Saturday, January 02, 2010

What Is Following


Bismillah,

Ingat tak kalian pada dua entry saya tentang follower dalam blog ini?
Entry itu adalah kerana saya tidak faham apakah fungsi follower itu. Tapi, setelah menggodek2 dashboard saya ini, saya terjumpa sudah fungsinya. Fungsinya yang nyata adalah untuk menyatakan minat kita kepada satu2 blog yang kita follow itu. Nampaknya saya adalah dalam kategori peminat dalam diam kepada blog yang saya minat tapi saya tidak follow. Saya follow sebab nk masuk contest saja huhuuu...

Kita juga boleh baca dari reading list di bawah dashboard kita. Walaupun posting saya dalam blog ini telah sampai ke angka 600, tapi saya tidak habis explore lagi dunia blogging ini. Benda yang punyalah besar dalam dashboard tu saya tak tengok sampai bawah..sungguh buta tuli keh keh keh...

Okeh, macam seronok je kan bila kita tengok follower kita bercambah. Sedar tak sedar blog usang saya ini telah punyai 344 orang follower (ketika entry ini ditulis). Wah...tapi saya faham lho..mungkin yang follow itu bukanlah minat sangat dengan blog ini bukan?? Walau apapun, saya anggap itu sebagai tanda persahabatan. Mungkin satu hari yang senang dan tenang, saya akan buat promosi ke blog2 follower saya.

Ada sesetengah orang letakkan widget ini di sidebar, tak kurang juga letakkannya di bawah. Tapi saya memilih untuk letak di atas sekali. Kalau penyanyi ke pelakon bolehlah nak kata, "Saya menghargai peminat2 saya" tapi saya tak boleh lah kata begitu. Itu adalah ayat syiok sendiri. Apa yang saya boleh katakan, saya suka melihat ia meningkat hari demi hari.

Okeh..let say anda dah tukar dari follow kepada taknak follow, mcm mana anda nak buat? Caranya anda pergilah ke blog yang anda follow itu. Lihat kepada widget follower dia itu. Di bawah itu ada butang 'settings' dan tekan situ. Akan ada popup window keluar dan bolehlah tekan pada butang 'stop following this site'.

Tapi kalau blog tu takde widget tapi anda hangin juga tanak follow blog dia, pergi ke dashboard anda dan pada reading list itu ada butang 'MANAGE'. Tekan di situ dan cari blog yang anda nak reject, tekan setting dan serupa juga akan ada pop-up window keluar dan tekanlah 'stop following this site'.

Ini mungkin terjadi kalau anda terpaksa follow sesuatu blog itu, tapi anda telah follow sejumlah maksimum yang boleh difollow. Jadi, anda terpaksa cari blog2 yang dah kusam dan bolehlah berhenti jadi follower...ahahahaha....sungguh kurang paras kesopanan itu :)

2 comments:

  1. tak berharap sgt owang follow blog akak sbb tau blog akak cam poyo ja..hanya catat kejadian yg berlaku dlm keluarga akak ja, kalau sesapa nak follow pun takpa dialu2kan, insyallah akak akan follow balik. apa yg tercatat semuanya kenangan hidup akak..begitulah seadanya

    ReplyDelete
  2. kak, follower mempunyai kepntingan tersendiri yang lebih pntg. bukn sbb minat je, tapi mudah utk diupdate entry baru.

    http://www.google.com/reader

    cbe klik. ha, kalo da tau xpe la

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!