actually telah saya gambarkan dari pagi lagi. Bagaimana nak handle si kecik bertiga ni tanpa bantuan sesiapa. Siang biasa takde masalah memandangkan masa solat dia agak panjang. Tapi kalau time Maghrib, bg saya itu masa genting untuk saya. Ditambah pula baby Arwa memang susah nak lena selagi umi dia tak tido sama.

So, start dari 630 ptg saya usung Arwa atas riba, bukan nak ajar dia asyik duduk dalam pangku tapi tanak kasi dia tido. So that dalam kul 715 saya susukan dan selepas dia solat, adelah can saya nak solat sekejap. Dalam tempoh tu, kalau Uwaiys nak susu ke apa, saya kene buat sebelah tangan atau letak Arwa sekejap pegi buat apa yg perlu. Sian Arwa kadang2 lama sikit dia nangis baru saya angkat.

Malamnya semua ok tapi yg confirmnya, memang berpeluh2 nak handle. Lepas abah saya balik solat, dia dapat tangkap Asmaa' bukak iron. Dia pun marah Asmaa' dan biasalah budak, dia mcm tunjuk melawan. Masa dia buat reaksi melawan tu saya pun naik geram juga so, saya jentik sikit tangan dia dan bawa dia masuk bilik.

Dalam bilik saya bagitau, "Kakak, kalau dengan tokki ke, dengan umi ke, abah ke sape2 lah..kakak tak boleh lawan. Bila kakak lawan, nanti ALLAH marah. Bila ALLAH marah,kakak dapat dosa. Tapi bila kakak sabar dan ikut orang cakap, kakak dapat pahala, bila pahala kita banyak, kita dapat syurga. Kakak tau tak, syurga tu, dia ada taman cantik sangat. Kakak suka pegi taman kan?"

Tiba-tiba mata dia berair, "Umi, kakak nak baik dengan semua orang tapi orang tak suka kakak. Kat sekolah ada kawan kakak kepit jari kakak." Time ni dia tunjuk jari dia dan memang ada kesan kepit kat kuku. "Diorang suka kata kakak 'hang'." Memanglah nak oi, kita dah duduk Utara dah skang ni.

"Umi, kakak kan tak pandai lagi. Kakak kecik lagi. Kakak kena makan nasik dulu bagi besar mcm umi." Di sini dia mula cerita mcm2. Mungkin dia tak selesa kat sini loghat nye lain. Dan dia masuk sini pun dah bulan 4. Memang sebelum ni dia gi Pasti kat Terengganu tapi silibus nya mungkin berbeza. So, Asmaa' rasa dia ketinggalan dari yang lain.

Takpelah yang tu. Yang saya paling suka dengan cerita dia malam tadi..."Cikgu kakak hodoh, pakai skirt tak pakai seluar," Muahahaha....Kelakar sungguh sbb selama ni kalau pakai baju paras lutut, saya pakaikan Asmaa dengan seluar. So, takla terdedah betis dia. Tapi cikgu dia India mengajar English. Takkan la cikgu tu ndak pakai seluar dgn baju dia. Pernah jugak dia kata, "Cikgu cucuk hidung umi." Agaknya cucuk subang kat hidung kot.

Pagi tadi saya hantar dia gi kelas, saya dah pesan. "Kakak nanti jgn gaduh2 dengan kawan ye. Kalau diorg buat kakak, kakak cakap -jangan buat macam ni, tak baik. Jangan balas kawan kakak buat kakak." Kali ni dia sengih, "Nanti boleh masuk syurga kan umi?" Waaa...Kali ni saya yang nangis...........Moga mereka memahami apa yang kami ajarkan. Moga mereka menjadi anak soleh solehah yang boleh mendoakan kami bila tiba saatnya nanti.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!