Saturday, January 30, 2010

Kerja Dari Rumah


Bismillah,

Saya terima satu email yang saya langgan dari MyPermataHati.com. Saya memang akan jadi pelanggan Hafezah setahun sekali. Apa barang yang saya beli?? Hihi...rahsia!! Sekali saya beli memang 10 pcs sekali. Selain itu, tiap kali beranak juga saya download list barang yang perlu disediakan di sana. Jadi, siapa kata saya tidak berbelanja melalui online??




Sedutan di atas adalah antara banyak2 yang boleh kita buat rujukan bila taip di Youtube dan cari keyword Kerja Dari Rumah. Cuma banyak le yang kita kene tapis sebab skim saham cepat kaya memang berlonggok2 lah ada. Saya pulak memang tak minat untuk melabur pada benda yang tak ada produk.

Jika anda mahu video yang lebih best lagi, bolehlah kalau search tentang Irfan Khairi dalam sesi2 temuramah yang pasti banyak yang boleh dikutip dari apa yang mereka bincangkan. Saya minat juga dengar Youtube ni sbb saya boleh belek blog dalam masa yang sama. So, konon2 terror aa boleh membaca sambil mendengar. Sebenarnya dah komputer pun sangkut2 maka sempatlah nak sambil2 membaca.

Saya pun dah mula bekerja dari rumah. Malah sangat enjoy dengan keadaan ini iaitu keadaan perang dengan anak2. Ahahaha.... at least mereka perang dengan saya, tidaklah mereka diperangi oleh orang lain. Itupun saya hantar Asmaa', Usamah & Uwaiys ke sekolah. Maka Arwa yang kebosanan akan tido sampai abang kakak dia balik.



6 comments:

  1. dah lama plan nak buat kerja dari rumah secara sambilan tapi tak terbuat².huhu

    ReplyDelete
  2. pija,
    spjg 3 bulan x beronline tu.. dok buat cross-stitch sambil adap tv.. memang x miss lah rancg2 yg berkaitan dgn wanita ni.. tu yg konon2 mcm dpt inspirasi.. mula lah plan mcm2 nak buat.. tp bila nak work out the plan, kecut perut... tp x per pelan2 jalan... ;)
    kalo depa boleh buat, knp kita tak leh buat erkkk...

    ReplyDelete
  3. saya pn tingin nk buat side income keje2 freelance ni. walaupun bekerja sepenuh masa tp tetap nk cri jln tmbh income. prob saya, xdpt putuskn hrga yang berpatutan (sbb saya designer).

    ReplyDelete
  4. beshnye kalau dapat..tapi mak tak kasik benti keje...

    ReplyDelete
  5. Nak jugak keje dari rumah ni

    ReplyDelete
  6. Dah lama teringin nak keje dari rumah ni..niat bukan la utk buat duit banyak tapi kalau masyukk apa salahnya kan. Rasanya dah ramai suri rumah kat luar tu yang dah berjaya dgn bisnis online masing2..rasa mcm saya ni tertinggal ketapi pulak...but tak kesah kot , just take it slow and steady ...Rezeki milik yang Esa , kita kena rajin usaha jek...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!