Monday, May 23, 2011

Peranan Suami Semasa Isteri Sakit Hendak Bersalin

Bismillah,



Terkenang sekali nak beranak dulu, ada seorang suami yang sekali bini dia teran, dengan dia2 sekali rasa nak berak. Itu tak masuk cerita misi2 yang kata bukan sorang dua yang pengsan time bini nak bersalin. As for me, mujur alhamdulillah suami tak nak melepaskan peluang untuk berada di sisi menemani saya menghadapi rasa sakit yang tak boleh nak describe tu.

Peranan suami :
  • Bawakan beg isteri - selain dari mengisi barangan bayi dan isteri, sebagai seorang suami ada baiknya jika anda membawa bersama baju sepersalinan untuk diri anda. Manakan tidak, proses nak mengeluarkan cahaya mata anda tu boleh menjadi sehingga 48 jam lamanya. Jadi untuk menyaksikan baby launching (ayat Ayu Iceboxrivet ni), maka haruslah siapkan baju untuk diri sendiri melainkan rumah anda tepi pagar hospital 
  • Pegang barangan berharga isteri - selalunya orang tak bawa dah duit juta-juta nak pergi bersalin. Barang kemas pun kalau boleh biarlah bulan terakhir kehamilan tu tanggalkan siap2. Jadi suami kena jaga kad bank, IC, kad insuran dan kad2 yang anda tahu ia adalah penting dan tidak boleh hilang. Tapi jangan bagi kat laki yang kaki kikis lak kang sempat dia tarah bukit dalam bank pulak :P
  • Tenangkan isteri - sakit tu nak bersalin. Sekalipun tidak dapat melahirkan secara normal, mengeluarkan anak dari rahim tetap sakit. Jadi bukan salah si ibu lah kalau dia berbunyi2 mengeluh menahan kesakitan. Jadi di situlah peranan si bapa untuk tenangkan isteri. Tolong urut2 kat mana yang patut seperti urut kat bahagian kaki, usap2 kepala atau sekadar pegang tangan. Isteri anda tau sangat bahawa tidak banyak yang anda dapat lakukan untuk kurangkan kesakitan tapi sebenarnya banyak yang anda dapat lakukan untuk memberi dia ketenangan.
  • Kalau perlukan apa2, dalam keadaan kesakitan tu, maka si suamilah yang akan mendapatkan sesuatu untuk kita. 
  • Jadilah seorang suami yang penuh dengan kata-kata semangat, "Umi boleh... sikit lagi... jangan mengalah umi... ingat ALLAH umi" dan lain-lain kata yang mungkin akan menjadikan isteri anda tiba2 ada power untuk teran keluar anak. Kalau Popeye ada salad untuk keluarkan energy dan muscle dia, seorang isteri hanya perlu kata semangat dari anda untuk jadi lebih hebat dari Popeye!
  • Potong tali pusat - itupun kalau berani dan kalau dibenarkan oleh doktor dan misi lah. Seterusnya uruskanlah uri tu sebagaimana yang telah ditentukan. Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah.
Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah. Semoga diberi kemudahan untuk melahirkan. Amin....

 

10 comments:

  1. syukur lah..hubby sy tak pengsan temankan sy masa nak bersalin dulu. kalau ikutkan..masuk hospital & bau ubat pon dia tak leh

    ReplyDelete
  2. bestnyer hubby temankan masa nak bersalin...hubby zai tak pernah temankan zai dari anak satu hinggalah tiga...dia datang bila zai dah siap bersalin n kat ward...

    ReplyDelete
  3. masa bersalin mmg hubby temankan..biar dia tgkkan..nanti klu ada ngandung lagi,leh suh dia wat yg lain tu la..tapi bila tu???

    ReplyDelete
  4. Wida, hhehe...itulah lelaki sejati :))

    Zai, alahai...takpe, beranak lagi dan ajak dia teman lepas ni hehehe...

    Ummi Eisya & Amani, hah...apa lagi, ngandung cepat :P

    ReplyDelete
  5. salam ziarah
    tq sbb sudi singgah kat my blog :)

    ReplyDelete
  6. setakat anak dua ni, hubby Knur ada mainkan peranan dia mcm yg Pijah tulis kat senarai tadi. Mmg sepatutnya suami pun mainkan peranan dia masa isteri nak bersalin.

    ReplyDelete
  7. betul3..bila suami ada,tenang sikit masa tu..alhamdulillah dia teman jugak walau pun awal2 lagi dia cakap dia takut dia pengsan.hehe

    ReplyDelete
  8. Salam,sy pun berharap sgt2 dpy bagi semangat kat wife sy....sebab ni ialah anak sulong kami....byk perkara nak kami kene tahu....ya allah ya tuhan ku...Permudahkanlah isteriku ya allah...daku pohon padamu ya allah....

    ReplyDelete
  9. Suami harus bijak dan cakna masalah2 isteri ketika isteri sedang hamil, ketik hendak bersalin dan selepas isteri bersalin. Entri yang baik sebagai panduan kami lelaki2 ni

    Hot Entri --> Suami Perlu Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Isteri Berpantang | Bertambah-tambah Sayang

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!