Saturday, December 24, 2011

Kenapa Mesti Menengking? : Besarkanlah Jiwa Mu

Bismillah,

Urghhh... Sesungguhnya saya tidak suka dengan orang yang suka menengking. Saya benci tanpa berbelah bagi perbuatan menengking tu. Sebelum ni saya dah tulis dah tentang satu tengkingan yang berlaku depan mata saya dulu. Apabila seseorang menengking, sebenarnya orang akan lebih suka kepada yang menengking atau yang ditengking sebenarnya??

Kenapa mesti menengking?
Sempit barangkali dadanya sehingga perlu kepada menengking untuk melepaskan apa yang terbuku. Ia bagaikan satu belon yang kecil yang dialirkan air ke dalamnya sehingga ia meletup dengan tiba-tiba.

Jadi puncanya di mana?
Kerana jiwa yang sempitlah. Jiwa yang sempit yang tidak muat untuk memasukkan lebih banyak tekanan. Jadi orang itu perlukan letupan itu. Selepas ia meletup, orang yang terkena percikannya akan cedera. Orang yang dicederakan itu pula, andai jiwanya sempit juga, maka dia akan meletup juga. Lebih parah, apabila keluarganya, sahabat baiknya dan siapa2 yang berdekatan dengannya juga cenderung untuk meletup bersama2. Hoho...sumpahan itu tidak akan berakhir.

Penyelesaiannya??
Dengan menjadikan jiwa kita besar. Dengan jiwa yang besar, ruang untuk bahagia menjadi besar. Dengan jiwa yang besar, derita dan tekanan bagaikan tiada. Dengan jiwa yang besar, kita tak akan meletup dan mudah2an tidak diletupkan. Sekalipun diletupkan, sakit hasil letupan itu akan segera sembuh kerana kebahagiaan akan menjadi ubat.

Bagaimanakah untuk menjadikan jiwa kita besar?

  • Memaafkan
  • Bersangka baik
  • Berfikiran positif
  • Menyayangi
  • Berusaha menjadi muslim yang soleh

Saya tidak mahu memperincikan cara2 ini. Ia adalah sangat subjektif. Tetapi semua itu adalah kunci pentingnya. Jika anda berada dalam posisi sukar, carilah seseorang yang cukup waras untuk bertanya.

Satu yang saya mahu kongsi dengan kalian tentang kisah hidup saya.
Dulu.. saya jarang bergaduh dengan sesiapa pun. Andaipun bergaduh dengan kawan2 saya itu, saya pula akan menjadi tukang pujuk. Sepanjang 8-9 tahun berkahwin pun, suami saya hanya ingat sekali saja saya merajuk. Tak luak pun kalau beralah, alhamdulillah serabut mana pun kepala menghadap masalah, saya masih ada peluang untuk bahagia.

Itu tidak bermakna saya puas hati dengan semua orang. Mana2 orang yang membuatkan saya sakit dengan letupannya tu saya let go sahaja. Jika saya ada masalah, tidak akan ada nama orang itu untuk meminta tolong. Ya...orang tu akan lebih beruntung sebab saya tidak akan menyusahkannya. Tetapi itu bahasa halus, bahasa kesatnya adalah saya menyisihkan orang itu. Nak buat macam mana, hidup ini terlalu pendek untuk dilayan rasa derita.

Tetapi, orang itu tak perlu risaupun. Saya menyisihkan orang itu pun tidak sepenuhnya. ALLAH mungkin akan menjadikan hati orang itu berubah. Hati boleh berubah sekiranya kita berlaku baik kepadanya. Datanglah meminta pertolongan andai ada masalah, sekiranya saya mampu, saya akan tolong sekadarnya. Saya akan cuba untuk tidak berdendam.

Buat anak2 umi, maafkanlah umi kalau umi menengking kalian. Umi sedang melawan kebiasaan umi itu. Umi faham sakitnya bila ditengking itu. Barangkali, ALLAH mentakdirkan itu terjadi kerana ALLAH mahu menegur umi. Semoga hati dan jiwa kalian tidak mengecil kerana kesilapan umi ni. Alhamdulillah, umi punya suami yang tidak menjadikan tengkingan sebagai cara menyelesaikan masalah. Alhamdulillah....

Semoga ada sedikit dari yang saya tulis ini membuka mata hati sesiapa...... dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali..

2 comments:

  1. insyaAllah..saya juga berusaha untuk mendapat jiwa yang besar

    ReplyDelete
  2. suke nye dgn entri ni
    membuat kan jiwa sy semakin beso dn beso
    maseh akak :))

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!