Terlintas untuk mengulas sedikit tentang ini namun ingat ek, saye bukanlah juga orang terbaik namun sekadar nak memanjangkan ilmu di samping menambahkan ilmu buat diri sendiri. Terkenang zaman sekolah dgn dekat UKM dulu, bukanlah sampai tahap ceramah tapi pernah jugak la sesekali mengepalai usrah dan kumpulan-kumpulan kecil yang semacam usrah.
Pernah juga menjadi bidan terjun masa kelas saya 4 Sains 1996 ditugaskan menjaga surau pada satu minggu ni. Alkisahnya, satu malam tu ada perhimpunan semua budak sekolah dan kelas kami masih bertolak antara satu sama lain sape yang patut bagi tazkirah. Mau tak seram, satu sekolah beb…
Tapi, kalau dalam hal ni saya selalu berpegang, pelik2 dan takut2 pun ada benda yang terpaksa jugak kita harung dan saya bagaikan tak sedar masa mana saya bagi salam dan mengakhiri tazkirah tu. Tapi dengan keadaan takde basic dalam hal tu, maka saya tak pasti sejauh mana penerimaan budak sekolah time tu he he…
Ape taknye, time kelas lain conduct, saya juga seperti mereka yang lain. Nampak macam dengar dan nampak macam faham tapi ntahla kemana saya letakkan ilmu yang saya kaut di situ dulu. Bukan takde pekdahnya langsung sekolah kat situ namun hidayah kan ALLAH yang bagi? Walaupun sekolah tu dinobatkan sekolah agama namun penampilan masing2 time cuti sekolah membayangkan bahawa ada yang tidak cukup lengkap dalam jiwa masing2.
Tak kisahlah, sama ada kita menyampaikan ceramah, mengendalikan usrah, memberi tazkirah atau sekalipun dalam perbualan harian, saya kira adab di bawah ini adalah bersesuaian.
• Tidak menyembunyikan kebenaran – Ya, berkata benarlah sekalipun pahit nye lah rasa. Kerana selepas dari itu, kita akan mengecap kemanisan yang takleh nk digambarkan di sini. Kemanisan kerana berkata benar. Sungguh, kita takkan kecewa jika kita mengelakkan diri dari menipu. Elakkan la walaupun kadang2 kebenaran sedikit memakan diri supaya pembohongan takkan menelan kita lebih teruk dari itu.
• Menguasai dan mendalami ilmu fardhu ain – Memandangkan diri mungkin menjadi tempat rujuknya permasalahan terutamanya dalam hal keagamaan, maka jadilah kita orang yang bersedia dalam menyampaikan ilmu. Bagaimana nak menguasai ilmu? Kene lah rajin mencari, bertanya dan membaca. Libatkan diri dengan majlis2 agama moga kefahaman kita dipastikan betul.
• Berlaku adil terhadap sasaran dakwah – Aha, sekalipun yang kita ceramahkan adalah orang yang dipandang besar dalam satu2 posisi contohnya dia ada level Dato’ sedangkan kita nak dipanggil Encik/Puan pun payah, kalau benda salah bagi tau lah salah. Juga perkara yang serasanya kita takut orang lain ambil kesempatan lebih dari kita maka janganlah runsing, ALLAH pasti akan membalasi kita dengan pemberian yang lebih lagi nantinya Insya ALLAH
• Tidak memalukan orang tertentu – seboleh daya elaklah dari gunakan nama seseorang sebagai ikon yang tidak baik. Macam yang kita tau, mengata belakang nih kan berdosa. Malu la orang tertentu kalau kita macam melekeh-lekehkan dia pada orang lain kan?
• Penyampaian penuh peringatan, nasihat dan tunjuk ajar – bukan di[enuhi dengan lawak tahap melampau. Nak melawak tu bukan tak boleh tapi biarlah berisi. Berusaha nak buat orang tak mengantuk sampai hilang isi adalah lebih merugikan.
• Menginsafkan pendengar – gunakan ayat yang mampu menusuk jiwa, yang bak kata orang boleh memetik suis dalam jiwa seseorang. Sebagai orang yang bercakap-cakap, suis nilah yang paling payah nk dicari namun percayalah, jika kita bercakap tu dari hati maka ke hati jugalah sampainya nanti.
• Tidak menimbulkan keraguan – ada satu kumpulan yang saya perhatikan, jika diorang ni nak bg tazkirah, mesti tinggalkan orang tu dengan persoalan. Buatnya orang tu mencari di tempat yang salah nak kata apa? Juga pastikan sumber yang kita gunakan adalah sahih jangan sampai orang faham dengan fahaman yang salah.
• Sedia terima teguran – terkadang ada di majlis itu golongan yang lebih berilmu dan dia pula berani menyatakan kebenaran, seandainya terjadi kita tersalah menyampaikan maklumat, maka terimalah dengan sebaiknya dengan syarat ilmu baru yang orang sampai kan tu biarlah betul.
• Jangan riya’ – orang yang biasa berceramah merasakan ceramah dia difahami dan disukai ramai. Ini bahaya sebab kes perasan he he… kemungkinan respon body tak sama dengan respon dari hati.
• Membuat persediaan dengan baik – jangan sampai tercari2 apa yang hendak dicakapkan kerana ini akan menyebabkan orang tertunggu-tunggu dan kemungkinan minatnya untuk mendalami satu2 ilmu bakal terbantut.
• Waras dan terbuka – kalau tak waras, mcm ne la pulak kan nk bagi ceramah dan kalau kita berfikiran tertutup maka susahlah beb orang nak mendekati kita.
• Tegas – tak kira di tika mana pun, kita musti tegas. Jangan sampai pendirian kita diperkatak kodokkan.
• Menyayangi – jika tidak menyayangi, maka kita mudah membenci. Orang yang disayangi musti menyayangi dulu. Sedang Nabi dulu tidak memilih bulu apatah kita yang ntah dimana tarafnya di sisi ALLAH.
• Memahami – psikologi masyarakat memang berbeza2 namun cubalah memahami supaya lebih mudah kita menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuknya.
Rasanya setakat tu jelah yang nak dikongsi. Mungkin ada banyak lagi so kepada first timer yang masuk ke alam baru ni, kene la cari lagi point yang lain utk memperkasakan skill sedia ada. Moga ini membantu juga!!!
assalamualaikum salam ukhuwah ya ukhti.saya salah satu dari staff radio internet nasyidfm jadi dgn sukacita nye ingin menjemput anda sekeluarga dan kalau boleh mewawarkan lelaman kami www.nasyidfm.net wadah hiburan terkini.
ReplyDeleteikhlas dari djmiftah
radio nasyidfm