Friday, January 29, 2010

Saya Kini Di Jerteh

Bismillah,

Sebenarnya sudah dua malam saya bermalam di sini. Saya tidak menulis (ada tapi scehduled) kerana saya kan mmg control depan ibu mertuaku. Sepanjang berada di sini alhamdulillah jualan CD saya telah saya paskan kepada seorang sahabat saya yang memahami (kepada sahabat itu sila sengih sehingga nampak gusi anda). Agak mustahil juga untuk menyelesaikan hal itu sedangkan saya baru bermula.

Jika diizinkan ALLAH, saya ingin menambah stok dan saya akan cuba bawa stok itu bersama ke Jerteh bagi melicinkan lagi proses penghantaran barang. Bukanlah tidak mau berpantang tapi insya ALLAH suami saya akan uruskan segala tempahan itu. Seronok kan ada suami yang comel dan baik hati?? (Sila muntah darah....wakakakakaka)

Apa yang saya dah buat di sini ya? Semalam Khamis, ada pasar pagi di Jerteh. Saya pergi ke sana dengan jubah tidur yang kedut berjuta, kemudian pakai pulak tudung mak mertua saya sebab dia je yang dah gosok tudung dalam rumah ni (bayangkanlah teruknya saya...dan baiknya mertua saya...ahahahaha).

Samapi di pasar Jerteh, air liur saya meleleh bila nampak perkataan 'TELUR SOTONG' belakang sebuah motor. Adeih...dekat 3 tahun cari orang jual telur sotong dan sepeket sotong ni adelah RM 5. Huhu...mahal2 pun beli gak aaa sbb teringin amat!! Selain tu, saya tunjuk merata2 pada suami saya sambil berkata, "Abg, yang tu sedap, yang ni dah lama tak makan, yang sana menawan hati, yang sini menarik sekali..."

Lalu suami saya tepuk kepala sambil meramalkan berat saya berkemungkinan naik banyak di sini. Sungguh saya suka balik ke Pantai Timur ini kerana makanannya yang pelbagai itu. Suami saya membelikan nasi dagang untuk dirinya sendiri. Pagi Khamis itu, dia terpaksa pulang sekejap ke P.Buntar untuk menguruskan anak2 ayamnya yang ada orang tempah pada Ahad ini.

Semasa dia makan nasi dagang dalam kereta tu, saya rasa tak tak tahan untuk minta sikit. Dapatlah 3 suap dari tangan suami :P tapi kami sorok2 takut orang kata isteri kepada suami saya tangan kudung tak boleh makan sendiri...hehe... Mmm..baru je sampai Jerteh dia dah nak balik sana semula.

Hari ini Jumaat, semalam seorang lagi adik ipar saya pulang. Hari ini insya ALLAH akan balik sekeluarga lagi. Maka dapatlah bersua mata. Ada dua orang yang sedang mengandung. Bertambah2 le cucu tokku. Cucu kepada emak abah saya pulak akan naik jadi 5 orang!!! Itu pun dah terasa ramai...hehehe...

Balik ke sini membuatkan saya rasa rindu pada mak dan abah. Rindu abah?? Hihi...tak gaduh dengan dia kejap sangat2 membuatkan saya rindu. Sebenarnya saya sangat risaukan keadaan BP nya. Kata mak, dia makan secukup rasa dia...rasa nak makan, dia makan dan itu menyebabkan saya risau.

Kami suami isteri turut rasa susah hati bila ayam2 yang di kampung terpaksa minta dia tolong jaga. Ayam2 di kedai nanti sahabat kepada suami saya akan tolong jagakan. Saya rasa cantik sangat dunia ni bila ada sikap tolong menolong. Time kita susah, mereka tolong, time mereka susah jangan la buat2 lupa nak tolong pulak kan.

Saya berkemungkinan besar akan melahirkan anak ke 5 saya di sini lagi. Jujurnya, jika ditanya saya mau berpantang di rumah saya sendiri. Saya mahu membuktikan dalam keadaan 5 anak ini, saya bersedia untuk menyelesaikan segalanya dengan usaha dan tenaga saya sendiri. Saya tidak mahu keluarga saya bimbang dengan huru hara anak2 saya itu.

Sebenarnya 'huru hara' yang saya maksudkan adalah proses biasa bagi kanak2 dan saya telah cuba sedaya upaya untuk memahaminya. Mungkin level sabar saya sahaja perlu dikawal dan alhamdulillah, bila tgk suami saya cool melayan anak2 saya rasa malu sendiri bila saya pulak mcm Tarzan menjerit sana sini.

Owh ya...saya mahu bertanya, siapakah yang menempah CD tetapi tidak memaklumkan kepada saya apakah pakej yang dia nak ambil? Jumlah pembayaran adalah RM 50. Huhu...susah hati ai tau pegang duit orang tapi ai tatau sape :P So, tolong ek...sila maklumkan saya siapakah anda itu??

OK kawan2...doakanlah saya. Sedang rasa ngeri untuk melahirkan. Setiap malam bila terjaga saya akan jadi berdebar2 memandangkan semua anak2 saya dilahirkan pada waktu malam kecuali Usamah. Zaman Usamah itu pun sebenarnya saya berada di hospital sebelum matahari keluar lagi!!

Huhu.......................takuttttttttttttttttttttttttt...(ini akan membuatkan orang yang beranak sulung makin takut ek...anak ke 5 pun takut tak hengat lagi!!)

*tiada gambar kerana koleksi gambar saya ada di Parit Buntar :)

5 comments:

  1. As'salam kak, rase seronok bace n3 & blog akak nie.. kak, sy pun org besut juge, dok kat kg. Amer area alor lintang..

    ReplyDelete
  2. makanan beloh2 pantai timur meme sedap2x belakeee hehe

    ReplyDelete
  3. Dah bersalin ker siti? wah.. congrat ler

    ReplyDelete
  4. tu lah, teringin nak balik KT.. uhukk mcm le ade sedara... rindu sokmo makanan pantai timur...

    ReplyDelete
  5. kalo kak pijah anak 5 pun takut, ngeri, saya yang bru anak sorg ni lg ngeri

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!