Monday, May 09, 2011

Perpustakaan Dalam Rumah

Bismillah,

Hahahahahaha.... Saya adalah rakyat yang berhemah tau. Saya rasa saya tau nak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Walaupun sesetengah orang kata saya dalam golongan 'pembangkang' tapi tak semua benda saya bangkang. Ada banyak benda juga yang kerajaan buat saya akan sokong dan salah satunya adalah apa yang tertulis dalam berita di bawah ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga.
NONEBeliau berkata ini adalah amalan di negara barat seperti Amerika Syarikat, yang mana orang kaya di sana mewujudkan perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama, yang kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas meninggal dunia. 
"Sepatutnya orang-orang yang kaya di Malaysia ini membina perpustakaan mengandungi buku yang berharga, dan apabila mereka meninggal dermakan buku kepada perpustakaan untuk orang ramai," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa, di Kuala Lumpur hari ini.














Sebenarnya tak payahlah nanti jadi mampu baru boleh buat perpustakaan dalam rumah. Kita boleh mula dari sikit. Ada orang tak senang duduk buku banyak tapi main lambak dalam kotak je sebab takde duit nak beli rak. Sebenarnya kita silap bila aim nak beli rak yang ratus2. Sebab bukannya takde rak sekenhen atau rak besi yang harganya tak sampai pun RM 30.

Sebab ini yang saya amalkan di rumah. Kalau nak tunggu duit banyak dan dapat beli rak yang cantik dan mahal, memang minat nak menambah buku untuk anak-anak terbantut macam tu saja. Selain dari tu, anak-anak pun susah nak capai buku so diorang punya minat pun akan jadi tersekat juga. Itu dari segi pilihan rak. Lain ceritanya kalau nak cakap pasal pemilihan buku. 

Ada sesetengah orang, kalau bukan buku kulit tebal rasa tak konfiden nak beli. Kenapa? OK kalau betul kita mampu so memang takde masalah. Tapi kalau alasannya taknak anak koyak adalah satu alasan yang tak munasabah. Nanti diorang jadi takut nak selak buku sebab asal koyak aje kita meroyan (mcm pernah dengar je berlaku pada keluarga anak 5 orang tu :P).

Saya dulu memang bising tapi sekarang saya beli selotep besar dan gunakannya ketika perlu. Anak saya akan koyak dan saya akan marah tapi saya tidak akan sorokkan buku semata-mata kerana untuk mengelakkan buku itu dari dikoyak lagi. Saya lakukan semua ini secara sederhana. Jadi tak hairanlah kalau dapat dilihat rumah saya dipenuhi dengan buku-buku lama. Saya mahu adik2 yang kecil baca buku yang sama dengan apa yang kakak abangnya baca. 

Jadi, marilah kita ramai-ramai buat mini library dalam rumah. Kita buat ikut kemampuan masing2 supaya anak kita akan jadi generasi yang cintakan ilmu. 

* Jom join ChurpChurp
 

7 comments:

  1. setuju sgt with your point of views... nilai ilmu tu yang kita mesti terapkan untuk anak-anak... biar mereka membesar dengan budaya ilmu... buku pula kita boleh beli mengikut kemampuan

    ReplyDelete
  2. jangan risau di rumah saya juga ada perpustakaan mini walaupun rumah kami kecil....

    ReplyDelete
  3. Salam...iyer, betul tu. beli sikit2 lama2 jd bukit. sy suka membaca dan berharap anak2 pon punya hobi yg sama. skrg beli juga buku2 utk anak2 walaupon diorng masih kecil n belum tau ape itu buku..... tp minat boleh dipupuk dr kecil kan....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fizah. Tak kiralah siapa yg bagi idea, asalkan ianya bagus kita patut bersetuju. Cdgn Che Det agar kita mewujudkan Perpustakaan di rumah ni adalah cdgn yg sangat baik. Kakchik pun ada perpustakaan di rumah w/pun takde anak tapi anak-anak sedara ramai yg setiap hari dtg. Perpustakaan itulah tarikannya.

    ReplyDelete
  5. saya sokong. jgn jadikan alasan takot ank koyak membuatkan ank2 kt jauh dr buku.

    ReplyDelete
  6. setojuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. [Pertanyaan]

    Kak kalau kos untuk perpustakaan itu adakah selalunye lari dari bajet kehidupan seharian??

    Jawab kak jawab..:)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!