Thursday, February 17, 2011

Ahmadi : Suka Buli Abah

Bismillah,

Buat masa ni Ahmadi dah cuba2 menapak 1-2 langkah. Seronok betul tengok dia. Tapi ada yang lebih menyeronokkan kami. Dia suka ketuk2 jari telunjuk dia atas hidung kami. Huhuhu.....kalau tgh tidur pun hilang ngantuk. Itu abah la...uminya kalau dia buat tak sedar apa pun :p



Dengan saiz sekarang tak apa lah nak buli kami ye Ahmadi. Dah besar sikit dah tak boleh buli abah dah sebab jasa abah banyak tau pada Ahmadi dan yang paling abah usahakan adalah penyusuan susu ibu secara penuh dan penjagaan makanan Ahmadi.

Selain dari bentuk2 lawak comel diatas, semalam semasa Ahmadi sedang menyusu selepas abang dan kakaknya ke sekolah, umi terlena. Ntah macam mana, Ahmadi ambil skru dari mainan abangnya yang bersaiz jari kelingking orang dewasa lebih kurang. Dan kemudian dia skrukan lubang hidung umi...ayyyoooo.... Tapi umi sedar tau masa Ahmadi bubuh skru ni...huhuhu...

Malam tadi abah diorang kata saya ngigau. Saya hentak2 kaki marah bila Ahmadi mintak nak minum susu. Waaaaa.....kroniknya... Saya jarang tau ngigau tapi bila suami kata mcm tu terasa mcm saya tengah mimpi watak mak tiri Cinderella lah pulak! Ahmadi, umi tak sengaja tau...jangan amik hati ekk. Sbb nak breastfeeding Ahmadi, mana saja umi pergi mesti umi heret Ahmadi sama.


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

1 comment:

  1. wahhh dah pandai buli abah dia ya.. jasa ayah penuh pengorbanan ya ahmadi..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!