Monday, December 19, 2011

Keikhlasan Dalam Rumahtangga

Bismillah,

Selalu terjadi ungkit mengungkiti dalam rumahtangga. Kami pun! Kuikui... Bukan apa, kadang2 saja2 la nak bgtau yang kita dah buat sesuatu, takut dia tak perasan. Atau sajelah ungkit kenakalan dulu2 untuk peringatan di masa depan. Walaupun nak mengungkit, biarlah secara berdua2an dan di dalam keadaan sedang bergurau senda. Tapi ingat, jangan sesekali mengungkit semasa bergaduh. Itu tak betul dan seboleh daya elakkanlah.

Macam mana nak bagi contoh ye? Haaa... semalam saya tak contact suami saya by call atau SMS. Lalu malamnya suami saya hantar mesej, "Umi marah ke?" Keh keh... ada la pagi tu kitorang bermesej2 lebih kurang gini.

Isteri : Tak tertanggung rasanya dosa umi pada abang
Suami : Dosa abg pada umi pun banyak...

Ye lah bila duduk jauh2 ni saya jadi kesian kat suami saya. Makan minum dia, kene uruskan sendiri. Dahla dia kejap2 mesej rindu Ahmadi, Iman dan anak2 yg lain. Nampak sangat macam buli dia masa duduk berjauhan begini.

Tapi sesuatu yang tidak dapat kami elakkan adalah peluang untuk kami menggembirakan mak dengan abah dengan telatah anak2 di sini. Peluang ni tak selalu tiba. Jadi di kesempatan cuti panjang ni suami saya terpaksa beralah melepaskan kami seketika di sini.

Jadi bila suami saya tanya saya sama ada saya marahkan dia tu, kebetulannya saya pun sedang hantar mesej kat dia. Jadi, rasa macam magicnya, elok2 SMS saya sent, SMS suami saya pun tiba. Kemudian saya call lah dan melarat2 lah perbualan kami tentang dulu2 kami selalu buat silent war.

Suami : Tu lah umi, kalau dari dulu lagi bukak buku resepi pun...
Isteri : Sape suruh tak cakap nak suruh umi masak. Main merajuk senyap2 mana orang nak faham
Suami : La...fikirla sendiri. Takkan semua nak kene cakap. kang kata abang kuat berleter pulak.
Isteri : Cakapla pendek2, jangan la panjang2... Ni tak main diam je. Orang mana nak tau kenapa dia marah..

Keh keh keh.. bagi suami saya memang menjadi satu tekanan bila dia asyik kene keluar beli makanan. Huhu...again, plis dont do this at home. Tak baek tau cakap kasaq2 dengan suami.

Kalau dulu, saya tak biasa dengan mengungkit2 ni. Tapi itu adalah teknik teguran suami saya. Lama kelamaan saya jadi lali dengan benda tu. Saya lapangkan dada dengan teguran dia dan dalam masa yang sama saya mengambil kesempatan untuk sound direct dia juga...kikiki...

Dulu, walaupun saya sakit dengan teguran suami, tapi saya paksa juga diri saya untuk buat apa yang dia nak. Bukan saya saja, suami saya juga barangkali memaksa diri untuk memuaskan hati saya. Selalunya memaksa diri ni tak akan berlalu lama. Ini adalah kerana seronok bila kita membahagiakan orang yang kita sayang. Bila seronok, maka diharapkan keikhlasan mengiringi.

*Semoga bahagia hingga ke akhirat sana...

6 comments:

  1. pagi tadi sikit lag aku nak ungkit2 dgn laki aku sbb ajak mandi sama takmo!
    ahaha!
    sengal tak komen aku ni kak?!
    huhuuh..
    boleh dia kate takmo sbb dia sakit perut nak berak?!
    nyampah!!

    ReplyDelete
  2. Knur ada juga mengungkit tapi skrg dah kurang sbb dah makin faham perangai suami. Kalau tak puas hati, mmg sound direct je skrg.

    ReplyDelete
  3. setakat 6 bulan terakhir ni, belum ada ungkit2 lagi... bab masak, kemas rumah mengajar dsb nya.. mana mampu kita buat pelan2.. kakyong memang dr awal kahwin jrg merungut.. suami jer yg suka cari salah kita, kdg2 keluor tuduhan tak berasas.. la ni dah kurang sikit..

    lebih suka mcm skrg ni.. sbb dah kurang campur tgnn iparduai.. kalo tak selalu jer kami bergaduh...

    ReplyDelete
  4. @Sidratul Muntaha

    Hahha...hang mmg sengal! Mana dia nak, asal dia nak erak je hang ajak mandi sama... pilih la time yg seswai sikit kahkahkah

    ReplyDelete
  5. @transformed housewife

    org laki mmg suka direct, terbelok2 dia tak faham so baik direct...senang :))

    ReplyDelete
  6. @kakyong

    dgn suami ni baik diam aje.. kalau nk ungkit ngusik2 tu pun kene suhu dia betul baru boleh.. kalau tak kelain jadiknya.. :) lama2 bila dia tgk kita diam baik je, dia pun erubah jadi baik juga insya ALLAH

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!