Thursday, January 28, 2010

Pentingnya Pemeriksaan Darah Ketika Hamil


Bismillah,

Sekarang telah tiba masa seminggu sekali saya cek perut saya. Tadi saya pergi cek dan dia tidak cek lagi saya punya Hb sbb last week dah cek. Last week pun hanya 10.2 dan ia masih merah menyala walaupun ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 sahaja. Okeh, bila ditanya, sama ada saya makan ubat atau tak, bagi menyelamatkan telinga saya dari menjadi mangsa leter, maka saya kata "Makan!" sedangkan saya makan sesuatu yang tradisional.

Ye...saya tidak makan ubat merah yang menyebabkan saya asyik tak selesa perut. Saya letih dengan rasa loya di usia kandungan mencecah 9 bulan ini. Mulanya saya tak sedar juga Hb saya naik tapi lepas makan daun betik itu, dengan izin ALLAH ternyata ada peningkatan. Malah daun betik juga adalah sangat baik untuk orang yang ada darah tinggi macam abah saya.

Tapi pahitnya, tolonglah...saya pun taktau macam mana saya boleh tahan dengan kepahitan itu. Saya tak makan tiap hari tapi saya makan seminggu sekali sahaja. Habis sekampung saya tanya, "Rumah kamu adakah daun betik??" hihi...Ada seorang warga Indonesia beritahu gunakan daun sekian2 untuk kurangkan kepahitan tapi maaflah saya tidak ingat nama daun itu tapi saya cam betul daunnya.

Pernah JM berbangsa India yang selalu periksa perut saya bertanya (owh...dia memang suka bagi kuiz dan saya selalu study seblom ke klinik mcm nk amik xm), "Kakak tahukah apa risikonya jika Hb low pada diri kakak dan pada kandungan kakak?". Saya terasa seperti berada di dalam ujian lisan setiap kali dia periksa saya. Tidak ada kesempatan untuk berlawak dengan dia.

Saya mengangguk dengan harapan soalan itu mati disitu, tapi anggukan saya bukan angguk kosong. Risikonya adalah :
  • Kemungkinan keguguran
  • Kemungkinan tumpah darah
  • Darah yang membawa makanan dan oksigen yang kurang menyebabkan bayi tidak mendapat makanan dan oksigen yang cukup
  • Hasilnya, baby akan kurang bijak (dia sebut perkataan ini dan saya tidak suka!!)
Bila kita bercakap dengan nonMuslim saya berasa ada sesuatu yang kurang di sana. Kerana tiada keimanan, maka dia bercakap seolah bukan ALLAH yang menentukan. Semua yang berlaku dalam hidup kita adalah kemungkinan yang diizinkan ALLAH. Boleh jadi anak dengan ibu yang ber Hb tinggi pandai tetapi ada bukan anak dengan ibu ber Hb rendah juga mempunyai anak yang pandai??

Gaya dia bercakap seolah2 anak2 saya semuanya akan menjadi anak yang lembab benar2lah membuatkan saya rasa terhina. Cuma saya tidak berkata apa2 untuk membalasnya. Saya sekadar berdoa anak2 saya dilindungi dari kata2 itu dan semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayahnya kepada JM itu. Saya faham dia buat kerja dia tapi jika seorang Muslim, jika ia disulami dengan perkataan Insya ALLAH dan Nauzubillah, ia akan menjadikan kita adalah manusia yang berTuhan.

Okehs, berbalik kepada tajuk, apa pentingnya jika kita menjalani pemeriksaan semasa hamil? Saya baru berkenalan dengan seorang yang asalnya dari Kelantan di klinik itu. Semasa di situ, dia minta no telefon saya lalu kami bertukar2 no telefon. Petangnya dia menelefon saya kerana dia juga diarahkan untuk mengambil darah dan menghantar sampel najis seperti saya sebelum ini.

Mungkin sbb kawasan kami ini doktornya terlalu prihatin, atau mungkin kes low Hb ini terlampau sedikit maka pelbagai ujian telah ditetapkan untuk orang ber Hb rendah. Saya sudah biasa dengan ini jadi aritu saya tidak panik mana. Tapi nampaknya kenalan baru saya itu berasa sesuatu yang tak best kene ujian2 itu.

Sebenarnya tujuan ujian darah ini diadakan adalah :
  • Mengesan penyakit tersembunyi
  • Mengesan pembawa penyakit
  • Mengetahui jenis darah
  • Mengesan masalah melibatkan sel darah sebagai contoh Thalasemi dan leukimia
  • Mengesan antigen dan antibodi ibu
Saya cumakan katakan kepadanya, ujian adalah sekadar ujian. Apa jua keputusannya bukan kita tidak boleh mempercayai. Jika benar ada penyakit maka anggaplah itu ujian dari ALLAH dan berdoalah agar penyakit itu pergi dan tidak kembali. Jika ada rawatan untuk penyakit itu maka rawatilah ia.

Saya sendiri di kad merah saya ada tertulis 'mild anemia' tetapi sungguh itu tidak masuk dalam kepala saya. Saya tidak mau susah2 fikir yang saya berpenyakit tetapi tidaklah sehingga saya tidak bertindak langsung untuk merawat keadaan ini. Kurang Hb bukanlah penamat hidup...ahahaha...ini dah macam karangan nak menaikkan semangat orang yang kurang Hb :P.

Berilah peluang kepada kakitangan klinik untuk menjalankan pemeriksaan. Setiap yang mereka lakukan itu ada alasan saintifiknya. Semoga ibu2 mengandung di sana juga dimudahkan perjalanan kehamilan anda. Chaiyyok ebribodi!!

Yang Benar,
Makcik yang takut nak bersalin....waaaaaaa.......

6 comments:

  1. Siti,

    saya lak selalu kena marah sebab berat naik jek tetiap bulan...obes!!!obes!!!obes!!!

    ReplyDelete
  2. salam...jangan percaya karut marut tu...saya pun mkn ubat sekali sekala saja...satu lagi kalau mengandung janagn makan organ dalaman haiwan..contoh hati ayam...tak elok...baik mkn buah delima....

    ReplyDelete
  3. pija,
    kakyong pun hb rendah.. masa pegnankan fikri, check up di klinik kerajaan.. kerap2 lah kena marah, kita pun emo jer.. makan tablet iron tu, tp hb camtu juger.. siap le dileter soh makan kerang lah ( kita plak x brp suka kerang huhuuu.)

    pregnan kan anis & aliya, check up di swasta.. so memandangkan dah ade sejarah ms pregnant yg 1st, so tak de le depa buat check heavy metal. tp tetap check, result sama jer.. huhuuu... doktor yg check masa anis tu siap riso lagi, sbb kakyong ni nampak pucat jer.. mcm letih benor.. walhal takde apa2 pun.. ibunyer okay jer...

    pija,
    all the best.. Insya Allah, berdoa byk2.. kakyong dulu bersalin di PRI, kiri kanan dinding bilik bersalin depa tampal doa .. so mulut memang dok baca jer lah apa yg nampak dek mata...

    ReplyDelete
  4. ena selalu kena rujuk dgn doc sbb mcm2 masalah..kdg2 tu mcm mls jea nak buat check up

    ReplyDelete
  5. sy plak asik tekanan drh rendah je...mkin lm mkin rendah.dr kate boleh pitam nnt.hihi.

    xlama lg yer kak.nervousnyer..dah masuk labor room byk kali pun.kita tpp cuak kan kak..takut!!

    smg dpermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  6. saya ni set yang makan ubt dr..tapi dekat last2 pgnancy tu dah jenuh, ubt malas mkn, susu anmum pun jarang minum...hanya doa yang saya panjatkan agar Allah memberi yang terbaik kepada si kecik itu..Bile dia dah lahir baru la saya usaha lagi untuk memberinya yang terbaik..

    Antaranya, kasik makan kismis doa hari2, makan kekacang eg. almond dan dan yang paling penting makanan home made untuk si kecil..saya tak bagi pun anak ni 4x DHA yang mana ibu2 lain dok kejar...maapye don't be offended sesapa yang terasa..

    yang lain2 diteruskan dengan doa tanpa henti..semoga membesar dengan baik dan jadi orang berguna..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!