Wednesday, April 06, 2011

Birthday ke 31 Hamba

Bismillah,

Hari ini adalah hari kelahiran saya. Seperti biasa, kami tak meraikan apa-apa pun. Sekadar mengucapkan Selamat Hari Jadi dan menyatakan kepada anak-anak yang mereka dah berumur sekian-sekian. Alhamdulillah ALLAH telah beri saya kesempatan untuk hidup selama 31 tahun. Jumaat ini saya untuk ke sekian kalinya akan meninggalkan anak-anak untuk ke Johor pulak. Ada ke blogger2 yang saya boleh jumpa di sana??

Semasa tinggalkan Usamah untuk ke KL dan seterusnya PB baru-baru ini, dia ada kata pada adik2 ipar saya, "Umi dah tiga kali tinggal Usamah. Dia tak sayang Usamah kot?" Hukhukhuk... Umi tak ada pilihan anak-anak. Pertama kali Umi tinggal Usamah dengan Uwaiys adalah kerana waktu tu tokki sakit di PB dan umi takut Usamah dan Uwaiys memeningkan tokki.

Kedua kalinya, tambang kapal terbang untuk ke tempat yang umi pergi itu ditanggung sepenuhnya oleh orang, jadi takkanlah umi nak minta lebih plus dengan benda yang umi perlu kerjakan di sana tak memungkinkan umi bawak semua anak umi. Ketiga kalinya adalah baru-baru ini umi dan abah ke KL untuk menguruskan amanah orang dan sekaligus mengambil pemberian orang kepada kita. Yang keempat ini pula adalah untuk menolong seseorang dengan perniagaan barunya.

Umi hanya mampu bawa Ahmadi. Itu pun adalah kerana Ahmadi perlu kepada susu umi. Semoga nanti Ahmadi akan sihat-sihat sahaja dalam perjalanan panjang. Ahmadi sampai kurus dan maksunya kata "Macam tak cukup makan". OK, umi terasa bila orang cakap anak umi tak cukup makan sedangkan umi sendiri tak pernah ada isi pun! Tapi itu kata orang, mereka tak sukat pun banyak mana yang umi makan dan umi supa anak-anak setiap hari.

Eh, apalak ni umi melalut di hari jadi umi ni. Mungkin sebab umi makin tua dan makin nyanyuk :P Buat anda semua, andalah A-Z dalam hidup saya!! Terima kasih!


Oh ye...saya nak selit cerita sikit, pagi tadi MHI up kan isu ini :

Lalu saya beri jawapan di bawah (nama saya Norhafizah Madzlan) :P (boleh dilihat di link ini)


Kemudian Elly bgtau saya di wall saya :

Hukhuk.....walaupun sekadar nama disebut ai rasa seronok tau... Saya tunjuk kat suami saya apa Elly tulis, dia boleh tanya birthday sape?? Ayyoyo...ada yang kene kurung luar rumah ni :P

*Teringin nak request kat orang tu Nasi Arab........buat esok pun takpe :))

*Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku sedang berlangsung, jemput join!!
* Jom join ChurpChurp
 

8 comments:

  1. happy bday dear :) semoga bertambah bahagia dunia akhirat..amin...

    ReplyDelete
  2. Slmt Hari Lahir ....:)

    ReplyDelete
  3. hepi bestday kak pija. smeoga bhgia sokmo2 dgn family dan semoga segala hajat tercapai :)

    ReplyDelete
  4. hepi besday kak...semoga sentiasa bahagia di keliling anak2...

    ReplyDelete
  5. slmt hari lahir..
    semoga bahagia sentiasa

    ReplyDelete
  6. Time kasih tuan-tuan dan puan-puan sekelian....eh, mana ek tuannya :P

    ReplyDelete
  7. dah wish kat FB. Tapi takpola boleh jah wish lg: SAnnah HElwah, Happy Birthday, Selamat Hari jadi dan Huri Huritau.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!