Friday, May 20, 2011

Smlm Asmaa' Masuk Hospital, Hari Ini Dah Keluar

Bismillah,

Hari Rabu malam Khamis Asmaa' sebenarnya dah siapkan beg sekolah. Tapi pagi Khamis kul 4 pagi tu dia start kesakitan lagi. So, pagi tu saya bawa dia ke hospital semula dan haritu kiranya buat check up lebih sikit dengan ambil sample urin dengan buat x-ray.

Ambil x-ray bukan sakit pun tapi sbb punya penakutnya anakanda hamba seorang itu maka proses memujuk memakan masa sedikit lama. Lama pun tak de la sampai 10 minit cuma kali ini keadaan lebih mudah sebab saya tak bawa Arwa bersama.

Kata doktor, urin Asmaa' normal cuma slightly dry katanya. Maksudnya, di musim yang panas begini, kena minum banyak air dan hasil x-ray menunjukkan masalah sakit perut sebenar Asmaa' bukanlah gastrik tapi dia sembelit sebab banyak sangat ketulan najis dalam usus dia.

So, masalah utama dia adalah sembelit tapi saya dok rawat masalah sampingan dia iaitu gastrik. Macam mana boleh gastrik? Sebab dia dah sakit perut tak leh nak u'uk makanya tak lalu nak makan some more muntah juga. So, perut kosong jadi gastrik.

Masa rawatan hari tu, doktor pun assume dia gastrik so tiada treatment untuk masalah sembelit dia tu. Masa tu cuma dapat ubat tahan muntah dan ubat demam. Balik rumah sbb dia masih sakit selepas masuk air, saya pun pergi cari ubat gastrik di farmasi. Tapi sakit tak surut2...

Alhamdulillah...hari ini Asmaa' dah sihat, tadi balik je dari hospital saya letak je beg terus capai bantal. Saya memang tak boleh tidur sebab bila kita duduk di Wad Kanak-Kanak kenalah faham, cara kanak2 menyampaikan rasa sakitnya adalah menangis. Banding dengan Wad Bersalin, mereka nangis bila nak susu aje. Campur dengan misi2 yang ramah, memang tak lena saya semalam.

Selepas ni, saya nak masak sedikit dan nak ambil anak2 di Jerteh. Rindu sangat nak gigit pipi Ahmadi!!

*Insya ALLAH esok saya boleh blogging dengan lebih aman....



 

3 comments:

  1. get well soon Asmaa...kirim gget pipi Ahmadi retep kak pija :D

    ReplyDelete
  2. Asmaa' dah OK... hehehe...meh japgi kene gigit dua2 belah :P

    ReplyDelete
  3. cepat sembuh asmaa'..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!