Friday, January 15, 2010

Semalam Yang Saspen


Bismillah,

Semalam, selepas Maghrib atau Isya' lebih kurang, perut saya sudah mula rasa tidak sedap. Untuk kandungan kali ini, kejadian sakit ini telah berlaku dua kali. Betullah saya mahu melahirkan anak ke5. Kata orang sepatutnya makin ramai anak, makin senang nak bersalin. Saya mengalami rasa takut dan fobia setiap kali mendekati jangka masa bersalin.

Bukan saya nak bercakap besar, memang sebelum ini tempoh saya menanggung kesakitan memang tidak lama. Bila saya sakit aje, tidak lama lepas itu akan keluar tanda (darah sedikit) dan tunggulah dalam 1-2 jam dan saya akan bersalin. Nampaknya kali ini saya diberi ujian yang berbeza. Mungkin ALLAH nak bagi saya rasa apa yang ibu2 lain alami.

4 kandungan terdahulu, saya mengambil Salindah. Kali ini, saya kumpulkan Salindah yang lebih2 dari yang saya gunakan dulu dan kemudian bila saya minta nak beli dari Syuhairah (my real best friend :P wekkkkk.... ) dia bagi saje. Rasa sakit atau tidak, hakikatnya datang dari ALLAH. Tapi, sekali ini saya benar2 tidak mengambil apa2 suplemen tambahan dan saya tidak menyalahkan keadaan saya yang tak tergamak nak beli Salindah dalam keadaan sekarang.

Sejujurnya semalam bukan saya nak sangat mengadu di FB. Saya hanya mahu mengisi masa saya sebab saya keseorangan. Suami saya baru aje pergi usrah dan saya bimbang dia balik dari usrah tapi bini dia bukan nak bersalin pun. Jadi saya tidak mesej atau telefon dia langsung. Saya cuma bgtau anak2 yang saya sakit.

Mereka apa lagi...kelam kabut campur dengan meloncat2 nak tunggu perut umi terbuka dan baby keluar. Adeihhhhh....saya cuba juga sidai kain baby yang seraga itu tapi saya sempat angkat yang kering saja. Saya tak mampu nak bergerak ke sana ke mari. Nak baring lagilah sakit. Sudahnya saya duduk saja atas kerusi.

Memang dah takde mood sangat nak jawab soalan anak2 yang excited. Asmaa' offer nak panggilkan abah dia. Dia tanya, "Mana abah, mai kakak panggil." Masa bancuhkan susu untuk Usamah, Uwaiys & Arwa, Usamah pun kata, "Umi tak apalah... Usamah minum air masak saja." Dia pun tak sanggup tengok saya menahan kesakitan.

Jadinya, saya memohon maaflah terutamanya dari rakan2 FB yang tolong panik sama dengan keadaan saya semalam. Juga kepada Ija dan Syu yang saya tiba2 call mereka. Syu pun dengan baik hati telah call saya pukul 6 pg tadi dan tanya, "Amacam?" Huhuhu...saya telah mencetuskan satu perasaan tertanya2, 'minah ini sudah beranak kah belum?' semalam. Actually kalau Syu nak beranak pun, saya terasa berdebar2 tak tentu pasal ahahahaha.....

Selepas 1130 pm baru saya call suami dan dia terkocoh2 balik tapi saya suruh dia sidai kain dan ajak dia tidur aje :P. Selepas call dia tu, saya duduk macam merangkak. Tiba2 kesakitan saya hilang dan bila suami saya balik, saya dah boleh sengih2...kalau saya tau, malas nak call dia. Saya suka dia berkawan2 di sini dan dia memang keluar malam seminggu sekali saja. Tapi kalau semalam dah keluar tanda macam darah tu memang saya takkan tunggu lama untuk call dia. Nak cari nahas kalau keluar tanda tapi tak call lagi??

*Hihi...apelah yang saya merapu ni ek. Insya ALLAH saya tidak mau lagi kecoh2 pasal nak bersalin ni. Ntah nape la boleh terfikir nak tulis nota di wall saya di FB itu....
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!