Wednesday, December 14, 2011

Menjaga Pemakanan Anak : Pandangan Orang Pada Kami

Bismillah,

Mula-mula sekali, saya minta maaf seandainya dengan tulisan ini ramai yang akan terasa. Saya akui barangkali selepas menulis tulisan ini, maka akan ternampaklah bahawa saya 'cakap tak serupa bikin'. Tetapi, jika seandainya tulisan saya ini benar, matlamat kami benar dan sasarannya adalah benar, maka doakanlah kami supaya terus istiqamah dengan pegangan kami ni.

Pernah semasa Aidilfitri baru-baru ini, ketika kami berziarah ke rumah cikgu suami saya, mereka menghidangkan air berperisa (saya dah tak ingat air oren atau sirap). Air itu tidak salah sebenarnya seandainya ia dibuat dengan oren sebenar. Cikgu itu pun tidak salah menghidangkan kami kerana mereka meraikan kami sebagai tetamu mereka.

Apabila melihat air yang tidak bersentuh itu, anak cikgu mula bertanya, "Kenapa tak minum?" dan saya akan memberi jawapan standard yang tidak menyentuh sensitiviti mereka seperti, "Diorang dah kenyang", "Diorang batuk, tak minum ais" dan lain-lain. Tetapi ntah bagaimana perbualan kami menyasar kepada pemakanan anak-anak.

Lalu bertanyalah semula anak remaja tadi dan sebenarnya soalan itu ditujukan kepada suami saya...
Anak Cikgu : Macam mana sebenarnya maksud jaga pemakanan tu
Suami : Tanya dia... *menunjuk kepada saya..huahua..dah lah dia mencetus, nasib baik saya mendengar sama, kalau fikiran menerawang mmg buat malu je*
Isteri : Erk.. mcm mana ek? Bermula dengan menyusukan anak dengan susu sendiri, mula memasak untuk keluarga, tak beli perencah ajaib, tak beli jajan, tak beli kordial bla bla bla
Anak Cikgu : Sos? Biskut? Itu ini....??
Isteri : Mmmm.... kalau untuk memasak memang guna rempah2 yang biasa orang dulu buat *saya pun mula bercerita yang saya mengambil masa 7-8 tahun untuk mengelakkan diri dari guna kicap, sos dan semua tu saya dapatkan dari belajar dengan buku resepi*. Untuk minum, kami beli susu segar dan bukan susu formula dari pejabat haiwan dan juga kami buat air markisa dan air roselle untuk anak2 dan tetamu. Untuk kudap2, kami selalu beli kurma dan kismis.
Anak Cikgu : Akak tak kerja la ek?
Isteri : Dekat sini memang tak kerja. *Di P.Putih, kalau ada yang bertanya tentang kerja maka itu adalah jawapan saya. Jika mereka bertanya lebih panjang, saya akan jujur menjawab saya akan bekerja bila di Pt Buntar.*
Anak Cikgu : Ooo...padanlah boleh memasak..

Dang! Terus adik tu masuk ke satu kesimpulan. Bahawasanya memasak hanya boleh dilakukan dengan tidak bekerja. Ya.. kesimpulan itu hampir tepat sebenarnya. Saya sendiri mula memasak adalah selepas saya dibawa oleh suami saya ke P.Putih. Tetapi jika difikirkan semula, sebenarnya memasak sendiri adalah tidak mustahil cumanya kita kena betul dalam pengurusan masa.

Sebelum cuti sekolah bermula, suami isteri cikgu itu datang ziarah kami semula di rumah. Ustazah itu berkata lebih kurang begini kepada saya, "Ana suka kehidupan anti sekeluarga. Anti dapat jaga anak-anak. Hubungan anti dengan suami pun ana nampak seronok. Hati anti tenang. Anak-anak anti cukup makan, sihat-sihat......".

Dalam diam sebenarnya ustazah itu memandang kehidupan kami adalah kehidupan yang ideal. Hakikatnya, kami suami isteri bukanlah pasangan yang sempurna. Masih banyak dugaan yang kami hadapi. Seperti ustazah itu, kami juga memandang kehidupan orang lain sebagai ideal tanpa kami sedari, ada orang yang ingin menjadi seperti kami.

Anak2 kami telah terbiasa menjaga pemakanan. Mereka sudah boleh diharapkan untuk menolak jajan, menolak air berwarna, menolak aiskrim dan itu berlaku dalam keadaan susah payah. Sekalipun ada cop halal pada semua perkara itu, tetapi terdapat 'pewarna', 'perasa' dan lain-lain benda tambahan yang nyata tidak baik untuk kesihatan.

Ada ketika, saudara mara bertanya atau barangkali mengusik anak-anak kenapa sesuatu makanan itu tidak boleh dimakan. Anak-anak saya akan jawab 'makanan tu tak sihat'. Saya cuma bimbang, apabila mereka bertanya, pemahaman mereka menjadi lebih keliru apabila ada yang mempertikaikan berkenaan hal ini. Ye lah, dah sah2 ada cop halal, kenapa tak benarkan mereka makan?? Bila ada pertikaian maka anak2 kami akan kembali memberi jawapan 'umi abah pun makan yang ni'.

Cikgu2 Uwaiys dan Usamah pun pernah bercerita satu beg yang penuh dengan jajan ditolak oleh mereka. Lalu kepada mereka saya ceritakan bahawa makanan itu ada yang menyebabkan mereka muntah, lelah dan sebagainya. Ya....itu adalah sasaran sampingan kami. Sasaran utama kami adalah membina diri dan hati yang bersih. Supaya dengannya mereka tidak menolak ilmu ALLAH, menilai yang baik dan yang benar dengan lebih tepat, menjadi hamba ALLAH yang tidak melupakan penciptaNya.

Saya adalah insan kecil yang tidak pandai tentang ilmu agama tetapi dari majlis2 ilmu yang saya pernah pergi, menjaga pemakanan seringkali diperkatakan. Kerana dari makanan inilah, tubuh2 kecil anak kita akan membesar dan seandainya pemakanan tidak dijaga maka ia akan sebati didalam diri. Dari situ, jangan ditanya kenapa anak suka sakit? kenapa boleh dapat kanser? Kenapa anak degil, hiperaktif dll? Ia bermula dari makanan!

Cubalah bawa bertanya kepada yang lebih tahu, sejauh mana pemakanan akan mempengaruhi perilaku? Sejauh mana pemakanan akan menjauhkan penyakit atau menyebabkan penyakit? Kerana saya tidak dapat menerangkan tentangnya dengan baik. Jika saya terangkan juga maka akan terlihatlah sisi 'nak tunjuk baik konon' saya. Sungguh, saya tidak berniat nak menyempitkan rezeki anak-anak saya. Rezeki ALLAH sangat luas. Kami sedang berusaha untuk menambahkan lagi variasi makanan mereka dengan menanam pokok2 buah2an dan lain-lain untuk mereka.

Jadi apa yang saya katakan cakap tak serupa bikin di atas? Saya akui, tidak seperti anak2 saya, saya masih lagi makan makanan tak berkhasiat itu. Cuma saya, suami saya tidak. Antara yang saya masih lagi makan adalah kek, roti, biskut dan lain-lain yang tidak mendatangkan keraguan dalam diri saya. Tetapi saya sama sekali tidak akan kelirukan fikiran anak-anak saya. Jika saya makan pun perkara2 itu, saya tidak akan lakukannya depan anak2 saya. Hakikatnya, semakin lama saya menjaga pemakanan mereka, indirectly saya turut menjaga pemakanan saya sendiri dan itu berlaku sedikit demi sedikit. Kesannya lebih terasa bila tubuh terasa sihat, hati terasa tenang dan jiwa terasa lapang. Wallahua'lam..

10 comments:

  1. suka ngan entry ni. nak tanya. mcm mana yer nak masak tanpa guna kicap ngan sos. blh kongsi beberapa menu tak. saya pun sebenarnya tak berapa suka nak guna bahan sampingan ni. tapi kalo masak mesti ada menu guna sos dan kicap ni.

    ReplyDelete
  2. @ceywie

    owh tidak, jgn tya resepi pd k.pija sbb k.pija adalah sangat buta resepi :P Tapi utk gantikan sos tomato, k.pija akan guna tomato... utk gantikan sos cili, k.pija akan guna cabai kering... pasal kicap tu, fungsi dia nk memasinkan kan? so mmg guna garam je... jadi memang takde masak kicap...kalaulah k.pija buat masak kicap, mmg k.pija sorang je la yg makan huhu

    ReplyDelete
  3. semoga kak pija istiqamah dengan cara makan baik ni... bukan senang nak asuh anak supaya mengelakkan makanan2 mcm tu... salute sama kak pija :)

    kicap dan sos mmg kegemaran en suami... tak tahu dah nak nasihat mcm mana... kalau akak masak sedap mcm mana pun, mesti cari juga kicap dan sos... huhuhu

    ReplyDelete
  4. pemakanan sgt mempengaruhi..ye betul tepat sekali :D

    ReplyDelete
  5. tahniah pija.. masih jauh lagi nak jadi macam pija nih..

    kakyong takat ni hanya mampu mendekatkan anak2 dgn makanan masakan rumah.. tp bbrp perkara mcm sos & kicap tu, memang x leh nak elak.. suami suka kicap.. huhuu..

    kordial2 memang xde.. tp bila di eumah opah @ rumah adik2, kalo jumpa depa tibai gak ;)


    rasanya memang ramai nak jd mcm pija.. maknanya menjaga makan & memahamkan anak tentang pemakanan yg baik.. tahniah pija

    ReplyDelete
  6. kurang atau tak payah masak yg guna sos dan kicap kan. tq buat entry ni. saya lebih bersemangat utk menjaga pemakanan keluarga saya. ;)

    ReplyDelete
  7. @nur
    k.nur, mmg ada sesetgh org yg terbiasa makan benda tu payah nak tinggal.. sbnrnya saya pun adlh sangat into kicap.. tapi tu dulu lah.. skang suami saya dah catu kicap so saya tak makan dah tapi saya ada satu kat rumah yang mana saya beli tahan sampai 6 bulan sbb hanya saya je yg gunakannya dan dalam seminggu pun payah sekali saya guna...

    ReplyDelete
  8. @kakyong

    k.yong saya sendiri amik masa 6-7 thn nak ke tahap ni... jenuh kene basuh dengan suami huhuhu

    ReplyDelete
  9. @ceywie

    Semoga sama2 kita diberi kekuatan.. dan semoga keberkatan dalam masakan itu akan semakin bertambah... semoga anak2 kita akan menjadi amal kita yang berpanjangan

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!