Tuesday, April 05, 2011

Perkara Yang Patut Dihentikan Supaya Anak Berhenti Menjawab

Bismillah,



Suatu hari, saya membentak-bentak mengarahkan Usamah membuang sampah yang bertaburan. Asal saya lintas sahaja ruang tamu, saya rasa jarang sekali saya tidak marah kerana sampah sentiasa ada dan permainan selalu berselerak. Lima orang anak kecil bukan mudah untuk berada dalam keadaan teratur. Mereka semua sihat walafiat jadi mereka sentiasa ada aktiviti. Mereka bukan kanak-kanak zombi yang hanya bersandar di dinding dan melihat lantai sahaja.

Pada fikiran saya, dengan selalu mengingatkan mereka tentang kekemasan, kebersihan dan perkara-perkara yang berkaitan, pastilah mereka akan sentiasa beringat bahawa rumah ini tidak patut bersepah. Ini adalah kerana bersih dan kemas adalah ciri orang mukmin muslim. Tetapi hakikatnya, cara pendidikan saya itu adalah salah.

Saya perasan salah adalah apabila saya mengulang arahan kepada Usamah yang tidak bergerak dengan arahan pertama tadinya. Ketika saya naik suara pada kali kedua itu, rupa-rupanya dia baru bangun untuk mula mengutip sampah. Saya sebagai seorang ibu rupanya tidak bersabar dengan lebih lama. Ego sebagai seorang ibu mahu apabila habis sahaja saya bersuara, anak-anak terus bangun mengikut arahan.

Tidak hairanlah Usamah bersuara, "Usamah nak kutip lah ni!!". Oh...rasa terkejut juga mendengar dia menjawab buat pertama kali. Selepas itu sehingga kini alhamdulillah tiada lagi dia menjawab kerana saya bimbang akan satu lagi masalah yang terpaksa saya tanggung dan terpaksa saya rawat akibat dari salah didikan saya.

Jadi, sebelum perkara ini melarat, saya patut hentikan perkara di bawah supaya anak-anak saya tidak lagi menjawab bila saya bercakap :

  • Tidak memberi mereka kata dua
  • Meninggikan suara dan mengharapkan mereka senyap dan dengar
  • Menunjukkan muka marah dan garang untuk menakutkan mereka
  • Berkata "Ini umi kamu, kamu mesti dengar cakap umi!!"
  • Memukul atau menampar mereka sehingga lebih banyak lagi dendam membara di hati mereka
Mereka adalah anak-anak dan mereka ada hak untuk bersuara, rehat, main dan sebagainya. Jika kita berikan mereka hak mereka, insya ALLAH kita akan diberikan hak sebagai seorang ibu atau bapa. Semoga kami suami isteri diberi kekuatan mendidik anak-anak supaya menjadi insan soleh solehah. Amin



 

6 comments:

  1. patutlah bila kita marah semakin anak2 tak nak buat ape yang kita suruh...so kena kurangkan marah...

    ReplyDelete
  2. hukhuk...nampaknya begitulah...saya banyak sangat buat salah :(

    ReplyDelete
  3. noli pun nak cuba ingatkan diri dengan tips yg kak pijah tulis tu...

    ReplyDelete
  4. Ohhh...slalu soh aqilah buat itu,buat ini. Dia slalu buat x heran. Bila dah naik nada suara+bentak2, baru nak buat. Geram tau. Tp tahu mmg bersalah. Kalau x marah, depa x buat apa yg disuruh. Letih la.

    ReplyDelete
  5. erm caiyok2 kita boleh...
    1st tu kita kena kontrol ego kita...kan?!

    ReplyDelete
  6. salam kak pija..abis tu apa jalan terbaik nak bagi anak2 ikut arahan kiter..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!