Monday, March 05, 2018

Isu Permohonan Murtad di Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim,

Saya terbaca isu permohonan murtad di pagi-pagi hari lagi.

ISUNYA BUKAN SOKONG MURTAD TAPI MENYELESAIKAN MASALAH MANUSIA
[Status low class saja]

1. Syarifah Nooraffyza lahir sebagai seorang Islam tapi amalkan Kristian sejak 2009. Memohon untuk keluar Islam dan mendapat kebenaran menukar nama pada kad pengenalan.

2. Salina seorang Kristian,  masuk Islam pada Nov 1992 kerana berkahwin, tapi kembali menganut Kristian selepas bercerai pada 2010.

3. Jenny lahir Kristian. Menganut Islam pada 2002 kerana berkahwin dengan lelaki Islam, tapi kembali menjadi Kristian selepas bercerai pada 2006.

4. Mohd Syafiq, penganut Kristian, masuk Islam pada 1996 kerana berkahwin dengan orang Islam mahu kembali kpd Kristian selepas isterinya meninggal pada 2007.

5. Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan status mereka sebagai beragama Islam dan memaksa JPN mengiktiraf mereka selaku penganut Kristian.

6. Mereka berempat mahu perkataan Islam dikeluarkan drpd kad pengenalan masing-masing kerana mereka memang tidak beramal dgn Islam lagi.

Terasa berat mahu hadam isu itu. Jujurnya, sungguh saya tidak mahu jika orang yang sudah pun Islam, keluar pula dari Islam. Sungguh...

Namun, bacalah apa yang difirmankan Allah dalam surah Ali Imran dalam gambar ini.. terutamanya di ayat 90.


Selesai saja saya baca dua mukasurat ini, saya baca pula tafsirannya. Baru tadi saja tertanya-tanya, kini alhamdulillah beroleh jawapan terus! Maha Kaya Allah kan?

Saya terfikir, adakah sekiranya mereka yang memohon murtad ini tidak diluluskan permohonan mereka, adakah mereka akan duduk dalam ajaran Islam? Adakah mereka memang tak murtad jika permohonan murtad mereka itu tidak diluluskan?

Allahu Allah, sungguh... Dikalangan kita yang Muslim dan mengaku Muslim, yang tak terfikir pun mahu membuang Muslim dari dalam diri tetap saja tidak melakukan perkara fardhu ain seperti solat, puasa dan zakat. Apatah pula golongan yang nak buang Islam dari IC mereka ni?

Ok, sekarang ni, apa peranan kita? Baca gambar yang satu lagi itu pula.



Saya bantu anda ringkaskannya di sini :
• Bersegera melakukan amal soleh
• Tetap berpegang pada ajaran Islam (petunjuk dan hidayah)
• Mencegah kezaliman (perkara mungkar)
• Menyuruh kepada kebaikan

1&2 itu mudah bagi kita namun 3&4 itu? Amar ma'ruf nahi mungkar.... Ini yang selalu kita tinggalkan.

Allahuakbar, semoga kita diberi kekuatan mengajak orang lain menuju jalan yang benar.



Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!