Saturday, January 16, 2010

Pentingnya Bermain Bersama Anak


Bismillah,

Anda bermainkah dengan anak anda? Saya agak sedih melihat sahabat (atau lebih sesuai saya katakan adik saya) dengan entrynya yang banyak menunjukkan aktiviti bersama anak-anaknya. Farah Sarakids yang kini bagi saya yang semakin hari semakin merealisasikan ciri-ciri parents yang mengamalkan natural parenting.

Saya sedih bukan sebab apa, saya tak lama tak bawa anak2 saya menjejak tanah. Semenjak kandungan saya mencecah trimester terakhir ini. Malah sekarang saya tidak listkan barang2 yang saya perlu beli di kedai untuk memasak. Ya!! Seteruk itu saya. Jika tidak sekurang-kurangnya anak2 akan sama2 bermain di dapur (hwa hwa hwa...boleh pingsan okeh main di dapur ini!!)

Jika MamaMencah rungsing segala bil naik bulan ini akibat ketaksuban dia masak dengan menggunakan oven barunya. Saya pula lega sebab segala bil turun bulan ini. Bil air nak naik bila kalau kejenya men'tapaw' tak sudah2. Saya kesian dengan mereka tetapi saya tak mampu sungguh hadapi ini sendirian. Sementelah suami ku yang cantik sangat sibuk menguruskan perpindahan tempat bisnes dia. Nantilah saya cerita lanjut tentang ini. Tapi tolonglah kalian fahami, saya rindu untuk menjadi ibu yang sebenar-benar ibu!!

Kehidupan telah menjadikan kebanyakan ibu bapa menjadi serius. Yang tertanam di dalam kepala kita adalah mencari sumber kewangan sehingga kita menolak untuk bersama-sama dengan anak2 dalam meraikan dunia kanak-kanak mereka. Sudah menjadi sesuatu yang azali, kanak2 memang perlu bermain, tetapi kesibukan kita nampaknya telah menafikannya.

Kenapa mesti bermain dengan anak2?
Bagi anak2, bermain adalah satu keperluan. Ia memberikan kegembiraan kepada mereka. Asmaa' sendiri akan beritahu saya, "Sukanya kakak umi bawak kakak pergi taman!!" Anak saya berterus terang bukan? Jika tiba masa kami janji nak bawa tapi kami tak tunaikannya, maka mereka akan bertanya-tanya dan hati keibuan saya selalu tersentuh bila Asmaa' mahupun Usamah mula berkata, "Tak apalah..." bila mereka pasrah kami tak memenuhi kemahuan mereka.

Melihat mereka bermain, membawa saya ke zaman kanak-kanak saya. Ketika zaman kanak-kanak dulu, saya sanggup buat2 sakit perut bila nak sampai 100m dari rumah saya. Jadi, kalau mak abah saya tanya, "Kenapa balik lewat?" Saya akan jawab, "Jalan lambat sebab sakit perut :P". Hihi...macam la mak dengan abah takleh nilai anak dia sakit ke buat2 sakit ek...hehehe..

Mengenangkan memori2 lama, membuatkan saya rasa seronok. Apatah pula jika melihat mereka bermain. Serasanya tidak sampai hati nak mengajak pulang... Bila tengok Uwaiys memanjat papan gelongsor dari bawah ke atas masa dia berumur setahun lebih, membuatkan saya rasa 'anak saya hebat!!'. Walaupun letih nak kejar mereka kerana bimbang mereka jatuh tapi rasa gembira itu mengatasi segala-galanya.

Dengan bermain dengan mereka juga, mereka akan rasa gembira kerana disayangi. Bagi mereka, jika kita menggembirakan mereka, mereka akan rasa kita menyayangi mereka. Bila mereka menyayangi, mereka juga akan menghargai kita. Semakin kerap kita mengecewakan mereka, semakin jauhlah kita dengan mereka. Sehingga akhirnya, kita tiada di dalam memori mereka.

Bayangkan semasa dewasa, mereka tidak ada memori bermain di taman, mandi di sungai atau pantai dan memori2 lain. Lalu mereka jarang ingat kepada kita ketika mereka dewasa. Bukankah kita akan rasa kecewa ketika itu? Kesannya tidak sedikit jika kita mengabaikan 'saat gembira yang mereka perlukan'. Jika sekalipun kita tiada masa untuk membawa mereka keluar, masa makan bersama, atau menonton Go Diego Go atau Dora bersama-sama juga akan mengujakan mereka. Janji, kita bersama dengan mereka sahaja.

Permainan apa yang boleh dipilih?
Owh ya!! tidak perlu mencari sesuatu yang harganya mahal. Sebab saya juga tidak akan bermain kecuali sesuatu yang percuma atau murah. Sesuatu yang kita pilih untuk main itu mestilah yang seronok-seronok. Alah, budak2 ni asal namanya permainan mestilah akan menjadi sesuatu yang seronok. Pernahkah kalian cuba idea di bawah??

  • Sapu daun yang berguguran di halaman rumah (huhu...I takde halaman asmara) dan lawan siapa yang dapat kumpulkan daun paling banyak. Paling best kalau kita ada kampung kan? Sekali sekala ajak anak bersihkan halaman rumah nenetnya.
  • Dah alang2 di kampung, bawa mereka melalui batas2 sawah, melalui jalan2 dalam hutan. Ramai yang takut nak buat ini sebab takut anak kene pacatlah, kene gigit nyamuklah...sekali sekala takkan takleh kot bro??
  • Bacakan mereka komik - sekarang sudah banyak okeh komik yang berfaedah mcm dalam majalah kanak2 Aulad, Celik, Ana Muslim dan online ada Alwan.
  • Buat biskut, pizza atau kek bersama. Mama Mencah, tak adekah gambar mencah buat pizza??
  • Kira bintang2 di angkasa. Bilakah akan habis..sekarang hendak nampak bintang pun jarang atau saya telah lama tidak memandang ke langit malam??
  • Membawa anak ke kedai akuarium. Saya suka pergi ke CTY Aquarium Penang. Masuk percuma, kalau nak beli baru bayo....
Adakah terlintas di fikiran kita, "Adui, kawe sebok do'oh la tok dae nak bawak anak kawe gi jjale" hehe..."Adeh, saya mana ada masa nak bawak anak pegi jalan2 mcm ni." Tapi fikirlah dalam tempoh 20 tahun lagi, adekah anda ingat sama ada anda kerja pada hari Ahad atau tidak tapi adakah anak kita akan lupa kejadian hari Ahad kita bermain bersama mereka??

Bermain dengan anak mungkin perkara kecil bagi kita tapi tidak untuk anak2 kita. Keadaan ini tidak boleh dipandang remeh. Sekalipun kita bersama bermain dengan mereka, kadang2 kita masih tidak memberi fokus kita dengan membaca novel ketika membawa mereka ke taman atau lebih teruk, bawa laptop anda dan blogging atau buat kerja2 pejabat anda. Biarkan anak2 mengajar kita bermain semula. Kegembiraan akan hadir tidak hanya di jiwa mereka tetapi dalam diri kita juga.

2 comments:

  1. Hakim selalu kata macam ni

    "Ibu, sudah-sudahlah kerja, teman hakim main,"

    ReplyDelete
  2. Huhu....kalaulah kita pulak boleh kata semula, "Hakim, sudah-sudahlah main, teman ibu kerja :P"

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!