Wednesday, December 07, 2011

Adakah Menyusu Menyakitkan?

Bismillah,





Bismillah,

Mak saya adalah seorang sister di kliniknya. Selain mak saya, dalam keluarga sebelah abah saya, ada 3 lagi misi. Seorang SN, JM dan AN. Jadi mereka ada ilmu breastfeeding yang menyatakan mulut baby mesti melingkungi sebahagian besar areola ketika menyusu. Jadi, kalau tetiba mereka nampak Iman tak latch betul2, pastilah saya di sound secara direct.

Tapi seingat saya, breastfeeding tidak pernah menyakitkan semenjak pertama kali saya BERWAWASAN mahu menyusukan anak saya sepenuhnya iaitu selepas kelahiran Arwa, Ahmadi dan Iman. Walaupun kalau dilihat oleh hardcore BF ni saya menyusu mungkin tak betul caranya. Tapi itu untuk diri saya, belum tentu boleh apply pada orang lain tau.

Sebelum saya ada wawasan tu, nipple saya asyik luka je. Nape ntah.. Tapi bila tubuh badan saya berkompromi dengan hati dan wawasan saya itu, maka alhamdulillah penyusuan tidak lagi menyakitkan pada saya :).

OK, bagi mereka yang rasa sakit ketika menyusukan, bermakna adalah sesuatu yang tidak kena dengan penyusuan itu. Jangan susah hati, masukkan jari di celah mulut comelnya. Kemudian mulakan semula dengan memasukkan sebahagian besar areola ke dalam mulutnya.



Jangan takut kesakitan menyusukan kerana dengan menyusukan banyak kesakitan emosi akan dirawat dengan sendirinya insya ALLAH. Renung-renungkan dan selamat beramal.

6 comments:

  1. salam kak..

    saya baru ada dua anak. anak pertama, nipple saya sakit sampai umur dia 5 bulan. anak kedua sampai 3 bulan je lepas tu ok. sakit pada saya ni nipple tu tak luka, cuma kalau baby menyusu lama sikit, mulalah sakit. bila saya check tak ada pula melecet ke apa. pernah call LC hospital, dia kata kdg2 bb baru kua ni sekali menyusu mmg lama. jadi nipple kita kalau kulit yg sensitif tu mudah 'wear-out'. jadinya saya redha je lah. kebetulan mungkin bila anak no 2 tu nipple kita dah pernah menyusukan anak sebelum tu, jadi dia cepat la kebalnya berbanding anak pertama.

    tapi sekali pun tak pernah patah hati nak susukan baby biarpun pada pengalaman saya, dlm dpt baby baru ni bukan contraction yg saya gerunkan, tapi time menyusukan anak itu sgt menyakitkan bg diri saya. but then again, it never slow me down dlm bf anak. anggap sahajalah itu cabaran utk diri saya sbb rata2 bila saya tanya org tak sakit pun bf ni...

    setuju dgn akak. kena ada wawasan dlm bf ni... we as a mother kena a semangat lebih sikitlah utk anak kita yg baru keluar dan tak berdaya tu. diorg cuma harapkan kita je..

    ReplyDelete
  2. kak,

    zah masa anak 1st,sekali dua je kot direct,anak keliru puting dan sejak itu zah hanya berteman dengan pump..

    alhamdulillah,anak tetap minum susu ibu 15 bulan, kemudian zah disahkan mengandung lagi.

    sejak disahkan mengandung,mcm2 zah baca...gali ilmu,join kelas,join sgm..Alhamdulillah, anak lahir terus boleh menyusu..semua dapat buat,rooming in,skin to skin..

    sbb pernah pegang,bf tidak menyakitkan dan ada yang silap if sakit..tapi bila irdina menyusu dalam 2 minggu kot..sakit sikit..tengok juga takut silap mana-mana..

    tp sebenarnya,mcm 1st komen kat atas tu...awal2 niple mungkin sensitif sikit...maklumlah tak pernah kena hisap lama dan kerap pulak tu :p...

    syukur...setahun sudah menyusukan yg kedua,dan masih meneruskan penyusuan pada yg pertama..

    setuju dengan akak,banyak kesakitan emosi..sebab emosi yang paling perlu diubat,silap ubat akan buat silap juga bila ada ibu yg terus mahu stof bf :)

    p/s:setahun tu kejap je..sedih pula bila sampai waktu kena wean off nantikan?

    ReplyDelete
  3. @LeeN

    kagum dgn awak.. semoga semangat dalam diri awak turut menjalar dalam tubuh k.pija :))

    ReplyDelete
  4. @izzah azfar

    nk wean off tu sgt menyakitkan... bygkan time menyusu, anak dekat dgn kita, dia kerap melihat kita...tp tetiba saling menjauh... saat2 bf lah saat kita paling dekat.... sob sob...touching plak :((

    ReplyDelete
  5. pija,
    sakit tu sekejap jer.. Insya Allah, terus kan usaha... ;) pija kan ibu hebat.

    ReplyDelete
  6. Kakyong, tima kasih... semoga kita diberi kekuatan... chayyokkk

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!