Thursday, August 28, 2008

Kenapa Mesti Mencintai Nabi?


Bismillah,

Melihat tajuk diatas, saya sebenarnya bukanlah arif sangat dalam hal ini. Apatah lagi dengan hati yang disaluti dengan dosa noda yang bertimbun banyaknya. Moga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita semua. Juga moga ALLAH lorongkan kepada jalan yang benar supaya kita tidak keciciran dari mendapat hidayah.

Mmm..rasanya ramai yang baru baik demam pilihanraya Permatang Pauh. Tidak keterlaluan mahu menyentuh tentang politik ini namun saya ingin sekali mendoakan kemenangan pihak ini akan memberi harapan kepada pembangunan negara Islam. Ingin sekali berada di bawah naungan mereka yang membawa Islam dengan sebenar-benarnya.

Mencintai Nabi...Bila kita bercinta, barulah kita sedar banyak rupanya keajaiban yang berlaku. Manakan tidak, orang kata mandi tak basah (padahal siram air ke tubuh kalau ikut logik memanglah basah kan?), makan tak lalu (baik puasa pulak ek), tidur tak lena (Ha..yang ni kompem rugi). Kiranya memang magic lah.

Yang lebih magic lagi adalah, bila jauh rasa dekat, kalau berat tu boleh jadi ringan, sanggup Berkorban Apa Saja (macam P.Ramlee dok habaq tu). Tapi kenapa dalam kehidupan kita mesti cinta sama Nabi lebih pada cinta pada yang lain walaupun pada diri sendiri?

1. Nabi sangat cintakan kita
Alangkan dengan orang lain, kadang tu dia tak cinta pun kita, kita pulak yang tergila-gilakan dia. Apatah lagi Nabi yang sah-sah mencintai kita? Bukti Nabi cintakan kita saya rasa ramai yang tahu. Sebelum kewafatan Nabi, apakah perkara terakhir yang Nabi sebutkan? "Ummati, Ummati". Bukankah itu merujuk kepada kita?

The best part is, bukankah kita akan mendapat syafaat nanti di Padang MAhsyar sana nanti. Kita tidak melihat Nabi, maka pastilah cinta kita pada Nabi menjadi satu mujahadah yang tinggi. OK, cuba pejamkan mata dan bayangkan di hari kebangkitan itu, bagaimanakah kita tanpa syafaat Nabi? Ya ALLAH selamatkanlah kami dari seksaan itu.

2. Mencintai Nabi tanda sempurna iman kita.
Dalam rukun iman ada Percaya Kepada Rasul. Tanpa mencintai Rasul maka tidak sempurnalah iman kita. Jadi untuk membuktikan keimanan ini, sayangilah Rasul kita.

3. Jasa Nabi sangat besar kepada kita.
Bukanlah senang Islam boleh sampai kepada kita dari zaman Nabi dulu. Nabi tempuh macam2 dugaan untuk memastikan Islam terpelihara hingga hari Akhirat nanti. Cuba bayangkan kalau kita sendiri terlibat dalam perang bersama Nabi umpamanya, bukan senang tu nak menang untuk memastikan Islam dapat tersebar luas. Perang ni bukan macam dalam cerita cartoon kat dalam TV. Perang yang Rasulullah sertai bersama sahabat tidak menjanjikan 'Hero musti menang' macam dalam TV. Cubalah tanyakan diri wahai kaum lelaki adakah berani anda-anda ni masuk perang? Yang perempuan agaknyalah jauh sekali kan? (Referring to myself)

4. Nabi adalah ma'sum.
Nabi terpelihara dari segala aib, dosa, cacat cela. Baginda dapat pula mukjizat alQuran. Makanya Baginda adalah makhluk teragung. Jadi mengapa tidak kita mencintai Baginda?

Bilamana anak2 kita bertanya nanti, "Abah, abah..Kenapa mesti mencintai Nabi?" Jawablah "Sebab Nabi saaayang sangat pada Along, Abah, Umi." Jangan malu-malu sebab kita kadang2 berada di posisi malu nak berkata perkara yang benar macam ni.

Bilamana anak2 lihatnya tertarik pada Ultraman, katakanlah, "Nabi lagi kuat Along. Kuat di dalam dengan iman, kuat di luar dengan keperkasaan." Bukan macam Ultraman, kalau dia mati, maka mati kataklah ia kecuali Ultraman bertaubat dan kembali kepada ajaran AlQuran.

Bilamana anak-anak bertanya, "Mana patut along sayang lebih? Abah ke Rasulullah?" Maka jawablah, kalau Along tak sayang Rasulullah, maka along takkan sayang abah. Maka Along mestilah sayang Rasulullah kemudian barulah abah tahu Along sayang abah."

Juga bila mereka bertanya, "Macam mana nak tunjuk kita sayang Rasulullah?", maka jawablah, "Selain membanyakkan selawat, hendaklah kita mengikut apa yang Nabi perintahkan." Didiklah mereka dengan didikan yang disarankan oleh Rasulullah. Semoga kelak bila kita di dalam kubur, doa anak yang soleh masih menyelamatkan kita. Amin.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!