Bismillah,
Seminggu dua lepas, suami saya ada bertanya, "Dalam komputer umi ada fail alQuran kan??". Saya katakan ada, lantunan Ghamidi. Masih terkenang di zaman tak ada CD lagi di UKM, saya beli kaset dan pasangkannya setiap hari guna radio saya yang berlampu disko itu. Dahulu suka dengar surah As-Sajadah, Yasin dan beberapa surah lain untuk tujuan nak hafaz.
Saya sebenarnya segan dengan diri saya di zaman belajar di UKM dulu. Ketika itu, walaupun saya loq'laq' tapi saya rasa saya lebih baik malah jauh lebih baik dari diri saya sekarang. Segan nak cerita banyak2 tapi itulah perasaan saya. Jika boleh saya mahu diri saya pada ketika itu ditambah dengan diri saya yang sekarang. Juga saya harap, imej saya yang tidak2 sekarang dikalahkan oleh imej yang dulu itu. Mana boleh request begitu. Usaha adalah dari dalam diri bukan? Kalau kawan saya 'sang pemegang tarbiah' itu baca, dia mesti akan sekeh saya :P.
OK berbalik pada soalan suami ku yang cantek itu, dia kata, "Dah tu kenapa umi tak pasangkan tiap hari?" Mmm...masa mula2 buka kedai 2 tahun lepas saya akan pasangkannya juzu' demi juzu'. Sekarang? Tak ada sebarang bunyi melainkan bunyi orang bersembang sahaja. Saya tidak peruntukkan radio atau TV di kedai.
Tabiat pasang alQuran dalam rumah agak lama saya tinggalkan. Saya rasa saya patut amalkannya semula. Tambahan pula dalam hal ini saya tidak keseorangan.
Kepada sesiapa yang mahukan alQuran alunan Ghamidi dan indeks alQuran, sila email saya dengan tajuk Saya Mahu Dengarkan Al-Quran Di Rumah Juga ke sitisifir10@yahoo.com. Saya akan cuba menghantar kedua2 fail itu sesegera mungkin. Tawaran ini, tiada tarikh tamat, selagi saya mampu melakukannya....
cool!
ReplyDeletenak jugak..
ReplyDeletedah hantar email.. :P
ReplyDeletehmm, semenjak ada si kecik ni, bukan sahaja dalam rumah, dalam kereta pun nak kena ada simpan... nak buat macam mana, itu je yang dia suka dengar..
nak....sekarang jugak saya email :-)
ReplyDelete