Monday, May 16, 2011

Asmaa' Gastrik (Kot??)

Bismillah,

Hari ni hari Guru.. Saya doa mudah2an sekolah Asmaa' tak belajar apa2 hari ni. Kalau tak dia rugi satu hari lagi sbb harini dia tak ke sekolah.

Anak dara saya yang seorang ni memang kena paksa kalau makan. Sebelum ni pernah dah kena sekali. Rupanya dia belum cukup insaf lagi. Kali ni, Asmaa' kena masuk air. Alhamdulillah duduk di P.Pth ni saya cukup bersyukur sbb hospital di sini sangat mesra.

Masa nak masukkan air tu jangan tanyalah betapa dahsyatnya Asmaa' menangis. Rasa macam dia tiba2 ada tenaga nak lawan orang. Sedangkan nak jalan naik kereta di depan rumah pun tak larat. Jadi, 4 orang jugalah tadi yang kejung dia soran utk masukkan jarum. Yang seronoknya boleh pulak Arwa nangis lagi kuat dari Asmaa' tadi. Rasa seinci jugak tebal kulit muka umi.

Selalunya, kalau saya masuk air, lepas dari tu perut pun rasa lega sikit. Tapi Asmaa' lain pulak, nak habiskan pisang pun nampak macam makan batu. Mungkin dia budak lagi jadi mmg sy kena atur satu2 suap dia. Nak dibiarkan lapar mmg tak gamak.

Walaupun saya garang, kalau anak sakit sampai terlantar memang saya susah hati yang tidak sedikit. Tambahan pula saya tau macam mana sakitnya gastrik tu.

So sekarang, saya dalam mode susah hati.. Tak fikir dah pasal komputer ke apa ke.. Ni sambil menunggu dia habiskan pisang dia. Umi buat karangan 3-4 kajang, dia satu ulas pisang pun tak habis lagi. Tadi masa tunggu masukkan air dia tu, saya ngantuk. Jadi sempat buat cross stitch lagi.. Ada juga org tegur, tp dr tersengguk ada baik saya hadap mende tu. Mcm sekarang ni, dr t'lena sblh anak yg tgh sakit, baik saya menaip sambil dengar dia mengeluh..

*Menambah lagi mode runsing saya, td ada seorang patient yg dibawa ambulan perkhidmatan awam bersama anaknya. Sampai2 di dalam wad kecemasan, rupanya makcik tu dah 'tiada'. Begitulah kehidupan, setiap orang ada masanya dan saya bimbang saya dijemput sblm menjalankan tugas saya dgn baik.. Semoga Allah pelihara kita semua dgn m'beri husnul khatimah.. Amin

 

2 comments:

  1. Semoga Asmaa' cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh asmaa'
    aihh..
    ko mcm acik la
    mudah kena gastrik..
    time kena tu..
    jgnkan nak mkan
    minum air pun acik tak lalu
    kadag makan berhari2...
    sume benda telan susah sgt

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!