Wednesday, December 21, 2011

Buku Rujukan Untuk Anak-Anak

Bismillah,

Korang dah beli ke buku rujukan untuk anak2? Anak2 saya akan melalui sistem KSSR yang mana tidak ada peperiksaan yang akan dilalui tetapi mereka akan tetap dinilai oleh guru mereka. Jadi saya berpendapat, sebagai ibubapa, saya harus mengambil langkah lebih depan dari guru anak2 saya. Jika esok anak saya akan belajar subjek A dengan tajuk A, saya harus memastikan hari ini anak saya sudah ada kefahaman tentangnya.

Ini adalah kerana kanak2 yang terlibat dengan sistem ini tidak tahu sama sekali bilakah mereka akan dinilai oleh guru mereka. Bak kata seorang sahabat saya dalam wallnya :

skrg era KSSR..zaman kita kecik2 dulu, KBSR...kepada ibu ibu dan bapa bapa yang anaknya dajah 1 dan nak masuk dajah 1,jgn tekejut kalau tanya anak2 bila periksa, diorang jawab TAK TAHU... bukan salah cg tak bagi jadual, tapi sbnrnya kalau ikut style KSSR mmg budak2 ni xde exam..yg diorang bljr pun, bljr sambil bermain....mmg sronot xde exam, tp cg la yg X BRAPA nak sronot sbb lebih senang tanda kertas dari duk menilai BAND manakah setiap murid ni... ya ALLAH, pimpinla aku agar tak salah BAND anak org..huhu....amiinnn
Asmaa' bakal masuk ke darjah dua. Semasa darjah 1, dia melalui beberapa peperiksaan dan jadual peperiksaan itu saya take note semasa awal sesi persekolahan lagi. Alhamdulillah, saya manfaatkan betul2 organiser yang saya ada untuk mencatatkan tarikh2 penting. Jadi, jika ada notis atau jemputan maka saya terus mencatatkannya di dalam planner keluarga kami.

Semasa semester pertama, Asmaa' ada markah yang 70++, 80++ dan 90++. Tetapi pada semester kedua, alhamdulillah ada sedikit peningkatan di mana semua markahnya adalah 90++. Saya tidak perasan pula di dalam report cardnya ada tertulis BAND sebagaimana yang dikatakan oleh guru2 KSSR. Bermakna, untuk sesi akan datang, saya mesti lebih menjalin hubungan dengan guru2 anak2 saya.

Sistem baru ini sebenarnya agak menyeramkan kerana saya akui saya tidak puas hati jika saya tidak tahu bila cikgu akan menilai anak saya dan kaedah penilaiannya bagaimana. Saya hanya boleh bergantung kepada buku2 rujukan yang dijual di kedai2 buku. Alhamdulillah, baru2 ni dapatlah rezeki sedikit untuk belikan Asmaa' dan Usamah buku2 latihan.

Buku latihan sama sekali tidak sama dengan buku rujukan. Apa yang diperlukan oleh saya adalah buku rujukan dan anak2 saya perlukan buku latihan. Owh, pastilah belanjanya sedikit besar. Tapi tidak semua subjek ada buku rujukan. Jadi, saya beli yang mana ada sahaja.

Berikut adalah sedikit panduan untuk memilih buku rujukan. Rujukan asal adalah di sini :

Buku rujukan.
Buku rujukan adalah bahan pembelajaran tambahan untuk membantu kefahaman murid-murid, ia merupakan tambahan pada buku teks sekolah. Terdapat pelbagai buku rujukan pilihan untuk semua peringkat murid di pasaran, dari jenis yang bersaiz poket hinggalah ke yang komprehensif. Setiap jenis mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Mari kita lihat apakah pilihan yang ada?
  • Buku bersaiz poket - Pengisian yang padat, sesuai untuk revisi sebelum ke dewan peperiksaan. 
  • Buku rujukan untuk tahun atau tingkatan spesifik - Contohnya buku rujukan sains tahun 6 , buku rujukan sejarah tingkatan 3, buku rujukan Matematik tingkatan 4. Buku-buku rujukan tersebut sesuai bagi murid-murid untuk mengetahui lebih mendalam mengenai topik-topik dalam buku tersebut, ulasan dan juga penerangan yang diberikan adalah lebih komprehensif. 
  • Buku rujukan UPSR, PMR dan SPM - Buku-buku rujukan ini disusun khas untuk murid-murid yang akan mengambil peperiksaan umum di atas. Isi-isi dalam buku-buku ini dioptimakan agar selari dengan buku teks dan berorientasikan peperiksaan. Saya akan mencadangkan supaya membeli buku seperti ini berbanding buku rujukan untuk tahun atau tingkatan yang spesifik.

Beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan sebelum membuat pilihan:
  • Penulis buku teks: Ada buku rujukan yang disusun oleh penulis buku teks, pengisian buku tersebut biasanya sesuai dengan buku teks sekolah. 
  • Ilustrasi: Buku yang dilengkapi dengan pelbagai ilustrasi dapat membantu kefahaman murid tentang sesuatu topik. 
  • Peta minda: Ada juga buku yang menambahkan elemen peta minda untuk memberi gambaran luas mengenai sesuatu topik. 
  • Contoh latihan: Subjek-subjek yang memerlukan pengiraan sepeti Maths, Add.Maths, Physics dan Chemistry perlu ada contoh pengiraan dengan pelbagai variasi. Jalan kerja yang ditunjukkan boleh menjadi rujukan buat murid untuk memahami konsep. 
  • Soalan yang disediakan: Pilihlah buku-buku yang menyediakan soalan-soalan sebenar UPSR, PMR dan SPM tahun-tahun lepas, ataupun soalan-soalan klon untuk peperiksaan-peperiksaan tersebut. Murid-murid perlu terbiasa dengan bentuk soalan dan cara menjawab.

Semoga tips-tips di atas dapat memberi gambaran bagaimana memilih buku rujukan yang sesuai untuk anak-anak kita.



2 comments:

  1. Anak sulung Knur akan masuk Darjah SAtu thn depan ni. Knur tak tahu apa2 pun psl KSSR tu. KEna cari maklumat lg ni.

    ReplyDelete
  2. k.nur, elok ditanya pada cikgu nya masa mendaftar nnt

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!