Friday, March 02, 2018

Tips untuk mengelakkan LUPA dan tingkatkan kuasa minda 💪


Bismillahirrahmanirrahim,

Sebenarnya dah lama tak blogging. Puncanya dah makin kerap membebel di Facebook sendiri. Lately, rasa nak menulis semula. Cuma nak bezakan apa yang dituliskan di Facebook dan dalam blog 😘😘. So, tengoklah tahap kerajinan ku bagaimana. Hehe...

Ok, hari ni nak share tips supaya kita sama-sama tak menjadi mak nenek lebih awal dari yang sepatutnya.

Kenapa nak share tips ni? Ini adalah kerana, saya rasa stress hidup zaman Najib ni (oppsss...) telah memutuskan sel-sel otak kita dari berhubung secara normal.

So, adakah my first tips adalah kempen politik untuk tolak Najib dan kuncunya? Hehe... Bab ni, saya rasa yang membaca ni kena fikir sendiri lah 😅.

Tips ni sebenarnya banyak dikongsi oleh memory experts. Nak kekalkan memori bukanlah semudah telan sebiji pil atau kismis dan boleh ingat benda yang kita lupa. Kita perlu teknik untuk kekalkan memori. Faham?

Tips 1 
Pelajari skill baru.

Eh, saya perasan ada kawan saya yang tiba-tiba saja bercucuk tanam. Pelik! Tapi saya kagumlah sebab depa nak juga buat sesuatu yang baru dalam life depa kan?

Kalau yang ditanam itu bunga, awww mesti cantik halaman rumah tu. Kalau yang ditanam tu adalah sesuatu yang boleh dimakan, maka hasilnya nanti boleh dinikmati. Mana tau tetiba boleh dijual pulak! Fuhhh...

Itu belum kira ada yang cuba-cuba melukis, cuba-cuba menulis, haih... Tak kiralah apa pun, janjinya mahu cuba sesuatu yang baru!

Tips 2 
Buat rutin.

Rutin tu kiranya jadual. Jadual tu adalah senarai perkara yang memang tiap hari kita buat. Jam berapa nak masak? Jam berapa nak mengemas? Jam berapa nak tengok cerita Korea (oiiii dan lagi? 😂😂)

Untuk apa jadual ni? Supaya kita tak lupa nak buat rutin tu. Benda rutin, kalau tak dibuat alamatnya berlonggoklah kerja nak buat nanti. Contoh mudah, lipat kain. Kalau hari ni tak buat, haruslah esok berganda yang nak dilipat. No wonder lah kat rumah kita tiba-tiba ada Banjaran Titiwangsa pulak kan 😄.

Tips 3 
Guna memory tools

Apa tu memory tools? 
Antaranya adalah planner, to-do list, notes. Tak ada duit nak beli? Weih, telefon ada kan? Apps yang berkaitan self management ni banyak tau! Malah ada yang dah tersedia dalam phone dan tak perlu kita download pun.


Tinggal kita je nak manfaatkan benda tu atau tak. Ok, kalau tak faham, tinggalkan komen nanti saya share la ya caranya. Kita sama-sama belajar ok?

Tips 4 
Luangkan masa bersama keluarga dan kawan atau bersosial (bermasyarakat)

Yang ni ramai faham in syaa Allah jadi saya cuma nak ingatkan, once keluar dengan mereka, jarakkan diri dengan phone tu. Buat apa lagi nak bersosial online kalau ada orang depan mata kita?

Dan, satu yang saya ingin seru, cubalah libatkan diri dalam satu usrah, halaqah, atau NGO yang murni. Serius cakap, cycle inilah yang akan bantu kita jadi lebih baik dan sentiasa mahu jadi baik 😍. Bersilaturrahim besar tau pahala dia.

Tips 5 
Exercise dan jaga pemakanan
Saya yakin, orang yang kerjanya dalam pejabat berhawa dingin dan beku disitu dari pagi hingga petang senang jammed otaknya.


Justeru, carilah masa untuk buat exercise ringan. Tapi, saya lebih suka advice begini. Cuba berkebun, atau cuba berjalan kaki sebanyaknya atau boleh juga dengan mengemas rumah secara aktif macam kita bergotong royong di asrama sekolah tu. 

Exercise ya boleh juga tapi saya rasa tak natural dengan life kita tu. Kadangkala pergerakan yang kita buat dalam exercise tu sebenarnya kita tak praktis dalam kehidupan. Faham kan?

Bab jaga pemakanan, perhatikan apa yang kita makan. Belajar baca label dulu. Ini basic! Bila korang dah belajar baca label, in syaa Allah tak kan ada lagi keberanian nak makan di luar nanti haha.. believe me! 

Tips 6
Kaitkan sesuatu dengan sesuatu.
Misalnya, mahu pergi ke tempat program, lepas jumpa kedai tayar di kanan jalan, jumpa saja lorong kecil, masuk jalan tu. Ya, begitu saja.


Contoh lain lagi, birthday beberapa sahabat kita yang kebetulan sehari selepas hari pekerja hehe...

Di sekolah dulu, saya join program motivasi dan teknik belajar anjuran BAKAprep. Bagi mengingati tarikh dalam sejarah, kami belajar mengingat nombor apa dihubungkan dengan huruf apa. Dari huruf itu, kami bina perkataan atau ayat lain bagi mengingati tarikh itu.

Alah, sama macam kita pernah hafal senarai warna pelangi ikut urutan dulu tu lah 🙌. Tapi untuk kegunaan harian, tak perlulah sampai tahap tu kan.

Tips 7 
Main game! 
Oit! Bukan sebarang game ya uols. Memory game la yang pastinya! Contoh sudoku, jigsaw puzzle, crossword puzzle gitu. Dengar pun boring eh hahaha...


No! Sebenarnya tak boring! It is just we yang tak pandai main game tu kan 😎😎😎. Hahaha... Ok lah daripada main candy crush, angry birds tu 😆😆 hehehe..

Ok lah! Those tips that I listed here, adalah yang seriously practical dan proven boleh bantu tingkatkan memory. So, apply lah dalam kehidupan.

Tidak dilupakan, membaca alQuran. Orang yang rapat dengan alQuran ni, tidak mudah nyanyuk. Ini yang paling penting kita letak dalam rutin kita.


Semoga Allah beri kelapangan masa buat kita untuk melazimi bacaan alQuran setiap kali selepas solat 5 waktu. Ameen 😍
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!