Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0 Dan Saya : Berat Lagi Penanggungan Isteri Tahanan ISA

Bismillah,

Baca dulu entry pertama saya di link ini (Kenapa saya setuju dengan BERSIH).

Sepanjang dalam perjalanan ke bengkel penulisan semalam, saya mendengar IKIM. Mulanya saya mendengar ayat2 semangat dari Prof Muhaya yang selalu memberi perangsang supaya pendengar menjadi selalu dekat dengan Pencipta. Kata Prof, setiap hari kita melalui pilihanraya. Pilihanraya untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Kata2nya yang merendah diri, masya ALLAH sangat mengkagumkan saya. Walaupun kata2nya penuh dengan ayat2 yang membina, dia masih rasa dia hanya merapu semasa berkata2.

Juga Prof ada berkata, sakit kepala atau migrain atau sakit2 lain sekalipun datang dari fikiran yang negatif, fikiran yang penuh dengan kebimbangan. Sebenarnya semalam, sekalipun suami saya menyertai BERSIH dengan tangan patah, saya masih tidak bimbang. Maksud saya bukan tidak bimbang langsung, tetapi saya tidak terlalu bimbang. Jiwa saya penuh dengan rasa percaya hari itu akan berlalu dengan aman. Ia bagaikan doa yang makbul bila mempunyai rasa seperti ini.

Tetapi, sebelah petangnya setelah menerima berita suami saya turut berada dalam senarai 1667 yang ditahan, saya masih tidak menangis dan masih cool walaupun saya bimbang suami saya melawan atau dipukul polis. Saat saya menangis adalah semasa saya telefon kepada seseorang, memberitahu suami saya ditahan, dia berkata, "Hmm...elok la." Dangggggggggggg............... tiba2 emosi saya rapuh.

Sesampainya saya ke rumah, melihat kuda2 yang terlepas dari kandang, dan kemudian kuda2 itu datang rapat ke kereta sehingga saya tidak dapat keluar terus membuatkan saya menangis. Kata2 'paling lama 4 hari' dari seorang sahabat suami saya membuatkan saya panik, adakah selama 4 hari itu saya harus mengawal rumah ini tanpa suami saya??

Tiba2 saya dapat merasakan bagaimana kehidupannya seorang isteri tahanan ISA atau isteri tahanan jenayah sekalipun. Ya...saya tidak menghayati sepenuhnya kehidupan mereka kerana apa yang saya alami, tidak sedikit pun sebenarnya sama dengan penderitaan mereka.

Kata-kata orang sekeliling
Ada yang baik, ada yang buruk. Walau kadang kala berada di dalam kelompok sama, tidak semua juga setuju dengan BERSIH ini. Oleh sebab itu datang respon seperti "Hmm...elok la" itu. Kalau berada di dalam kumpulan yang tidak sealiran maka lebih2 lagilah. Pasti kata2 "Padan muka hang" akan keluar. Cuba letakkan diri anda di tempat isteri tahanan. Sakit........sangat sakit sekali!

Namun, ada yang turut menyenangkan hati, bila saya pulang ke rumah mertua, semua mereka memandang saya dengan mata yang penuh pengertian. Sahabat2 suami saya berkali2 menelefon saya dengan kata, "Kak jangan bimbang....insya ALLAH polis jaga dia baik2", "Jangan runsing kak, saya baru dapat keluar, sekejap lagi giliran Abemad," penuh dengan kata2 yang membuatkan saya rasa lega walaupun masa itu airmata saya tidak dapat berhenti lagi mengalir.

Saya menangis bukan sekadar suami saya ditahan, saya menangis kerana emosi saya tidak disokong oleh orang yang saya harap menyokong saya. Belum lagi cerita berkenaan anak2 saya.

Kenapa Anak Masuk Penjara, Umi??
Sebelum ini, telah saya nyatakan kepada anak-anak bahawa penjara adalah tempat orang jahat. Sebenarnya, saya tak bagitau mereka yang abah mereka masuk penjara. Saya telefon adik ipar saya beritahu abang mereka ditahan. Kebetulan ramai anak saudara yang lain di sana telah silap faham dan mereka beritahu kepada anak-anak saya yang abah mereka 'masuk penjara'.

Asmaa' datang bertanya kepada saya perlahan-lahan, barangkali dia tak mahu jawapan dari orang lain dan dia tidak mahu orang lain dengar yang abah dia ada di dalam penjara.
Asmaa' : Umi, betul ke abah masuk penjara??
Umi : Bukan...abah kena tahan je...
Anak2 : Siapa yang tahan abah??
Umi : Polis
Anak2 : Kenapa diorang tahan abah, abah bukan jahat pun
Umi : Sebab abah pergi perhimpunan BERSIH
Anak2 : Kenapa abah pergi perhimpunan BERSIH?

Umi : Sebab nak bagi Malaysia bersihlah...
Anak2 : Abis tu, kenapa polis tangkap??
Umi : Sebab bos dia suruh dia tangkap, alah sekejap je....
Anak2 : Tapi abah bukan buat jahat.....dia nak bersihkan Malaysia saja

Oh...sudahnya, bila mereka berkali2 tanya dan tanya lagi, adik ipar saya suruh jawab sepatah dengan perkataan "Abah tak kena tangkap". Mereka terus senyap dan tidak keliru lagi. Kadangkala berterus terang dengan anak membuatkan mereka harus mencerna siapa benar siapa salah. Sehingga selepas saya bentangkan tilam kepada mereka Asmaa' masih tanya, "Kalau umi dengan abah buat salah, adik2 (dia sebenarnya nak kata pasal anak2 tp dia sll sebut adik2) boleh cakap (bermakna tegur kesalahan) kan??" dan saya kata, "Boleh...memang kena cakap kalau umi abah salah." 

Fahamlah saya, bahawa Asmaa' tidak puas hati tentang cerita abah mereka ditahan. Saya selalu bgtau mereka, kami suami isteri bagaikan pemimpin dan mereka adalah rakyat. Itu di dalam rumah, tapi untuk sesebuah negara, ada ibubapa (pemimpin) yang akan mengawal negara dan kita sebagai anak-anak(rakyat) mesti patuh kepada pemimpin. Itu cara saya nak memahamkan mereka bagaimana pentadbiran sesebuah negara berlangsung (mereka pernah bertanya tentangnya dulu). 

Tidak sekalipun saya berhasrat untuk menyuburkan perasaan benci kepada pemimpin. Mereka yang masih kecil pun faham bahawasanya andai saja ada kesalahan mesti ditegur atau diadukan kepada kami ibubapa, apatah pula yang berlaku dalam negara. Itu adalah jiwa kanak2....mereka akan mengadu bila ada yang tidak kena. Takkan pula kita harus berdiam diri melihat kesilapan demi kesilapan berlaku yang dilakukan oleh pemimpin??

Misal kata kita bukan dalam golongan tertindas, bersyukurlah tapi adakah kita masih mahu bersikap 'malas nak amik port'  melihat mereka itu ditindas? Sehingga bilakah kita mahu menggunakan selemah2 iman (kebencian) untuk menentang kemungkaran sedangkan ada cara untuk berusaha?
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.Ali-`Imraan:142
Barangkali ada yang tidak faham, tidak menghayati dalam keadaan negara kita makmur dan rukun damai ini ada orang yang tertindas?? Saya berikan sedikit contohnya :
  • Harga barang yang naik sedikit demi sedikit - didepannya digunakan perkataan 'masih tidak membebankan rakyat'..ohh...sungguh manis sekali bunyinya tetapi hakikatnya lebih sakit jika menanggungnya bukan? Tambah sakit bila melihat gaya hidup mewah golongan pemimpin sehinggakan mereka mampu memiliki rumah yang tersergam indah, kereta yang jumlahnya melebihi isi rumah dan lain2.
  • Kemudahan yang sedikit demi sedikit telah ditarik balik terutamanya dalam bidang pendidikan. Dulu pelajar2 kita ditaja tapi kini? Bagi mereka yang dapat kerja hebat2 bersyukurlah dapat menyekolahkan anak mereka sehingga ke tahap tertinggi. Tapi bagaimana dengan penduduk kampung?? Sekalipun mereka itu punya kepandaian malah akal fikiran mereka lebih cerdas dari anak orang kaya, namun tanpa wang?? Apa daya mereka... Ini bukanlah nak menunjuk bahawa rakyat sekarang terlalu manja tetapi andai benar mereka berada dalam keadaan tidak mampu, tanggungjawab siapakah yang perlu membantu? Jika kerajaan memberi bantuan dalam bentuk pinjaman, satu hari nanti setiap yang berjaya itu turut berjaya membuat hutang
  • Saya paling tidak boleh kompromi dengan kemaksiatan yang berleluasa. Saya tidak bermaksud meminta kerajaan melaksanakan hukum hudud. Bukan itu tumpuan saya tetapi kenapa kerajaan tidak menggunakan kuasanya untuk mengawal TV dan media lain agar tidak menggalakkan hiburan melampau. Come on lah...siapa yang tidak mahukan hiburan tetapi bukan hiburan melampau sehingga ada percampuran lelaki dan perempuan melekap tubuh badan, Iklan2 yang tidak sudah2 mempromosi ketiak yang putih. Saya sukakan hiburan tapi tidaklah perlu sampai ke tahap melalaikan. Ini nampaknya sikit sahaja tapi hakikatnya bila jiwa lalai, bukankah kita akan jauh dari Tuhan? Lalu bagaimana non Muslim memandang Muslim sedangkan kita dan mereka tiada bezanya. 
Memang saya tidak dapat mendiamkan diri saya begitu saja dalam hal ini. Saya akan kompromi dengan benda yang boleh diterima oleh iman saya yang nipis ini tapi tidak untuk perkara yang benar2 membuatkan jiwa saya jadi  bengkak dengan pemberontakan. Saya memilih untuk meledakkan pemberontakan saya dengan cara yang berhemah yang mana bagi saya, dengan pilihanraya yang BERSIH, akan lahir pemimpin yang BERSIH juga. Tidak kiralah dari parti mana datangnya pemimpin tu, bila dia BERSIH maka dia akan memBERSIHkan juga sistem pemerintahan akan datang. 

*Suami saya telah dilepaskan 11 malam semalam. Dia ditangkap selepas solat Asar. Tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh polis alhamdulillah.





6 comments:

  1. SUBHANALLAH! jiwe panglawan! semoga tetap thabat utk k.pijan d company!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah dibebaskan..katanya dilayan secara baik kan semasa ditahan..

    ReplyDelete
  3. teringat tahun 2000 dulu.. ade perhimpunan begini jugakan... dan salah sorang yg terlibat tu pakcik saya..
    dia ditangkap.. duduk lokap 3-4 hari bersama2 azmin.. tp dia tak ditangkap ms perhimpunanla.. dia ditangkap dirumah.. sblm tu gambar pakcik saya keluar paper.. seolah2 tengah mengamuk dgn kayu ditangan.. nampak cam taiko abis.. pakai singlet pagoda tu je haha... tp yg sbnarnye pakcik saya pegang feather duster je.. tak taula kot gambar tu diedit.. yg pasti muka dialah yg plg besar.. tak silap ms tu dia perjuangkan anwar kot..
    tak taula ape perasaan makcik saya time tu.. dia tak mengadu ape2.. pakcik saya cakap dia pegi selai sepinggang jek, cermin matapun tak pakai.. tp azmin yg da ade pengalaman ditahan.. dah standby berus gigi siap2..

    BERSIH 2.0 ni dia tak join.. sbb dia da keluar dr pembangkang

    ReplyDelete
  4. semoga lebih ramai yg berjiwa macam kak pija dna suami di msia ni. baru lah msia 'bersih' seperti yg di harapkan

    psssttt: mulut2 yang mengata 'elokla tu' x merasa apa yg kak pij arasa. cuba bagi dia rasa baru dia tau mcamana sakitnya

    ReplyDelete
  5. Ummu Muhammad, eh tak sampai lg level pahlawan...siapalah kita dalam perjuangan ini andai tiada redha ALLAH tp ya...kami mahu terus thabat!

    K.An, saya sengih kembalik...

    Nina, alhamdulillah...masing2 dengan kerjanya..kita mudahkan orang, orang akan mudahkan kita semula

    Yan, begitulah perjuangan... sll disalahtafsirkan...sampai feather duster ditukar jadi kayu


    Yatie, jiwa seperti kamu juga mesti ramai :)) dan k.pija tak doakan org yg kata perkataan tu merasa apa yg k.pija rasa sbb hakikatnya, k.pija sayang orang tu barangkali lebih dari diri k.pija sendiri...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!