Bismillah,
Cuti dari hari Selasa baru-baru ini, kami sekeluarga menghabiskan masa dengan bersama-sama cek (mertua tercinta), Jah (adik ipar yang baru pulang dari Jordan) di rumah. Anak-anak dapatlah bermain bersama-sama sahabat mereka yang satu slanga (kecek Kelate) iaitu Pa (yang berambut kerinting berlesung pipit) dan Husna (yang becok macam murai cute).
Selain bersama dengan insan-insan tercinta ini, dapatlah saya membaca 'Tautan Hati' yang hampir dua bulan jugalah saya beli dari Adikbijak.com. Kulit bukunya hampir lerai dengan air liur Arwa. Huhu..mungkin juga ada cebisannya yang telah masuk ke perut Arwa.
Pastilah ada sesuatu yang menarik perhatian saya sehingga saya menyebutnya di dalam blog yang tercinta hari ini. Sungguh perwatakan Asiah Yusra sangat mempersona sehingga saya terasa rugi kerana tidak menjadi watak itu sepenuhnya. Juga terlintas, barangkali adakah wujud wanita yang mampu menangkis pesona dunia untuk benar-benar menjiwai cinta ALLAH?
Tertunduk dan memandang diri, sungguh saya juga telah terbawa jauh dari watak Asiah Yusra ini. Jauh yang tidak dapat saya pastikan adakah mampu untuk saya berpatah balik dan mendaki semula tangga sehingga menjadi seorang pendakwah. Tangga itu pernah saya daki namun saya telah terbelok beberapa kali menyebabkan saya gagal sampai ke puncaknya.
Sungguh pesona Tautan Hati ni merangsang segala yang ada di dalam jiwa saya untuk kembali mendamba cinta kepada ALLAH. Telahkah kalian membaca buku ini? Buku ini telah memanggil saya untuk kembali mencintai al-Quran dan menghayati sunnah rasulNya. Saya yakin Fatimah Syarha mendapat banyak pahala dengan menulis buku ini. Dia telah menunjukkan kaedah berdakwah dengan lebih nyata.
Memang benar jalan dakwah tidak pernah mudah. Kita akan diganggu dengan pelbagai jenis gangguan dan sungguh jika kita sering memperbaiki iman, maka kita akan jatuh. Disitulah pula tugas nya 'ukhwah'. Melihat kawan yang hampir futur (keluar dari jalan dakwah), segeralah fahami mereka dan bantulah mereka. Muslimin dengan cara muslimin, dan muslimat dengan cara muslimat.
Buat Fatimah Syarha, sebelum ini nama ini pernah ana dengar dari adik2 ipar saya di Jordan, kini ana dah memiliki buku anti. Ana tidak berjanji untuk mendapatkan dua buku lagi 'Mawar Berduri' dan 'Syabab Musafir Kasih' kerana ana rasa ana mahu sibukkan diri ana dengan pelbagai rencana lain. Namun ana doakan moga anti diberi kemudahan untuk menghampiri pembaca novel kembali menghayati agama Islam yang suci. Tugas anti berat, namun ana tidak nampak novel anti melalaikan orang.
*dengan posting ini, saya tidak mengajak anda membaca novel ini. Namun, jika semangat berdakwah anda tidak temui, carilah disini. Insya ALLAH anda seterusnya dengan sendiri akan menyelak kitab suci alQuran dan sunnah Nabi seusai membacanya.
Selamat Berjuang semua!!! Pastikan Islam sentiasa di hati...