Bismillah,
Ini adalah entry yang saya tulis pada tahun 2006. Cuma entry ni tak masuk dalam blog ni maka saya kopipes. Hari ni saya jadi CSI sampai boleh terjumpa entry yang saya tulis bukan di dalam blog saya lagi. Takpelah, esok saya cerita panjang kenapa entry ni saya up kan semula. Hari ni korang bacalah yang tulis ni..
Dahh....jangan tanya mcm mana saya boleh terfikir nak tulis tajuk tu. Saya pun heran binti ajaib macam mana boleh tulis tajuk tu... kehkehkeh...
Ini adalah entry yang saya tulis pada tahun 2006. Cuma entry ni tak masuk dalam blog ni maka saya kopipes. Hari ni saya jadi CSI sampai boleh terjumpa entry yang saya tulis bukan di dalam blog saya lagi. Takpelah, esok saya cerita panjang kenapa entry ni saya up kan semula. Hari ni korang bacalah yang tulis ni..
Assalamualaikum, semoga semua pembaca berada dalam kerahmatan Ilahi. Posting saya hari ni tidak hanya sesuai utk org yg dah kawin tapi utk org yg belum kawin pun boleh baca. Kerana, kita perlu tahu perlakuan seks yang halal insyaALLAH tidak akan mendatangkan mudharat kepada diri kita malahan kita akan mendapatkan kelebihan daripadanya.
Sebelum ini saya pernah menghantar posting yang bertajuk Faktor penentu hubungan seksual dan keesokan harinya YM list saya bertambah mendadak tetapi ada sedikit rasa tak sedap bila yang mahu kenal tu kebanyakannya cakap yang bukan-bukan. Secara terus terangnya saya tidak berminat kepada perbincangan yang membawa kepada perkara yang merosakkan diri. Apabila saya menulis posting itu saya membayangkan bahawa faktor2 yang saya senaraikan itu adalah benar byk kepentingannya dalam perhubungan suami isteri. Jadi, ada baiknya saya menulis supaya pasangan yang tidak menyedari kaedahnya supaya kembali ke alam nyata.
Manakan tidak kita sering sahaja komplen itu ini tentang pasangan kita tapi kita tidak menyedari bahawa diri kita mungkin adalah punca pada sejuknya satu perhubungan itu bukan? Bagi saya Islam sangat indah dan cara Islam menetapkan saluran nafsu juga adalah untuk kebaikan umat sejagat. Apakah caranya kita menyalurkan nafsu? Wakakaka..soklan yang budus…mestilah melalui perkahwinan
Melalui perkahwinan, jimak atau seks menjadi halal dan melakukannya berdasarkan batas-batas syariat malah dianggap sebagai ibadah pula. Maka tak keterlaluan kalau saya kata indahnya Islam dalam keadaan kita bersuka2 masih dianggap ibadah.
Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis yang bermaksud, "Sahabat-sahabat Nabi bertanya,
'Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?' Bersabda Nabi Muhammad, 'Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala'." (Riwayat Muslim)
Selain dari itu, terdapat byk kajian saintifik yang menyatakan kelebihan jimak ini. Malah saya rasa pembaca di luar lebih byk tahu kan ?
Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata dalam Tibbun Nabawi, "Tabib-tabib yang mahir berpandangan jimak adalah di antara cara yang terbaik untuk memelihara kesihatan seseorang."
Faedah lain yang kita dapat lihat adalah seperti berikut :
- Ia memelihara penglihatan dari melihat sesuatu yang haram
- Memelihara nafsu
- Menjauhkan seseorang dari perbuatan haram dan dengan itu mendatangkan kemanfaatan bagi diri, dunia serta akhiratnya
Seks yang mendatangkan kepuasan yang maksimum ialah yang berasaskan kasih sayang dan kemesraan dan tidak hanya wujud di dalam bentuk hubungan fizikal. Perkara ni saya dah sebut dalam posting saya Faktor Penentu Hubungan Seksual (boleh rujuk blog saya http://sitisifir10. blogspot. com/ ).
Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al-Quran: "Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah Ar-Rum ayat 21)
BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.
well, OKlah utk setakat harini. Semoga ada manfaatnya dan saya kira semua yang baca ni akan faham bahawa seks luar nikah tidak akan sekali-kali membawa kepada kemanfaatan yang berpanjangan. Jika dgn seks luar nikah kita dapat enjoy ingat sikit beb lu kena tanggung byk benda…kalau dapat duit, duit tu akan habis dan belakang hari silap2 dapat penyakit. Dan yang lebihmalang nun kat Akhirat sana , takde apa yg boleh dibanggakan dengan amalan diri sendiri. So, sape yg rugi?
BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.
well, OKlah utk setakat harini. Semoga ada manfaatnya dan saya kira semua yang baca ni akan faham bahawa seks luar nikah tidak akan sekali-kali membawa kepada kemanfaatan yang berpanjangan. Jika dgn seks luar nikah kita dapat enjoy ingat sikit beb lu kena tanggung byk benda…kalau dapat duit, duit tu akan habis dan belakang hari silap2 dapat penyakit. Dan yang lebih
So, semoga kita semua insaf dgn apa yg merosakkan dan gunalah saluran yang tepat yang telah Islam sediakan buat kita… Selamaaaattttttt! !!
Dahh....jangan tanya mcm mana saya boleh terfikir nak tulis tajuk tu. Saya pun heran binti ajaib macam mana boleh tulis tajuk tu... kehkehkeh...