Tuesday, January 12, 2010

Doa Asmaa'


Bismillah,

Lama sudah saya tidak cerita tentang anak2 saya dalam blog ini kan? Bukan hape, sejak akhir2 ini, saya menggunakan sepenuhnya peluang menjadi ibu mengandung yang sarat. Sangat letih cek mata, letih nak masak, letih nak kemas rumah dan blogging plak sakit pinggang....hhuhuuh... Alasan jika dibina memang akan jadi banyak bukan??

Saya memasak hari ini. Itu pun sejenis lauk sahaja. Gulai ikan nyok nyok dan di dalamnya saya masukkan tomato, bendi dan bunga kantan. Kira itu pakej lah... nanti dah tiba waktu nak makan saya gorenglah telur kot2 anak saya tak berkenan nak makan gulai. Tapi tadi saya jamu mereka, mereka makan aje.

Senang...anak2 saya senang untuk makan. Mereka makan apa aje yang umi mereka jamu. Tu sebab bila beberapa hari (eh ke minggu ek abang?? :P) saya tak masak, abah diorang dok kata, "Umi..buat aje la bubur kat diorang." Tapi sayangnya, umi nak masak bubur pun malas. Sudahnya, sama ada beli atau menempel di rumah opah aje.

Kain pun umi tak berapa rajin nak lipat. 2-3 hari sekali tapi alhamdulillah dengan adanya almari plastik bertuah daku itu, dapatlah ku gantungkan aje. Yang paling umi terharu sekali bila pagi2 anak2 masukkan baju dalam beg. Usamah dan Asmaa' akan ambil baju masing2 dan lipat sendiri dan masukkan dalam beg. Seblom ada almari plastik tu, diorang ambil yang saya sedia lipat dah. Uwaiys punya baju pulak, sama ada Usamah atau Asmaa' akan cek untuk adik mereka. Jika saya tak sediakan, mereka akan ambil dan bubuhkan.

Sekarang, bila ketiga2 mereka ke sekolah, saya dan Arwa rasa sunyi. Kadang2 kami sama2 baring dan tengok siling sambil mengira 1,2,3.... sedar2 dah nak dekat tengahari. Kalau Arwa masih tidur, saya amik kesempatan untuk buat kerja rumah yang ringan2 dan blogging. Kesian Arwa, mana la pernah dia tidur pagi seblom ni. Sekarang sbb dah takde xtvt dan kawan, dia tidur sampai kul 2ptg lebih kurang.

Kadang2 saya terfikir kenapakah saya garang sangat sebab anak2 saya bukanlah tak mendengar kata malah nak jugak dia buat kerja yang sepatutnya umi diorang buat. Sekarang lagi lah, cawan yang diorang minum pun saya ajar diorang basuh sendiri. Tapi paham2 je la, guna sabun macam nak basuh kawah gulai kenduri..hehehehe... Tapi garang saya pun kat mulut aje la. Saya tak minat nak main tangan sbb saya tau sepijar2 tangan saya, sakit lagi di tubuh mereka itu.

Abah mereka juga semakin menjadi2 dengan penternakan ayam, itik, angsa dia tu. Sehingga bila dia buka aje pintu bawah, anak2 akan berkerumun di tangga macam abah diorang tak balik 3 bulan. Seronok tengok anak2 bukan main lagi panjat2 badan abah siap offer lagi, "Mai Usamah pijak belakang abah." Mentang2 la umi ni sekeping kan..ngandung lak tu, tak dapat la servis khidmat masyarakat anak2.

Kadang2 sambil diurut2 anak, abah dia terlena tak sedar menda. Suami saya buat segalanya sendiri. Dia bertukang apa yang boleh dia tukang. Kemudian saya paksa2 dia pulak ejas2 spek di kedai saya. Dia boleh je kata, "Mana aci, umi tak bagi pun makan kat anak ayam abah.." tapi dia tak pernah ungkit mcm tu even once.

Malah, diala yang tolong basuhkan pulak poo poo Arwa & CD memandangkan sekarang ni umi dah sengkak perut kalau nak menonggeng2. Kadang2 rasa kesian sbb kerja suami saya itu sudah berat tapi di rumah, dia banyak menolong lagi. Sob..sob... Jadi, walaupun kami sempit dari segi uwang, tapi saya tidak pernah rasa benda itu satu kekurangan kerana jiwa saya selalu penuh dengan rasa dihargai dan menghargai.

UUkk...apokah ayat syahdu yang saya tulis ini? Sebenarnya nak ceritakan tentang doa Asmaa' selepas kami sama2 berebut solat. Ahahaha..saya sebut berebut kerana seorang umi dan 4 orang anak solat atas satu sejadah. Sabo je la padahal sejadah yang ada (hasil sabsidi orang bagi masa kami kawin dulu) ade je depan mata.

Doa dia saya tak ingat exact ayat tapi lebih kurang beginilah :
"Doa sebelum menjauhkan syaitan...bismillahi rrahmani rrahim.. ya ALLAH ya Tuhan kami jauhkanlah syaitan dari kami. Jadikanlah semua orang-orang baik dan jangan jadikan semua orang-orang jahat. Jadikanlah kakak sihat supaya kakak boleh buat kerja. Bila buat kerja dan tolong umi, dapat pahala dan hadiah."

Huhuhuhu....itu yang terkesan la..tapi rasa saya, mcm terdengar juga dia mintak untuk jadi cantik. Biasalah anak dara. Baru2 ini staff saya pindah ke bangunan belakang kedai/rumah kami ni. Disebabkan barang di rumah asalnya banyak, maka adalah beberapa perabot di bawa ke rumah kami (sabsidi lagi Pijah???). Salah satunya adalah meja solek. Sebelum ini, rumah saya hanya ada cermin di bilik air saja sbb senang nak belek daging lekat celah gigi. Saya bukan jenis melawa pun kan...melawak lagi ado..

Bila ada meja solek itu, Asmaa' asyik bersembang depan cermin aje sambil belai2 rambutnya. Adeeiii..kata mak saya, itu adalah penyakit keturunan. Mcm mana mak saya tahu yang suami saya suka telek cermin semasa kecik? (ini adalah ayat tidak mengaku salah okeh...) Saya selalu sound Asmaa' jangan dok belek sangat. Ke nak biarkan aje ek?? Kalau rasa tak melampau, saya biar aje tapi kalau sampai bercakap, ish...tak gamak nengoknya.

Sekarang plak mereka asyik tanya, "Pukul berapa abah nak pasang katil??"aduilaa... tilam pun takde dan nak beli tu kena la ada peruntukan nya kan?? Mana ek nak cari peruntukan?? Hihi...dari jualan CD lorsss..so kawan2, entry selepas ini saya akan keluarkan satu entry 'pakej meroyan' untuk jualan CD. Hanya sehingga hujung Januari ini sahaja.

*Rasa2nya tadi masa nak tulis mcm blurr2 je takde idea...tengok2 banyak perenggan ngkau buat ye Pijah...dasar mulut banyak!!! (erk..bukan tangan ke yang menaip apsal salahkan mulut weih??)


4 comments:

  1. lawak la plak entry kak pijah pgi ni..hihihii...

    takpe..org tua2 kata, kalo duit kurng pun, asal hati sng okelah..rezki bkn sja dtg dr duitkan...tp dr suami dan anak2 yang penyayang, yang baik, yang rajin.bla bla bla..sjuk perut kak pijah dgr asma' doa gitu..hihii

    ReplyDelete
  2. :) a'ah ...sampai terhenti doa umi sendiri sbb nak aminkan doa dia

    ReplyDelete
  3. ku rasa nie la entry pija paling lawak :>

    ReplyDelete
  4. Yg lawaknya itu doa anak saya kan?? ;)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!