Thursday, January 21, 2010

Kuda Balik Kampung



Bismillah,

Semalam barangkali saya kesedihan, tidak berapa pasti sebab suami tiada bersama atau sebab kuda telah dibawa pulang ke Jerteh. Setelah sekian lama melihat dua ekor Simah dan Mekna itu, rasanya sekali ini kami terpaksa berkorban perasaan dengan menjual mereka. Kami dah publish di dalam Mudah tapi jika ada yang telefon tanya untuk membeli pun lokasinya adalah di Kelantan sana.

Jadi keputusan mengejut terpaksa dibuat. Itu yang tiba2 suami beritahu tengahari semalam dia mau bawak balik kuda. Saya tidak bersedia dari segi mental, termengalir jugalah air mata bila tengok dua beranak itu telah ada di dalam lori. Memandangkan kedudukan kewangan kami yang kurang memuaskan dan untuk menghidupkan bisnes suami secara serius maka keputusan berat ini terpaksa dibuat.

Ada yang memujuk, lepas2 ni kalau dah ada duit boleh beli semula. Tapi saya tidak pasti sebab harga kuda sekarang memang melambung tinggi. Nak cari kuda yang 2-3 k itu memang susah. Inilah yang saya susahkan jika ada haiwan belaan. Ayam itik itu tidak terasa sangat sebab mereka ramai dan saya pun tak kuasa nak belai2 mereka, tapi kuda ini...ikatannya lain dengan tuan kuda.

Harini rasanya mood saya OK lah sikit. Tidaklah saya terbawa2 sangat kesedihan itu. Banyak lagi yang saya mahu fikirkan. Nak beranak, nak selesaikan hutang, nak manage anak2 dan rumah...jadi saya tidak mau terlarut dalam rasa tidak enak ini. Kawan2, silalah doakan saya... saya rasa saya memang mengada2 sekarang hihihi.......waaaaaaaaaaa.....sob sob sobbbbbbbb......

*Ada sesiapa mau beli? Lokasi kuda itu sekarang adalah di Jerteh. Boleh hubungi 0199105058 no suamiku... amaran!! Kuda je dijual...saya tak jual suami saye :P


Babai kudaku lari gagah berani................................wuwuuu...tangkap dari tingkap atas aje, tak gamak untuk turun dan mengusapnya buat kali terakhir barangkali :( sob sob

3 comments:

  1. nok beli pon ambo xdop pitih jugop...huhu

    ReplyDelete
  2. :) uh kalo demo ado pitih pun demo dok Japang nuh..jenuh la nok pos gi sana

    ReplyDelete
  3. dpt belai kuda ajer la nak beli duit lebih pun takder huhuhuhuhu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!