Thursday, May 26, 2011

Doa Untuk Dapat Suami Soleh

Bismillah,

Dulu masa saya bujang, saya takde pakwe. Bukan sbb saya tahan dugaan tapi sbb mmg tak berapa nak laku pun. Ye lah..orang lain putih serlah, muka comel tapi kita ni biasa2 saja. Tapi alhamdulillah jugakla ada mata hidung bagai kan... Kalau tak, maka lebih peninglah mak abah saya.

Pernah sekali tu mak saya kata, "Hang tu bukan tak cantik, cuba kalau boh mekap sikit :P". Walaupun mak bagi semangat tapi masa tu saya tak sampai le tahap terdesak sbb masih muda lagi. Plus, saya percaya jodoh saya akan datang juga satu hari yang sesuai.

Bila masuk matrik, saya jumpa macam-macam jenis laki. Sebelum dari tu saya bersekolah di sekolah perempuan semua dan memang senior dah warning tentang kejutan budaya yang bakal dialami bila keluar dari Taayah. Saya keluar menjadi seorang budak perempuan yang garang. Tak tau pasaipa tapi memang saya garang kecuali kepada dua tiga budak laki.

Asal nampak ada benda yang tak kena tentang budak laki, mesti saya sound direct dan yang paling kecoh adalah saya gaduh sampai hentak meja masa matrik tu. Ketua kelas kami pun telan air liur sebab taktau nak buat macam mana. Tapi nasib baik la jugak budak yang buat hal dengan saya tu jenis beralah. Hampeh je rasa masa tu.

Sampailah satu tahap di UKM, satu hari seorang ustaz bagi kami doa yang akan saya tulis di bawah. Masa tu ada forum anjuran BADAR di Kolej Tun Syed Nasir. Masya ALLAH, mulai saat tu, saya mula berangan2 nak dapat suami soleh.

Ada yang kata menghabiskan makanan terakhir dalam pinggan akan dapat suami soleh. Hahahaha...itu mmg amalan saya. Saya memang akan sambar makanan terakhir yang ada dalam pinggan bukan sbb nakkan suami soleh tapi tanak terlepas makanan tu :P. Bukan apa, orang last makan ni selalu kena basuh pinggan so itu kira latihan lah tu nak dapatkan suami yang baik kan?? Iaitu memperbaiki diri sendiri sebelum mendapat suami yang baik.

Setelah saya hafal doa itu, saya akan bacanya setiap kali lepas solat dan setiap kali saya teringat. Istimewanya doa ini, dihujungnya juga ada ayat Al-Quran yang digunakan oleh Nabi (masya ALLAH saya tak ingat namanya) yang susah nak dapat anak. So, ini menjawab kenapa saya tak berhenti beranak pulak la kan sbb salah satu dari doa tu makbul....Oh, agaknya berapa kali telah ALLAH makbulkan ya??

Alhamdulillah, barangkali berkat doa ini dan saya juga ada kirim kepada mak masa nak pergi haji biar dapat suami ustaz saya dapat suami saya sekarang. Malas lah nak describe lebih2 pasal suami saya kang ada plak yang tawar diri nak jadi bini no 2, sape yang pening :P ? Kalau saya tak pening, laki saya pulak yang pening sbb dia kata dia taknak kawin lain dah.... (kah kah kah)..

OKlah, orang sebenarnya nak baca doa je kan bukan nak baca apa yang saya merepeks tu. Saje je lah nak buat motivasi biar adik2 yang bujang2 tu optimis dengan ALLAH. Bahawasanya kita tak payah nak menggedik2 untuk memikat hati seorang lelaki tapi cukup dengan pertolongan ALLAH maka the Mr Right akan datang insya ALLAH.

اَللَّهًمَّ سَخِّرْلِي زَوْجًا صَالِحً

مُتَّقًا حَلِيمًا عَلٍيمًا فَقِيهًا جَمِيلاً

وَيُحِبُّنِي حُبًّا جَدِيدًا وَاُحِبُّهُ حُبًّا جَدِيدًا اَعْمِقًا فِي اللهِ

وَيَكُونُ صَاحِبًا فِي الدُّنْيَا وَ فِي الْجَنَّةِ

لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

‎"Ya Allah, pilihkanlah untukku suami yang soleh.Yang beriman, lemah lembut (santun), yang berilmu, faqih (mengetahui selok belok hukum) dan cantik (elok rupa).Dan yang sangat mencintaiku dan aku mencintainya dengan cinta yang mendalam kerana Allah.
Dan menjadi sahabatku (temanku) di dunia dan di akhirat.
Dan menjadi sahabatku (temanku) di dunia dan di akhirat.Ya ALlah, jangan Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik." 

*Wah... saya mintak suami cantik dulu, padanlah suami ku comel*
 

10 comments:

  1. tgilat juga lidah nk bc doa dlm runi nooo..nnti sy try tlis tgok jd ke dak..

    ReplyDelete
  2. ate klu nak suami sekarang tmbh soleh,boleh ke teman baca doa ni ari2 kak pijah weih?!

    ReplyDelete
  3. samalah kiter...x penah terpikir pon nak cari pwe time blajar. Kawan biasa2 ramai. Masa slps STP dl adalah jgk yg nak jd pwe. X tau plak ada org suka kat kita, padahal kita ni org utara ckp kahaq/ganas nak mampus. Cuba lah sat tp x bole sbb rs cam terkongkong.Blum kawin lg, dh kontrol mcm2. Last2 putus sendri.X kwn langsung...kekeke..truk. Bkwn biar ramai, berkahwin..biar sekali jer...sbb suami pun kena 1 jer..hahahah...merapu merepek sama.

    ReplyDelete
  4. saya becinta ngan suami 6/6/2007 dan berkahwin 0/8/08. kejap je kenal. cinta pertama

    ReplyDelete
  5. mujahid2 mujahiddah kak pija semue cantik2..arab mari! ;)

    ReplyDelete
  6. nak ayat jawi nak ayat jawi! =)

    ReplyDelete
  7. OK korang2 yang dah mengomen... ni ayat jawi dah sampai

    ReplyDelete
  8. wahh..sweetnyer.. :) teringin dapat yg mcam tuh..Insyaallah..doa2kan ye.. ^^

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!